Sunday, 10 November 2013

muslimah versus gediks!

aku pernah terdengar or terlihat satu quote dari kawan aku baru2 ni..quote tu lebih kurang mcm ni "perempuan gedik hanya sebagai mainan, dan perempuan muslimah sebagai isteri"..lebih kurang mcm ni la..aku tak ingat yg sebetulnya , tapi maksudnye mcm tu la..okeh, biar aku komen sikit pasal mende ni, sebab aku pun seorang lelaki..dan satu hari nanti aku pun akan lalui alam rumah tangga..so aku terpanggil lah utk komen sket..

muslimah or gedik? ape definisinye..bile sebut tentang sifat, yang pertama mestilah orang nilai ciri luarannya..tipikal muslimah mestilah seorang yang bertudung, sopan tuturkatanya, jaga perbatasannya dan segala2nya yang baik la..bile sebut pasal gedik pulak, mestilah seorang yang tidak jaga perbatasan, tutur katanya pun tak terlalu dijaga dan adakalanya seorang yg kurang sopan dalam pemakaian (yang ni tak semua okeh!)..tu cume luaran, tapi macaman pulak dengan hati? sape yang tahu? ade ke manusia yang boleh lihat hati perempuan? semua perempuan yang berpenampilan muslimah tu baik ke? or semua yang berpenampilan gedik tu jahat ke? contoh terdekat yang ade pada aku, ade lah sorang perempuan ni..dah kawen, pakai tudung labuh, suami die seorang tabligh..tapi perangai die masyaallah..mcm longkang..fitnah sana sini..mcm ni baik ke?

tentang lelaki pulak..kalau betul lelaki tu mahukan perempuan muslimah sebagai isteri, lelaki tersebut semestinya seorang yang baik..seorang lelaki baik, takkan menjadikan perempuan gedik sebagai bahan mainan sebab lelaki yang baik biasenya tahu yang Allah itu maha adil..allah takkan memberikannya pasangan yang muslimah sekiranya die pun seorang yang gedik (version lelaki)..macam tu jugak sebaliknya..lelaki yang masa hayatnya selalu mempermainkan perempuan gedik, mustahil utk die dapat perempuan muslimah sebagai isteri..fair rite??

aku agak setuju dengan kata2 kawan aku yang sorang lgi..die mengatekan perempuan yang gedik pun boleh jadi muslimah andai betul cara bimbinganya..dan perempuan yang muslimah, perlu utk dapat bimbingan dari lelaki yang baik utk die teruskan sifat baiknya..lelaki yang fikir seperti quote diatas perlu tanya pada diri die sendiri adakah die cukup baik utk dapatkan perempuan muslimah sebagai isteri? aku yakin die takkan mampu utk dapatkan perempuan yang baik sekiranya die pon tak betul..haha..ade la satu kisah ni aku dengar dari akak aku..ade seorang ustaz..baru kawen..tp wife die seorang bekas pelacur or bohsia or wteva..aku tak pasti lah..bile orang tanyakan ustaz tu tentang perihal latar belakang wife die, satu je ustaz tu cakap "saya yakin dengan allah, andai allah jodohkan saya dengan perempuan sebegini, mungkin ada kisah silam saya yang menjadikan saya seperti ini".

so kesimpulannya, jgnla takut dengan kisah silam kita..setiap orang ade kisah silam masing2..kita ade kisah silam kita..pasangan kita pun ade kisah silam die..kita tak tahu kisah silam pasangan dia, pasangan kite pun tak pernah tahu kisah silam kita..tp Allah maha mengetahui kedua2nya..dan Allah pertemukan kite antara satu sama lain untuk saling melengkapi..yang pasti, sentiasa berfikiran positif..percayalah dengan janji Allah..insyaallah, perempuan yang baik hanya utk lelaki yang baik..dan mcm tu lah sebaliknya! wallahualam..


0 comments:

Post a Comment