arini 29 ogos 2011..bermakna esok seluruh umat islam sedunia akan menyambut hari raya puasa..setelah sebulan kite berpuasa,akhirnya kita berjaya bergraduasi dalam kos puasa..alhamdulillah..
bile terkenang balik malam2 raya ni..teringat aku pasal kes malam raya lepas..aku bertiga bersama abang aku pian(bukan nama sebenar) dan adik aku ipan(pon bukan nama sebenar) telah berkunjung kebalai polis untuk mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh warga PDRM tinggal dibalai polis batu pahat utk satu malam berkaitan kes rasuah melibatkan seorang anggota peronda MPV polis with his buddy..
kejadian bermula bile kereta yg kami naiki ditahan polis ketika kami baru pulang dari aliff fastfood selepas hampir 2 jam mengumpat... "J*C 3212,berhenti tepi!" tu lah amaran pertama yg keluar dari polis tu..kereta kitaorang kene tahan sbb tak bagi laluan kt polis tu yg tengah nk buat U turn..agaknyer polis tu panas kat adik aku sbb tak bg diorang laluan kat kerete diorang plus diorang mungkin tak dapat cuti raya..tu yg tahan kerete ktorang untuk carik rezeki tambahan..
lepas kene tahan tu biasa la diorang gune S.O.P dalam menjalankan tugas diorang..first mesti diorang mintak lesen kan..lepas mintak lesen diorang mintak IC pulak..lepas mintak IC diorang mintak kite bersabar pulak sementara tunggu diorang tulis saman..patutnye ni S.O.P yg digunepakai oleh PDRM..tp pada mlm tu,2 orang polis ni gune S.O.P diorang sendiri..yg first tu betul diorang mintak lesen..pastu diorang mintak IC lak..dah betul dah..pas mintak IC tu diorang mintak rasuah pulak..hah,yg ni baru tak betul..
bile diorang sebut je pasal rasuah,abang aku teros dengan penuh gagah perkasa telah menyound polis tersebut."encik kalau rasa nak saman,encik saman..saya boleh bayar,saya pun pegawai kerajaan jugak..bagi saya nama encik dan pangkat"..kendian aku lak sampuk.."kau mintak nama dengan pangkat buat ape ngek,kan ade kat baju die tu..ko mintak diorang punyer nombor badan"..berlaku la sedikit kekecohan kat situ..kekecohan berlaku sbb polis tu tak nak bagi kerjasama kat ktorang..
setelah beberapa detik dan masing2 tak nak mengalah..akhirnya polis yg lebih tua tu buat keputusan.."ok,aku saman kau atas kesalahan tak bawak lesen,kalau saman ni murah sikit kau kene bayar,rm30 jek"..aku selaku barua besar malam tu pun dengan penuh bergaya "ok..saman la"..setelah surat saman dikeluarkan..aku terus amik surat saman tu dan terus cakap "ok encik,sekarang ikot kami pergi balai"..
kat balai polis,abang aku terus buat report..antara kesalahan yg kami report ialah cubaan meminta rasuah dan kesalahan menyalahguanakan kuasa sebagai anggota polis kerana mengeluarkan saman atas kesalahan yang tidak wujud..kejam tak kami?hahaha..semasa report ditulis,aku perasaan sangat2 yg makcik tukang amek report tu mcm nk backup kawan die..so walaupun abang aku yg buat report,tp aku yang susun ayat..segala percakapan dalam report tu aku yg huraikan..sampai sebelum report tu diprint dan dicop,aku siap pusingkan monitor makcik tu..aku tengok monitor PC die then bace report tu satu persatu..aku risau die tulis lain..haha..tp masa tu polis yg cube mintak rasuah tu 2 3 kali gak la keluar masuk bilik tempat ktorang buat report tuh..muke mmg poyo nak mampos tak boleh blah..cube merayu mintak maaf kat ktorang..sampai la satu tahap aku tanye makcik tukang buat report tu ade tak cara lain utk settle kan masalah ni..makcik tu jawab,"ada,wak jumpe D.O" (D.O stand for duty officer ok,not District Officer)..
kat dalam bilik D.O mcm2 yg kami bincangkan..pegawai polis yg incharge kes tu agak bersopan santun even bukan sebangsa aku..tp aku malu jugak la kan dengan bangsa aku..sbb yg mintak rasuah tu polis bangsa aku..ape yg berlaku kt dalam bilik D.O tu xdapatla aku tulis kat sini..tu biarla rahsia..sbb banyak perkara yg memalukan..hujah2 pendebatan pun terlalu panjang..actually aku tak ingat ape yg aku ckp malam tu..haha...yg pasti kes tu diselesaikan bile polis yg mintak rasuah tu ckp "saya mintak maaf tuan..saya jadikkan ape yg berlaku ni sebagai pengajaran untuk diri saya..saman ni saya akan bayar"..polis tu ckp sambil menangis tuh..part ni yg aku touching nih..dh la mlm rayer..ade orang nanges2 lak..tetibe time tu aku teringat kat kampung halaman..akhirnya kami buat keputusan untuk tarik balik report tu..atas semangat hari raya,kami bersedia untuk maafkan polis tuh..kes ni dapat liputan meluas gak la..ari raya first tu abes cite pasal ni dijaja dari rumah kerumah..haha
tu la pengalaman raya aku pada mlm taun lepas..kalau nk kire dr kecik,banyak pengalam malam raya..tp tu nanti la aku cite kat post akan datang..insyaallah..SELAMAT HARI RAYA!