Wednesday, 28 December 2011

aku seorang pembunuh..

aku dah lame dengar mende ni..cume before ni aku rase mende ni mcm ckp2 kosong je..maybe sume tu cume salah tafsiran segelintir orang..tapi bile baru2 ni aku balik kampung, aku masih dengar cerita yang sama..dan ceritanya bertambah parah bile makin ramai yang tahu.. cerita tu pulak disampaikan dengan penuh emosi and aku tak tahu ape niat si pembuat cerita, cume aku rase cerita2 macam ni boleh membuatkan orang semakin benci dengan aku.. makin hari aku rase cerita ni makin serius sampaila pada satu masa, dengan kuasa Allah cerita yang dibawa2 tu rotate dan kembali ke telinga aku..cerita AKU SEORANG PEMBUNUH..

" iwan yang bunuh..kucing tu takde buat ape2 pun..kucing tu tengah makan, tetibe iwan datang kacau kucing tu makan..kucing tu terkejut, lepas tu kucing tu gigit tangan iwan sampai berdarah.. iwan amek kucing tu terus hempas kat lantai..last2 kucing tu mati ditempat kejadian.." ni la cerita yang aku dengar..mule2 aku dengar dari mulut akak ipar aku..bile aku tanye sape yang bgtau die mcm tu, die ckp atok (mak aku) yang bgtau die cerita tu..aku pun senyap..sebab aku ingat mungkin diorang salah paham..aku pun malas nk perbetulkan keadaan.. aku memang jenis malas nk kecoh2..biarla orang nak kate ape pun..

tapi bile aku balik baru2 ni..cerita ni timbul lagi..kali ni aku dengar dari mulut orang lain pulak.. padahal kes ni dah berlaku 3 bulan dulu kot..tak kan orang masih bercerita lagi? serius sangat ker?tragis sangat ke kematian kucing tu? bile aku tanye orang tu mane dapat cerita mcm tu, die kate satu family aku and mayb sedara mara sume dah tahu pasal cerita tu..huh>jahat sangat ke aku ni nk bunuh kucing? ape selame ni diorang ingat kucing2 kat rumah aku yang mati tu sebab aku yang bunuh ker? kalau aku tak bg kucing2 tu makan,dh lame kucing tu mati.. memang mulut aku jahat..aku suke sumpah seranah kucing rumah aku sebab suke berak merata2..sebab setiap kali mereka berak, aku yang kene bersihkan..bukan orang lain..manenyer aku tak menyirap..rumah aku tu dah la fully tiling..tapi sejahat2 mulut aku,aku tak pernah pukul kucing,,jauh sekali nk MEMBUNUH..

ape yang berlaku 3 bulan dulu tu mcm ni ceritanya.. aku ni selalu tolong atok aku bersihkan kebun..kalau dah name pun pekebun..mcm2 mesin la yang aku ade..mesin potong rumput..tebang pokok, mesin racun and macam2 lagi..mesin ni mahal harganyer..dan perlukan penjagaan rapi..macam biase,aku memang tak suke hantar sesuatu untk dibaiki/ diservis ke kedai..lagi2 kalau aku pandai buat sendiri..macan tu gak dengan perihal mesin untuk berkebun ni.memang segalanya aku buat sendiri..servis sume memang aku buat sendiri..sebab aku pandai gak la bab2 enjin ni walaupun aku bukan budak automotif, tp ni memang minat aku..

pada satu petang tu, aku tengah sibuk repair mesin rumput kat laman rumah..tibe2 aku nampak seekoranak kucing berwarna kuning yang sangat cumel..aku nampak kucing tu berlari masuk kebawah kerusi plastik..dengan tak semene2 tibe2 kucing tu tersangkut dekat kerusi tu..badan die tersepit kat bawah kerusi..mule2 memang aku malas nak tolong kucing tu..sebab aku tau kucing ni pandai lepaskan diri sendiri..tapi lame2 aku tengok kucing tu makin bising..sebab die tak dapat lepaskan diri..aku pun bile nampak keadaan yang mcm tu,dengan serta merta aku bangun dan selamat kan kucing tu dari tersepit..tetibe aku rase geram lak kat kucing tu sebab comel sangat..aku pun paling kan muke kucing tu mengadap aku..mungkin sebab kucing tu takot+terkejut+sakit sebab baru lepas tersepit, die pun gigit tangan aku sekuat2 tidak..punye la kuat gigitan die sampai tembus jari telunjuk aku..bile aku lepaskan kucing tu, kucing tu tak boleh nk lepas dari gigitan die..die masih lagi mengigit tangan aku dan bergayut2 kat hujung tangan aku even aku dah lepaskan..

memang teramat sakit gigitan tu..aku tak boleh nak paksa kucing tu lepaskan gigitan die,sebab kalau aku paksa or aku kibas tangan aku supaya kucing tu lari,maybe kulit jari aku akan koyak..silap2 putus jari aku..so aku pun letak kucing tu perlahan2 kat atas lantai (sambil tahan sakit) supaya kaki die jejak tanah,dengan harapan kucing tu akan lari bile kaki die jejak ketanah..memang betul pun lepas kcuing tu dapat jejakkan kaki ke tanah, terus lintang pukang die lari..bukan main laju lagi.macam nmpk lembaga pulak..

selang 2 3 ari lepas kejadian tu..dengan tak semena2 kucing tu dipanggil mengadap ilahi..kucing tu mati dalam keadaan yang aku pun tak tahu macam mane die mati..ape sebab die mati..bile masa die mati,,yang aku tahu lepas peristiwa tu, kucing tu ditemui mati dalam keadaan yang sangat menghairankan dan penuh tanda tanya..pelbagai2 spekulasi dibuat..ade yang kate kucing tu mati sakit..ade yang kate kucing tu mati terkejut..ade yang kate kucing tu mati kelaparan..dan tak kurang jugak ade yang kate kucing tu mati kerana disantau..berdasarkan spekulasi tersebut..maka terumusla satu rumusan ringkas dimana aku telah dituduh sebagai pembunuh utama..terdapat prima facie yang dapat mengaitkan aku dalam kes ni dimana aku ade objektif untuk membunuh..aku membunuh kerana digigit..modus operandinya, buat satu situasi yang membolehkan kucing tersebut menggigit, kemudian guna alasan gigitan tu untuk membunuh dengan kejam..

akhirnya aku disabitkan dengan kesalahan membunuh..hukuman pun dah dijatuhkan..so aku tak leh nk buat ape2..aku redha je la dengan ape yang berlaku..aku tak mampu nk tangkis sume tohmahan masyarakat terhadap aku..haha..mudah2an satu hari nanti kebenaran akan mengalahkan yang batil.amin..

Tuesday, 20 December 2011

surat untuk awak..

sayangku,

kehadapan cik fuzah yang disayangi. apa khabar awak di sana? owang harap awak sihat2 selalu. semoga Allah berikah awak kesihatan di dunia yang boleh digunakan untuk menjamin kebahagiaan diakhirat kelak. surat yang tak seberapa ni owang tujukan pada awak supaya awak dapat mengenang setiap saat kita bersama tatkala awak baca surat ni andai owang dah takda lagi kelak.

sebagai mukadimah, owang nak memanjatkan syukur kehadrat illahi kerana dipertemukan dengan awak. syukur alhamdulillah kerana allah telah memperkenalkan seorang insan seperti awak yang mampu untuk terima owang sebagai seorang sahabat dan penceria hari-hari owang sejak perkenalan kita. alhamdulillah, berkat pertemuan kita, telah lahir rasa kasih sayang terhadap awak yang akhirnya membawa kita ke alam percintaan.

awak pasti ingat lagi kan hari pertama kita bertemu? owang rasa seperti baru semalam berlaku. masih terngiang-ngiang lagi memori tu dalam sanubari owang. masih owang ingat raut wajah awak sewaktu kali pertama owang memandang awak. tak akan owang lupa hari dan tarikh pertemuan pertama kita sampai bila-bila. hari yang penuh bersejarah dalam hidup owang. hari yang menjadi perintis kepada perubahan hidup owang buat selama-lamanya.walaupun pada tarikh tersebut,owang masih tak tahu nama sebenar awak, tapi owang berusaha untuk tahu nama awak dengan bertanya pada semua kawan2 awak yang owang kenal. akhirnya tanggal 12 may, owang berjaya mengetahui nama awak, nama ayah awak dan nama atok awak sekali.

masih ingat dengan temujanji pertama kita?  ingat lagi pizza hut the summit? walaupun temujanji tu bukan milik kita, tetapi dari saat tu la hubungan kita semakin erat. masih owang ingat baju yang awak pakai pada hari tersebut. baju yang membuatkan owang rasa bahawa awak berminat dengan warna pink. rupanya telahan owang silap. dalam pertemuan tu, banyak perkara yang kita bualkan. banyak pengalaman yang kita kongsikan,lebih-lebih lagi dalam bidang kawad kaki kerana pada masa tu kita berkongsi minat yang sama iaitu kawad kaki dan badan beruniform.

setelah hampir sebulan mengenali awak, banyak perkara yang kita dah kongsikan. pernah owang merancang untuk melamar awak untuk dijadikan sebagai teman hidup owang. pada masa tu owang sangat bahagia disamping awak. owang sangat gembira berkongsi sesuatu dengan awak. hari-hari owang sangat ceria. setiap saat owang tunggu deringan telefon . owang tau, masa tu awak pun mesti teruja untuk berhubung dengan owang. setiap kali awak balik sekolah,perkara pertama yang awak akan buat adalah hantar sms kt owang. kadang-kadang sampai tak tidur malam sebab ber SMS dengan owang. waktu mandi dan makan awak pun tak menentu dek kerana SMS. alangkah bahagianya hidup owang masa tu. sebab awak la wanita pertama yang betul-betul muncul dalam hidup owang.

setelah berfikir semasak-masaknya, akhirnya owang buat keputusan untuk beranikan diri ingin melamar awak.  sebab pada hemat owang, awak pun ada satu perasaan terhadap owang yang awak pendam dalam hati. owang masih ingat pada petang jumaat tu owang ajak awak ke pantai minyak beku untuk memberi awak satu kejutan. walaupun owang begitu takot untuk hadapi perempuan, tapi untuk dapatkan awak, owang cuba untuk beranikan diri untuk mengajak awak pergi 'date', pada mulanya owang memang sangat teruja bila awak setuju. tapi lepas owang dah siap-siap untuk keluar dengan awak, tetiba awak SMS owang cakap tak jadi sebab parent awak bergaduh masa tu. mula-mula owang memang frust sangat-sangat sebab owang dah bayangkan rancangan owang untuk melamar awak mesti terkubur macam tu je. tapi kate orang, sabar tu ada hikmahnya. akhirnya pada tarikh 6 jun , owang berjaya untuk meluahkan perasaan owang kat awak. alhamdulillah. awak terima lamaran owang denagn hati terbuka dan nampaknya owang tak bertepuk sebelah tangan. walaupun kite tak declare utk kapel,tp ni pun dah cukup utk owang rasa hepi.

sejak hari tu owang cuba untuk sentiasa memberi yang terbaik pada awak. walaupun owang perasan awak banyak berubah sejak dari tu. owang cuba untuk penuhi segala kemahuan awak. walaupun banyak perkara yang owang tak mampu untuk lakukan, tapi owang cuba tidak menghampakan awak. semakin hari owang makin mengenali apa itu cinta. sayang tak membawa erti cinta. tidak semestinya apa yang kita cintai itu  akan mencintai kita. hubungan kita sentiasa turun naik. sentiasa bergelombang dengan badai. banyak halangan dan rintangan yang kita dah lalui sepanjang perhubungan ni. tidak terkira banyaknya airmata yang ditumpahkan dek kerana hubungan ni. akhirnya kita sampai ke kemuncak perhubungan kita. owang betul-betul bahagia masa tu. tu la pertama kali owang kecapi kebahagiaan dalam hubungan kita. sampaikan kita mula lupa dunia.

andai pada masa ini awak bertanya pada owang tentang cinta owang pada awak, owang pasti tak termampu untuk ungkapkan. owang tak tahu caranya untuk memperjelaskan tentang cinta owang pada awak. tak ada bukti yang owang boleh tunjukkan supaya awak percaya tentang cinta owang. tak ada alibi yang owang boleh kemukakan untuk bercerita tentang cinta owang pada awak. kerana cinta tu tersemat jauh dalam lubuk hati owang. kalaula awak mampu menyelami jauh kedalam sudut hati owang, pasti awak tak percayai tentang cinta owang. tiada apa yang owang mampu beri kepada awak untuk membuktikan tentang cinta itu.

setelah 8 tahun berlalu, kini kita masih lagi dalam hubungan percintaan. hubungan kita masih sama seperti dulu. sama seperti pada hari owang melamar awak. walaupun hubungannya masih sama, tapi pendekatan yang kita gunakan dalam menjalin perhubungan ni terlalu banyak perbezaannya. hubungan yang sama, tapi hati tiada siapa yang tahu. tanya pada hati awak adakah owang masih lagi diperlukan dalam hidup awak? adakah nama owang masih lagi teratas dalam carta hati awak? tepuk la dada. jujur pada diri sendiri. jangan khianati diri dengan penipuan. kita boleh untuk menipu orang lain, tetapi tidak untuk diri kita. awak berfikirla semasak-masaknya demi hubungan kita. jangan terikat kepada sesuatu persekitaran. jangan punahkan hubungan kita yang kita jalinkan dengan 1001 cita-cita dan impian hanya kerana ingin mengejar impian yang hanya menyebelahi sebelah pihak. 

kalaula awak dapat ingat kata-kata yang owang ungkapkan 3 tahun dulu, pada hari awak berangkat ke Kedah untuk sambung pengajian awak, owang pasti akan akan tersenyum sendiri. apa yang owang risaukan telah pun berlaku. apa yang dijangka akan berlaku, telah pun berlaku. kini dah tak guna lagi untuk kite kesalkan kerna kite dah terlalu jauh terpesong. hanya kekuatan hati kita je yang mampu untuk menyelamatkan hubungan kita. ikot la kata hati. jangan ikot pada rasa, kerana rasa membawa binasa. kalau dalam hati awak masih ade sekelumit rasa cinta kat owang, jujurkan la perasaan tu. andai cinta tu dah tak ada lagi, relakanlah hati awak untuk pergi tinggalkan owang. lupakan la kisah cinta kita yang kita bina dengan penuh harapan ni. insyaallah owang akan cuba gigihkan hati owang untuk terima suratan ni.

sayangku..

selama kita kenal, tidak pernah sekelumit pun rasa hati owang ni untuk meminta yang berlebih-lebihan dari awak. tidak pernah sekali pun untuk owang meminta-minta untuk awak menjadi seperti perempuan-perempuan lain yang menyerahkan segala-galanya kepada teman lelaki mereka atas nama cinta. tidak pernah tertulis dalam diari hidup owang untuk mengubah segala tanggungjawab awak terhadap kedua orang tua awak, adik-beradik awak, saudara-mara awak, dan rakan-rakan awak. owang paham akan keadaan awak. owang paham keadaan cinta kita. apa yang owang perlukan hanya secebis ingatan awak terhadap diri owang. tidak perlu untuk berlebih-lebihan. cukup la sekadar mengingati owang dalam setiap perlakuan awak. letakkanlah keutamaan kepada owang melebihi kenalan awak.

sayangku..

selama perkenalan kita, owang cuba sedaya upaya untuk memenuhi hasrat hati awak. walaupun ada kalanya owang tak mampu untuk memenuhi, tapi owang cuba untuk buat awak puas hati atas apa yang owang persembahkan. owang sedar owang tak mampu untuk menyediakan segalanya. tapi percaya la, segalanya telah owang usahakan sehabis baik. ape yang owang lakukan semta-mata untuk awak. tapi, seperti yang awak tahu, setiap manusia ada kelemahannya, tentu sekali owang tak terkecuali. banyak lagi perkara yang owang tak mampu lakukan untuk awak. sebagai lelaki yang mencintai awak, owang sedih bile owang tak dapat lakukan sesuatu untuk awak. owang kecewe bile permintaan awak tidak dapat dikabulkan. hati owang luluh bile awak tidak begitu gembira dengan persembahan owang. segala apa yang owang lakukan untuk awak, segalanya owang berharap agar berakhir dengan kegembiraan dari awak. kegembiraan awak tanggungjawab owang. maafkan la owang andai owang gagal laksanakan tanggungjawab tu.

sayangku..

owang harap tatkala awak baca surat owang ni, owang masih bernafas supaya belum terlalu lewat untuk kta merubah hubungan ini. sekiranya terdapat kekurangan dalam diri owang, dengan rendah hati owang memohon keampunan dari awak. owang tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai manusia yang serba kekurangan, terimala owang seadanya. andainya awak tidak dapat merasai cinta owang, maafkan owang seadanya. maafkan owang kerana hanya mampu berkata-kata tapi tidak mampu untuk membuktikan. maafkan owang sekiranya owang tak mampu untuk merealisasikan kemahuan awak. maaf atas kekurangan owang. sebelum owang akhiri surat ni, owang nak awak tau tentang keikhlasan owang mencintai awak. owang sangat-sangat perlukan awak dalam hidup owang. terima kasih sekali lagi sebab menjadi watak utama dalam hidup owang..

(andai owang tak ada lagi dalam dunia ni, tatapi la segala memori indah kita bersama. jangan lupakan owang. iringkan lah doa awak untuk owang hadapi yang maha pencipta. kerana Dia lah kita bertemu. jutaan maaf dari owang)

yang ikhlas
ASMY

Monday, 19 December 2011

memaksa,dipaksa & terpaksa...

aku tak pernah memaksa untuk ditemani..
aku tak pernah memaksa untuk disanjungi..
aku tak pernah memaksa untuk disayangi..
aku tak pernah memaksa untuk dicintai..

adakah kau terpaksa menemani aku..
adakah kau terpaksa menyanjungi aku..
adakah kau terpaksa menyayangi aku..
adakah kau terpaksa mencintai aku..

andai aku memaksa..
andai engkau dipaksa..
andai hubungan ini terpaksa..
ikhlaskanlah hati engkau untuk menjauhi aku..

jangan sulami hubungan kita dengan paksaan..
jangan sulami percintaan kita dengan paksaan..
jangan ukirkan kasih sayang kita atas dasar paksaan..
jangan biarkan keterpaksaan itu menyelusuri hubungan kita..

buangkan keterpaksaan itu jauh dari hatimu..
campakkanlah diri aku jauh dari lubuk hatimu..
padamkanlah memori aku dari sudut hatimu..
kerana kepaksaan itu harus diperkuburkan..

Sunday, 18 December 2011

aku merepek

bulan 12 dah nak melabuhkan tirainyer..tak sabar betol nk abeskan tahun 2011 nih..pastu masuk tahun baru..2012..kalau orang2 kapir memang takut la dengar tahun 2012 ni..tahun kiamat katenyer..ntah betul tah tak..wallahualam..kalau betul ramalan diorang tu,better diorang masuk islam cepat2..dapat gak la menjamin diorang untuk masuk syurga..ni tak,sibuk nk buat kapal2 besar..konon2 boleh selamat kan nyawa diorang time kiamat kang..haha

hujung2 tahun ni banyak betul jemputan kawen...boleh kate tetiap minggu sekurang2nya ade 3 jemputan..ujung minggu ni member aku time sekolah rendah kawen..pengantin lelaki tu member aku,pengantin perempuan pun..kawan2 sekelas time sekolah rendah dulu..tak sangka betul..dulu time diorang sekolah xde pun nk kapel maple ni,tetibe bile dh besar,boleh terkawen pulak..tu la,jodoh pertemuan ditangan tuhan..aku ingt zaman diorang sekolah dulu,tak de la rapat sangat,sebab budak laki ni hot kot..menjadik kegilaan para murid dan guru2..hehe..yang pengantin pompuan tu pulak takdela hot sangat..ok la..muke ade market gak la..lame giler kot tak jumpe diorang..yang laki tu last aku jumpe time solat raya aritu..yang perempuan tu pulak last aku jumpe mase parade ari kebangsaan 2005..die wakil kadet polis TIGS..tu yang terserempak tuh..detachment diorang betul2 sebelah platun aku..

pastu pulak adik angkat aku nk bertunang..lame giler tak kontek die..tau2 dah bertunang dah..alhamdulillah..lame aku kenal die ni..ade dalam 5 tahun kot..banyak kisah2 die yang aku tau..ape yang die dah lalui dalam hidup die.alhamdulillah..ade gak lelaki yang dapat terima die seadanya..hope lelaki tu dapat terima kisah silam die..aku doakan hubungan diorang kekal sampai ke meningal dunia..jelez giler kot aku..haha..sebab die lagi muda dari aku..tp diorang dh bertunang dah..kapel pun baru..tak sampai 2 tahun..

haish..bile la aku nk tunang dengan cik fuzah aku ni..tak sabar betul..kapel lame dah..kalo aku lamar die jadik awek dulu aku tanam pokok durian,agaknyer pokok durian tu dah berbuah dah..memang lame betul..macam2 dugaan dah lalui..macam2 setan dah hasut..tp alhamdulillah..stil kekal sampai sekarang..and aku pun bahagia seadanya..cume bile nk improve hubungan ni,aku pun tak tau..hehe..

angan2 tu memang ade..tipu la kan kalau aku takde usaha nk eratkan lagi hubungan kitorang..family pun dh kenal..family die dh kenal aku, cmtu gak sebaliknye..kalau tak jadik,malu seyh..sedare mare sume dah tau..haha..ni yang rase nk carik keje nih..pastu kumpul duet.beli barang2..pastu kawen..pakse bapak aku g minang die cepat..takot kene kebas..haha

aiseymen,lupe la pulak..hujung bulan 12 ni kawan2 aku sume dah berambus..sebab diorang dah abes LI..tinggal la aku sorang terbodoh kat KL ni..tah rumah sape aku nk duduk pun aku tak tawu..rumah sewe tak carik lagi..erm..tak best betul la..dah la sewe mahal..sume mende mahal kat sini..yang murah perempuan jek..jual body kt BB tu baru rm25..haha..nasib baik iman kukuh malam tu,alhamdulillah..

besok aku kerje..minggu ni kene kerje 5 ari..rase mcm nk monteng jek..kalau dapat monteng ari jumaat ni sedap gak..dapat la aku balik kampung..nk menebas kebun yang dah lame ditinggalkan..pastu ahad tu besday akak ipar aku, sepupu aku n kawan baik aku..makan lagi..hish..gemok la macam ni..

Thursday, 8 December 2011

maaf..

Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini kepada rakan-rakannya, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu.

Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.

Lelaki itu pernah berkata: "Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia?"
Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf."
Mudah. Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam.

Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan.
Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang.
"Pinjam phone awak, sayang."
"Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya.
Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang.
Si isteri terdiam.
Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya.
"Maafkan saya." Dia bersuara.
Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak.
"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya.
"Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.

Lelaki itu sekadar tersenyum.
"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"
Diam.
"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"
Diam. Air mata mula mengalir.
"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"
Dan air mata itu mengalir deras.

"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."

"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. "Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."

Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.
Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan:
"Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."

sigh!

"malam-malam aku sendiri tanpa cinta mu lagi..uuuuuu..hanya satu keyakinanku.bintangkan bersinar,menerpa hidupku..bahagiakan datang.."

lalallala..kate orang dalam gambar ade 1001 cerita..mcm tu gak dengan lagu..ade kisah2 terselindung disebalik lagu..dulu aku minat giler lagu ni..jgn kate lagu ni la..sume lagu2 nicky ardilla aku minat..ni time bersedih2an ni, tertibe ati aku ternyanyi lagu ni pulak..bertambah syahdu la mcm ni..sob2!!

biasenyer orang kalo putos cinta, g baring kat railway..takpon g minum racon tikos ke..takpon g menggantongkan diri kat kipas siling ke..takpon pegi bermain berkejar-kejaran dengan babi hutan ke dengan harapan babi hutan tersebut akan menyondol beliau dan beliau akan mati di tempat kejadian..ni antara scene2 yang berlaku la bile orang baru pas putos cinta..

ape yang beshnyer buat mende2 cmtu? eee..xsaket ke kene gilis ngan kete api? tak saket ke kene sondol ngan babi hutan?yucks! dah la mati kene sondol..pastu nyusahkan tok imam nk mandikan mayat..kene samak dulu mayatnyer..kan menyusahkan orang tuh..bape banyak la dosa nk pikul kan..dosa bunuh diri lagi..dosa menyusahkan orang lagi..haish!

aneh2 ar dunia ni..hikhik..aku pon macam putos cinta gak..tapi takde la kecewe cmtu skalik..takde nye la aku relekan diri aku ni dipersondolkan oleh babi utan..time2 putos cinta mcm ni,baik aku menyanyi2 menghiburkan ati yang gundah gulana..tipu la kan kalo tak kecewe..tapi nak buat mcm mane..hehe..takde rezeki..

"pernah dulu, kufikirkan, tanpa cinta tak mengapa..bila kau pergi,kurasakan..sunyinya dihati..baru kini kutahu nilai cintamu"

eh..asek termenyanyi jek..hehe..naseb baek sore aku sodap..kalo tak saket gak ati bile dengar sore sendiri..ish..malas tol la nk g keje besok..rase cam nak lari jauh2 jek..biar takyah g keje..nyusahkan pale hotak tol..dah la staff sume x menyeronokkan.. besok ade tournement bowling lak tuh..sume kene g..huh! jangan mimpi ar aku nak g..aku nk balik kampong..korang main la beramai2 yerk..last week aku join korang g dinner dah bagus dah..dah la TAK SEDAP! MAHAL! nasib baik orang belanja..kalo tak jgn mimpi aku nak g..name nak gah, SUNWAY PYRAMID HOTEL..tapi makan rase cam **** jek..astagfirullah alazim..kan dah termencarut..dah terdosa kering dah tak memasal..blah dulu ar cmni..sebelum aku blah..izinkan aku nak mensampaikan sebuah lagu..

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku



Thursday, 1 December 2011

disember 2011

diam tak diam..dah masuk bulan 12 dah..bermaksud tinggal lagi 3 bulan aku nak abeskan praktikal kat sini.. tak sabo betol nak blah dari tempat ni..member2 sume abes praktikal ujung bulan ni..aku abes lambat sket..sebab aku masuk pun lambat aritu kan..

semalam baru dapat elaun praktikal..ni kali ke3 aku dapat elaun..bulan ni dapat kurang..sebab bulan ni xde claim..aku banyak keje kat opis bulan ni..tapi alhamdulillah..duet tu dapat la aku gune untuk bayar hutang orang..insyaallah..besok aku nak bayar saman pulak..bulan lepas kene saman polis..tak bayar lagi..surat dh sampai rumah..ni bile dah ade duet siket ni,boleh la aku buat bayar saman..tak gune betol..penat aku kumpul duet nak beli seluar n baju baru nak buat pakai pegi keje..kene bayar saman la pulak..tapi takpe..nk buat mcmane..xde rezki..sewe rumah pun dah bayar..duet orang pun aku dah pulang..cume tingaal bil internet,air ngn api je yang x bayar lagi..

lepas ni tetiap ari pegi keje aku naik moto je la..alhamdulillah..dapat gak jimat2 duet bile dah xde kerete ni..last week aku balik kampung,pulang balik kerete kat family aku..xtahan pakai kerete kat sini..abes duet buat bayar tol ngan parking jek..dok kat sini asek kene kuar duet je..sume mende pon nak pakai duet..sabo jek la..naseb baek tinggal 3 bulan lagi..sabo2..

besok malam ade dinner company..tak tawu la nk pegi ke tak..macam mahal jek...lagipon aku macam malas..baru jek jap td manager aku kol..suruh aku buat presentation pasal phantosys kt HQ salah sebuah bank terkemuka..phantosys?jadah haram ape tuh?mane aku tawu siak..aku xpenah gune mende ni..bahase ape aku nak gune nih?cakap BM boleh?hutak ko la boss..maghrib2 kol aku..kalo ko ckp dr petang td sempat gak la aku nk study kan..xpe2..i try..3 bulan lg..sabo jek la..

penat tol bile kene balik opis ni..kenape la aku g terbodoh siapkan keje kt seremban ari tu awal2 kan..kalau aku buat slow2,arini mesti aku tengah bersenang-lenang kat seremban..puih! mintak2 la next week aku kene g PD ngn Pilah lak..boley la aku monteng2 keje..besok kene pakai proper..baju..tie..kasot kilat..stokin.malas tol nak pakai kasot..selipar tak leh?
okeh! aku kene iron baju sekrang! bye!