Assalamualaikum.. Entri ni khas aku tujukan kpd sahabat aku.. Sahabat yg pernah wujud dalam hidup aku.. Yg hadirnya hanya seketika tapi telah banyak mengajar aku erti persahabatan.. Aku sangat yakin entri ini mampu mengguris hati seseorang terutama tunangku dan mungkin akan mengguris hatimu wahai sahabat.. Tapi ketahuilah wahai kamu berdua yang aku perlu utk nukilkan entri ini utk luahkan apa yg terbuku dihatiku.. Aku harap kalian memafkan aku dengan penulisan ini..
Sahabatku..
Aku tahu kau tak kan baca entri ini.. Tapi andai kau terbaca penulisan ini.. Sedarlah kau yg pada ketika ini aku sudahpun menjadi tunangan orang.. Saat kau menatap penulisan aku ini, aku sudahpun terikat dengan ikatan pertunangan yg terjalin atas kehendak diri kami sendiri berlandaskan kasih syg yg telah kami semai selama 7 tahun..
Masih aku ingat tarikh perkenalan pertama kita..25 april 2013.. Kali pertama perbualan kita di media sosial.. Walaupun kita bekerja bawah satu bumbung, tapi tak pernah sekali pun kita bertegur sapa..aku masih ingat saat aku mula2 ingin mengenali kau, aku ditegur oleh rakan sepejabat kita yg lebih mengenali kau.. Dia dh menceritakan segala2nya tentang kau.. Yg pada aku ceritanya hanya pada keburukkan kau.. Tapi aku sikit pun tak percaya akan cerita tu.. Aku degilkan diri utk bersahabat dengan kau yg mana akhirnya bila aku kenal kau, kau tak la seburuk seperti yg diceritakan..dan aku masih ingat tarikh pertama kali aku jumpa kau, 13 may 2013.. Itulah pertama kali kita berbual secara berdepan.. Banyak yang kau ceritakan pada aku sehingga satu tahap aku berpesan pada kau hari itu, "jangan percayakan lelaki termasuk aku, lelaki ni makhluk yg tak boleh dipercayai".. Tu la pesan aku pd hari tersebut yg pd aku mungkin kau dh lupa..
Sahabatku
Hari kehari perkenalan kita semakin akrab.. Percayalah, dalam keakraban kita ada satu ketakutan yg wujud dalam diri aku..aku sgt takut bila kau ckp kau percaya pada aku.. Jujur aku ckp, aku betul2 takot bila org percaya pd aku.. 25 tahun aku kenali diri aku sendiri dan aku rumuskan bahawa semua lelaki adalah sama.. Walaupun aku gembira berkawan dengan kau, tp ketakutan yg ada dlm diri aku membataskan persahabatan ni.. Aku banyak berahsia dengan kau.. Kerana aku tak nak susahkan kau utk menyimpan rahsia aku.. Biarlah aku rahsiakan dr pengetahuan sesiapa.. Supaya tidak memudaratkan kau dibelakang hari..
Walaupun kita hanya bersahabat, tapi perasaan simpati aku pd kau membuatkan kau istemewa diantara sahabat2 aku yg lain..jujur aku katakan, aku bersahabat dengan kau kerana kau ada paras rupa yg baik, namun keakraban persahabatan kita ni lebih berlandaskan kepada perasaan simpati aku pada diri dan nasib yg menimpa kau..pada waktu tu aku betul2 tak sangka seorang yg begitu ceria dihadapan semua orang memiliki perjalanan hidup yg sangat hitam dan penuh berliku.. Aku pada ms itu sgt kagum akan kekuatan yg ada pada diri kau..
Sahabatku
Sepanjang perkenalan kita, tahukah engkau yang aku tak pernah sekali2 menipu diri kau jauh sekali mempermainkan perasaan kau.. Aku sgt berhati2 dengan tutur kata aku terhadap kau kerna aku tahu tutur kata manpu meruntun jiwa seseorang..tanya la pada diri kau pernah tak selama kita berkawan aku mengeluarkan kata2 kesat terhadap kau.. Pernah tak sekali aku lemparkan kata2 bodoh, sial, babi, anjing terhadap kau even kata2 tu selalu bermain dibibir kau utk aku.. Dlm setiap perbualan kita, aku sgt menjaga hati kau sebab kau adalah sahabat aku..kalau ada perkara yg aku tak suka kau lakukan, tak kan sekali2 aku lemparkan secara tepat terhadap kau, aku akan berkias dengan seribu harapan yg kau akan memahami maksud disebalik kiasan aku..
Ketahuilah wahai sahabat.. Pernah sekali aku merasa sgt2 marah terhadap kau kerana kau mengambil tindakan melulu 'menyerang' fuzah kekasih aku.. Maafkan aku kerana mengguna perkataan menyerang disini sebab aku tak dapat fikirkan satu perkataan yg seswai utk tindakan tersebut..namun dlm kemarahan aku, ada kau lihat aku memaki hamun kau.. Kerna pada aku, kau mengambil tindakan tersebut kerana kau belum cukup tahu ape yg berlaku antara aku dan fuzah dan kau belum mengenali fuzah seperti mana yg lainnya..disini aku memohon maaf kpd kalian berdua kerana situasi yg berlaku itu berpunca dari aku dan aku dh pun mendapat balasan akan kesalahan yg aku buat..letaklah kesalahan tersebut keatas diri aku kerana aku sgt yakin diri aku perlu dipertanggungjawabkan atas apa yg berlaku..
Sahabatku
Aku sangat pasti persahabatn kita ini satu hari nanti pasti akan memberi kesan yg buruk terhadap diri kita.. Bukan niat aku utk menghina persahabatan ini, tetapi kita dh melihat jelas di depan mata kita apa yg berlaku..persahabatan ini memberi kesan terhadap diri kau.. Aku pasti yg kita sama2 nampak akan perkara tersebut..kita nampak banyak sikap manusia yg terungkap sepanjang perkenalan ini.. Sikap yg kita tak sedar dan tak sangka dimiliki olehnya.. Yg membuatkan kita jatuh.. Aku pasti kau sgt tertekan dengan situasi yg berlaku.. Walaupun kau cuba menipu diri kau, tapi aku faham akan sifat kemanusiaan yg ada pada diri kau..
Manusia susah utk melihat 1000 kebaikkan yg ada pd seseorang namun manusia mudah utk mengenang 1 kesalahan yg pernah dilakukannya..membuat org suka pada kita satu perkara yg sgt sukar tapi mudah utk membuat orang benci pada kita.. Berdasarkan kefahaman ini aku rumuskan bahawa aku perlu utk buat kau membenci aku demi memudahkan kita leraikan ikatan persahabatan ini..aku yakin pada saat ini kau sgt membenci aku atas apa yg aku dh buat pd kau keblakangan ini..dan aku hampir pasti bahawa perancangan yg diatur utk memusnahkan ikatan persahabatan ini akan sampai kepenghujungnya..
Sahabatku
Kau pernah mengatakan yg kau tak pernah peduli sama ada aku mahu berkawan dengan kau ataupun tidak.. Aku tahu kata2 tersebut lahir dari hati kau kerana kau mempunyai kawan yg ramai dan kewujudan aku disamping kau hampir tidak bermakna.. Tapi percayakah kau sebelum aku nampak kesan buruk yg akan berlaku dalam persahabatan kita ni, aku pernah cuba utk menjadi kawan yg terbaik yg pernah engkau kenali..aku tahu aku tidak mampu untuk menjadi sebatang pensil yg boleh menulis akan kebahagiaan dan kegembiraan kau, tapi sekurang2nya biarlah aku jadi getah pemadam yg boleh memadam setiap luka dan kesedihan kau..atas sebab ini la aku cuba utk rapatkan kau dengan kawan2 aku supaya kau boleh memilih teman hidup antara mereka.. Aku tahu kau perlukan seorang lelaki utk mendampingi kau dan setia ada bersama kau..aku harap kau pilih lelaki yg tepat diantara mereka..dan ternyata pilihan kau sama seperti pilihan aku..syukur..
Aku harap kau bahagia dengan jalan yang kau pilih.. Cuma pesan aku, jgn terlalu mendesak dalam percintaan.. Biarlah cinta itu dtg sendiri.. Cinta yg dtg dlm waktu yg singkat akan pergi dlm waktu yg singkat.. Pupukla perasaan cinta tu perlahan2.. Supaya kau tak silap dlm menilai perasaan kau..kenali lah hati budinya dalam2.. Supaya kau tak menyesal di kemudian hari.. angkatlah martabat kau sebagai seorang wanita setinggi yang boleh.. Jgn pernah takot dengan bayang2 sendiri.. Setiap manusia ada melakukan kesilapan..
Sahabatku..
Tahukah kau bahawa aku adalah salah seorang pembaca setia blog kau.. Utk entri kau yg terbaru, andai entri tu ditujukan kpd aku, aku redha dengan segala tohmahan yg kau lemparkan..kerana itu adalah perancanganku dan aku percaya perancangan aku utk meleraikan persahabatan ini hampir bejaya..tapi ade juga yg aku perlu perbetulkan persepsi kau terhadap aku.. Kerana persepsi kau yg satu ni sgt bahaya utk ms depan persahabatn aku dengan rakan yg lain.. Percayalah yg aku tak pernah khianati kawan aku sendiri.. Aku tak pernah burukkan mereka, jauh sekali utk menikam mereka dr belakang.. Saat aku menyampaikan kata2 itu atau melakukan perbuatan itu pada hari tersebut, aku betul2 tidak tahu yg kau telah dilamar oleh sahabat aku.. Aku tak tahu kata2 atau perbuatan aku yg mana satu yg menampakkan aku mengkhianati rakan baik aku sendiri.. Kerana saat aku tahu kau telah dilamar, aku betul2 jauhkan diri dari kau..kalaulah aku berniat utk mengkhianati rakanku, takkan sekali2 aku berusaha utk menyatukan kalian berdua dan tentu sekali aku menceritakan setiap perlakuan buruk tentang dia kerna aku sangat mengenali dia dan lebih mengenali dia dr apa yg telah engkau kenali..
Walaupun aku tahu kau tak kan membaca coretan aku yg panjang lebar ni.. Tp biarlah aku coretkan utk bacaan aku sendiri.. Supaya aku takkan pernah lupa yg aku pernah bersahabat dengan kau..percayalah, aku sgt hargai setiap pengajaran yg muncul daripada persahabatan ini.. Kau banyak mengajar aku.. Dan setiap yg kau ajarkan aku hanya mampu berterima kasih.. Terima kasih kerana membuatkan aku lebih dekat dan menyayangi fuzah.. Terima kasih utk kata2 semangat yg telah kau berikan utk aku kekal bersama fuzah..
Kepada tunangku..
Maafkan aku andai coretan ini mengguris hatimu.. Bukan niat aku utk menceritakan tentang perihal wanita lain, jauh sekali utk mengingatkan kau tentang luka yg pernah engkau alami.. Tapi aku perlu utk jelaskan bahawa antara aku dan dia hanya sebagai seorang sahabat.. Aku harap sebagai tunangku kau faham dan boleh terima kisah ini.. Aku harap kita dpt sama2 menjaga hubungan kita, andai hubungan kita bergoncang dipertengahan, jgnlah kita menunding jari terhadap orang lain melainkan kite memikul kesilapan tu dibahu kita sendiri.. Aku harap setiap yang berlaku antara kita bertiga dapat dilupakan dan dapat dimaafkan utk kebaikkan kita bersama.. Jgnlah kau risau akan kedudukan kau disisi aku kerana aku akan sentiasa letak kau yg teratas..dan perlu utk kau ketahui yg aku telah pergi dari hidup sahabatku ini demi masa depan kita bersama.. Maafkan aku semua..