Tempoh perkenalan tak menjamin kebahagiaan.. Aku rasa die belum cukup kenal aku.. Or mungkin die hampir2 tak mengenali aku.. Kalau la die tahu ape yang ada dalam hati aku ni, pasti dia tak akan buat perkara ni.. Aku tak pernah mintak kehidupan yang baik dari ni, tapi aku minta semoga aku kuat utk harungi perkara ni..
Untuk saat ini, aku rasa aku dah cukup derita.. Derita yang perlu aku hadapi seorang diri kerana buat masa ni aku tak percaya kpd sesiapa lagi.. Hati aku dh tertutup utk beri kepercayaan kepada orang lain.. Biarlah aku tanggung sendiri.. Aku tak pernah mintak dia utk bantu aku dlm hadapi penderitaan ni jauh sekali untuk membawa dia masuk kealam penderitaan ni, tapi sekurang2nya tolong la jgn ditambah lagi penderitaan sedia ada..
Aku tak pernah berniat menagih simpati dari dia, dan aku tak kan menagih simpati dari sesiapa pun.. Sebab pada aku selagi makhluk itu bernama manusia, selagi itulah kita perlui meragui kepercayaan dan kesetiannya.. Aku bersumpah biarla aku simpan dan hadapi penderitaan ini seorang diri.. Seperti mana orang yang menuduh aku akan perkara yang bukan2.. Biarla dia dengan tuduhannya, kerana aku sgt pasti yang dia tak pernah mengetahui akan perkara sebenar..mungkin dia terlalu berbangga dan percaya akan instinct yang ada pada dirinya, tapi dalam situasi ni percaya la, instinct kau tu langsung tak betul dan tak boleh diguna pakai..
Orang tuduh aku sengaja cari penyakit, tapi pada aku ni semua takdir.. Bukan niat aku utk menyalahkan takdir, tapi ni lah takdir yang tertulis utk diri aku.. Semua manusia impikan takdir yang baik utk dirinya, mcm tu jugak aku.. Tp apakan daya, allah yg menentukan.. Aku dpt rasakan kalau aku lari dari semua ni, kematian pasti akan dtg menjemput aku.. Aku perlukan sedikit masa utk pergi dr semua ni, tapi andai ade yg mendesak aku utk terus hilangkan diri dr permasalahan ni, aku akan tunaikan even mende tu bisa meragut nyawa aku..
Seperti yang aku mahukan dia percaya, tiada permainan yg wujud pd waktu ni, dan permainan tu tak pernah wujud langsung..mungkin itu cume perasaan yang lahir dari jiwa yang tak tahu akan kebenaran..percaya la, sbb aku tak tahu mcmana untuk berterus terang.. Aku tak tahu kejujuran seperti mana lagi yang dia harapkan.. Sebab aku tersepit antara kebenaran, kejujuran, amanah dan kesetiaan.. Andai die betul2 kenal aku, n betul2 percaya akan kejujuran aku, pasti dia tak akan mendesak aku sebegini rupa..
Dlu dia pernah berpesan, tiada gunanya hubungan tanpa kepercayaan.. Tapi ini la yg berlaku sekarang.. Walaupun ada masanya aku kurang mempercayainya, tapi sekurang2nya aku tak pernah berprasangka buruk terhadapnya.. Pesan aku, andai hari esok kau menatap jasad aku tanpa roh didalamnya, biarkanla jasad itu pergi dengan 1001 rahsia dan dosa yang ada padanya.. Semoga kau berbahagia melihat jasad yang banyak menyakitkan hati itu pergi dari hidup kau.. Kerana terlalu banyak amanah yang aku perlu lindungi..
0 comments:
Post a Comment