Friday, 27 September 2013

30 hari terakhir..

assalamualaikum..entri ni aku tujukan khas utk.........memang aku buat untuk kau..maaf sebab aku tak mampu untuk reply email kau yang berjela2 tu..aku dah pun baca 2 3 kali..tapi masih ada banyak perkara dalam email tu yang aku tak faham.. so aku rumuskan kat sini yang kita sebenarnye sama2 tak paham ape yang berlaku.. sebab sifat ego melebihi sifat ingin tahu..perasaan cemburu menjadi pemangkin kepada pepecahan..ibarat virus yang menunggu masa untuk merebak..walaupun kita dah cuba untuk sama2 kekang penularan virus tu, tapi percaya lah, masing2 ade menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan pasangan masing2..tujuannya antara lain utk meletakkan kesalahan tu bukan pada diri sendiri.. so dalam email tu kau ade mintak aku tempoh 30hari..walaupun pada aku dah terlambat utk buat mcm tu, tp aku akan tunaikan kehendak kau..kau gunakanlah 30hari tu sebaik2nya..aku harap kau tak terlalu terlambat utk membuat mahupun menerima keputusan..andainya selepas 30 hari ni aku memutuskan untuk meleraikan ikatan ni, anggap la tiada jodoh antara kita.. tapi sekiranya perkara sebaliknya berlaku, kau seharusnya bersyukur kerana pada saat itu aku masih lagi mampu utk menerima kau..

pertama sekali aku nak berterima kasih pada kau sebab sudi terima aku.. terima kasih atas kesudian tu.. percaya la, pada awalnya aku betul2 gembira dan rasa bahagia dengan kau..satu perasaan yang aku tunggu2 sejak sekian lama..kerana pada aku mungkin kau dah berubah..mungkin dah tiba saatnya untuk aku berkongsi kebahagiaan bersama kau..tapi seperti biasa, adakalanya hujan ditengah hari.. so kegembiraan tu adakalanya terbatas.. tanpa kita sendiri tahu akan asbabnya..aku dah cuba turuti kemahuan kau semata2 inginkan kebahagiaan dalam perhubungan ni..tapi persoalanya kat sini, apa lagi yang kau nak aku buat??

yes.. aku dah lama tahu yang hati kau sebenarnya masih lagi cemburu kpd kawan baik aku tu..walaupun kau cuba nafikan, tapi sebagai lelaki, aku nampak ape yg berlaku dalam diri kau tu..tapi ape aku boleh buat? aku dah cuba yang terbaik utk puaskan kau.. aku cuba utk tidak hubungi dia lagi..tapi pernah tak kau percaya? kau still ragu antara aku dan dia.. aku cuba buang die dari hidup aku.. memang susah untuk kite buang seseorang tanpa sebab.. memang aku perlukan masa untuk lupakan dia..sebab dia kawan baik aku..die pernah ade kat sisi aku satu masa dulu saat kau pergi dari hidup aku..die pernah bantu aku saat aku susah..aku akui perkenalan yang singkat antara aku dan dia banyak mengubah diri aku..tapi tak boleh ke kau bagi aku sedikit masa untuk lupakan die? aku masih ingat last aku contact die secara peribadi pd 13 ogos yang lalu.. dan aku akui walaupun dah lebih sebulan aku tak hubungi die, tapi aku still tak dapat lupakan die..ni pun kau nak salahkan aku ke? memori ni allah yang bagi..untuk aku buang memori aku terhadap die, memang agak susah..tapi insyaallah aku akan cuba..aku akan cuba padamkan segala memori terhadap dia walaupun aku tahu aku tak mampu..tapi andaikata kau teringin sangat utk melihat aku lupakan die, kau berdoala semoga allah tarik segala ingatan aku..aku lebih rela hidup dalam keadaan tiada ingatan daripada hidup sebagai tertuduh.. tentang sayang, tak usahla kau tanya lagi.. aku akui aku pernah menyayangi die..yess..aku sangat2 sayang die.. tapi sebagai kawan..seperti mana kau sayang kawan2 kau..seperti mana kau sayang kawan2 lelaki kau, macam tu la aku..aku sayang die sebab die selalu ade untuk aku saat aku memerlukan..tapi tolong la percaya pada aku sekarang yang aku dah buang perasaan sayang tu jauh2..aku dah tak simpan ape2 perasaan lagi terhadap die.. Kalau kau kata tentang kesal.. Ye aku akui, aku kesal sebab buang die dr hidup aku.. Satu sebabnya kerana die kawan baik aku.. Tapi ape yg aku boleh buat? Aku terpaksa demi utk menjaga hati kau..aku harap kau percaya akan kata2 aku ni.. aku harap lepas ni jangan la dibangkitkan lagi soal die..die tak bersalah dalam hubungan kita ni..kalau ade perselisihan yang berlaku antara kita, penyebabnya hanya kau dan aku..bukan berpunca daripada die mahupun sesiapa..cukup2lah dia dipersalahkan.. semasa prestasi kerja aku merosot, die jugak dipersalahkan.. masa kita gaduh pun, die jugak dipersalahkan..kenape perlu salahkan die? die ni siapa dalam hidup aku??

aku tak sempat untuk huraikan yang lain.. cuma 1 ni je yang sempat aku huraikan..kalau kau kata aku dah berubah, aku nak pulang balik ayat ni kat kau.."manusia perlu berubah"..memang aku akui aku dah berubah..tapi perasaan sayang pada kau still sama..cume aku perlu ubah sikap aku sebab aku rasa aku dah cukup mengalah selama ni..sampai bile aku perlu utk mengalah dan menjadi lelaki dayus..jgn salahkan aku akan perubahan ni..sebab kau yang mintak perkara ni berlaku.. selama ni aku terlalu mengikut kehendak kau..terlalu mengalah akan keinginan kau.. sampai satu tahap, setiap apa yang aku buat tidak berharga lagi.. kau mesti hairan kan kenapa sekarang aku dah tak pujuk kau lagi? pasal tu kau tanya la diri kau sendiri..aku tahu kau pasti ada jawapanya.. kalau kita mahukan sesuatu, kta perlu berikan sesuatu..dalam hubungan mesti ada give n take.. so faham2 lah.. aku harap kau dapat terima dengan hati yang terbuka.. buang la jauh2 sikap ego tu.. bukak mata sikit..jgn tanya kenapa kita tak dapat sesuatu daripada seseorang.. tapi tanyalah apa yang kita dah beri pada seseorang.. aku bukan lelaki kacak, aku bukan lelaki bergaya, aku bukan lelaki kaya, aku bukan lelaki beriman, tetapi aku mampu untuk mencintai kau dan cuba untuk menjadi yang sempurna untuk kau..

0 comments:

Post a Comment