akhirnye..perkara yang paling ditakuti dalam setiap perhubungan telah pun berlaku dalam perhubungan kami..sedih, kecewa, frust, etc2 tidak berguna lagi..yang berlaku tak kan mungkin dapat diputar kembali..kalau kami mampu untuk memaafkan pun, hati kami tetap berbekas..seperti paku pada dinding, even kite dah cabut paku tu, lubang yang ade pada dinding tak kan tertutup dengan sendiri..kate2 maaf hanya bersifat sementara dan tak kan dapat memadam kembali segala memori yang pernah terpahat..
dimana silapnya, semua yang berlaku terlalu pantas.. ego, angkuh, cemburu, tiada rasa hormat, menguasai diri kami..kami tidak dapat mengawal perasaan masing2 yg sering menghantui jiwa kami..masing2 ade sebab tersendiri untuk menang dalam pertelingkahan ini..tak ada yang mahu mengalah..dan tak keterlaluan kalau aku kate kat sini kemungkinan hati kami tiada lagi untuk meneruskan hubungan ni..hati kami luluh dengan perasaan yang kami sendiri cipta..kami takut dengan bayang2 kami sendiri..
aku mengerti mungkin pada die aku yang bersalah..ye.. aku bersalah sebab aku tak dapat membimbing hubungan ni dengan baik..seharusnya aku sebagai lelaki, aku perlu memimpin hubungan ni..7 tahun aku cuba, tapi ternyata aku gagal..mungkin pendekatan yang aku guna untuk mendekatinya silap..aku masih tak dapat mengenali diri die dengan baik even aku dah kenal die terlalu lama..aku tak dapat mengenali die seperti mana die mengenali aku..mungkin segala kate2 yg dilemparkan terhadap aku selama ni merupakan satu penilaianuntuk diri aku..penilaian dari seseorang yang cukup mengenali aku..aku terima dengan redha..
terima kasih kepada kawan aku yang cuba untuk satukan kami.. walaupun aku rasa cara kau tu agak keterlaluan dlm membantu aku, tapi aku hargai ape yang kau buat..niat kau cume nak tgk aku bahagia bersama die..thanx maria..thanx for the lakonan, sesi photoshoot yang agak tergesa2, etc..setiap ape yg kau buat utk aku, kate2 nasihat kau, akan aku ingat sampai bile2..walaupun kite gagal, sekurang2nya kite dah cuba kan?perkenalan kite yang sebulan jagung ni bnyk mengajar aku erti persahabatan..
kepada die, aku doakan yang terbaik untuk kau..cari la lelaki yang lebih baik dari aku..aku silap kerana biarkan perasaan cemburu menguasai diri..dan aku silap meletakkan perasaan cemburu factor utama dalam sesebuah perhubungan sehinggakan aku cube sedaya upaya untuk buat kau cemburu dengan niat untuk lebih disayangi..tetapi ternyata aku silap..perbuatan bodoh aku tu ternyata memakan diri aku sendiri..aku akan pergi dari kau..dan aku takkan pandang kebelakang lagi..
dalam 7 tahun ni, bnyak aku dah sakiti kau..aku minta maaf sangat2..aku tak dapat jadi lelaki yang baik..aku pernah berjanji dengan kau yang aku tak kan buat sesuatu yang boleh menyebabkan kau hilang dari hidup aku..tetapi ternyata aku dah memungkiri janji..aku tak dapat tunaikan janji yang aku sendiri lafazkan..maafkan aku..beritahu la pada mereka2 yang aku bersalah dalam hubungan ni..anggap la aku pergi dari hidup kau kerana orang ketiga..insyaallah mereka akan percaya setelah melihat sendiri ape yang aku dah lakukan..biarlah mereka menilai diri aku..aku janji aku akan tonjolkan diri aku sebagai pesalah dan takkan sekali2 aku benarkan orang lain mencerca kau..insyaallah..harapan aku, andai 1 hari besok allah buka hati kau kembali untuk aku, datangla cari aku kat sini..aku masih setia menunggu kau..dan kalau esok kau dah jadi milik orang lain, aku berdoa semoga allah hilangkan la sebahagian dari ingatan aku yang telah aku gunakan untuk mengingati kau setiap masa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment