Friday, 8 March 2013

peluang yang tak mungkin ada..

tamat sudah segala2nya ..penantian selame berbelas tahun akhirnye berkecai menjadi serpihan yang tak mungkin dapat dicantum semula....8 tahun aku tunggu peluang..setiap masa setiap saat aku cuba2 untuk carik ruang yang seswai untuk aku teruskan cita2 aku..tanpa jemu aku recce2 mana2 peluang yang terbuka..tapi akhirnya, setelah peluang tu datang, setelah peluang tu terbuka luas didepan mata, baru la aku sedar yang aku mempunyai satu kelemahan , kelemahan yang tidak pernah aku jangkakan, kelemahan yang membataskan aku untuk meneruskan cita2 aku..kelemahan yang memadamkan terus impian aku untuk bergelar pegawai angkatan tentera malaysia..

"awak tak layak jadik askar..saya sarankan awak tak perlu cuba lagi, carilah kerja yang seswai dengan diri awak"..ayat yg sgt mengguris hati aku..kalaula si penutur kata2 ni tahu apa yang ada dalam jiwa aku..kalaulah dia nampak semangat yang wujud dalam diri aku ni, aku yakin kata2 sebegitu takkan terluah dari bibir dia..mungkin aku dah mengenali alam tentera sebelum die menyarungkan uniform..mungkin kalau uniform tu terpakai di badan aku, aku akan jadi lebih baik dari die..kerana alam ketenteraan begitu sebati dalam diri aku..

allah lebih mengetahui segala2nya..allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku..mungkin..sebagai hamba biasa aku wajib redha dengan segala ketentuanNya..tapi dalam aku meredhai sesuatu, air mata aku masih lagi menitis..aku masih tak dapat menerima hakikat ni..kenape perlu diperlekehkan org yg mempunyai kekurangan seperti aku..adekah org seperti aku tak layak untuk memberi sedikit bakti dalam organisasi beruniform..kenape mereka merampas jiwa aku..jiwa yang sentiasa terpupuk dengan alam ketenteraan..semoga mereka menyesal dengan penyingkiran aku..kerana aku yakin mereka lebih perlukan org seperti aku untuk bersama mereka..

saat ini..air mata aku masih lagi menitis..terlalu kesal atas segalanya..berjuta kekesalan telah lahir dari jiwa aku..aku merasa diri aku begitu rendah..aku tak layak berdiri sebaris dengan mereka..air mata yg menitis akan terus menitis..walaupun air yg menitis bertukar merah sekali pun, kelemahan diri aku tak kan dapat diperbaikki lagi..untuk selama2nya..

0 comments:

Post a Comment