Sunday, 2 December 2012

terima kasih allah

terima kasih allah kerana melahirkan aku kedunia..memberikan segala kesempurnaan pada diri..menganugerahkan segala panca indera untuk aku menikmati kehidupan didunia..memberikan aku akal untuk berfikir dan bersujud kepada mu..

terima kasih kerana memberikan kedua ibu bapa yang menyayangiku..mereka ibarat tangan kiri dan kanan ku..yang memberikan aku tempat untuk bergantung..merekalah yang membesarkan ku dengan penuh kesempurnaan..

terima kasih menghadiahkanku sebuah keluarga yang bahagia..yang mendorong aku untuk terus berdiri..memberikan aku inspirasi untuk berusaha dalam hidup..sentiasa menjadi tulang belakang aku tatkala aku belum mampu untuk berdiri tegak..

terima kasih kerana memberikanku kehidupan yang penuh dengan ragam..memberikan pekerjaan..kawan2..saudara mara..jiran tetangga dan semuanya..merekalah yang mewarnai hidup aku yang membuatkan aku tidak jemu untuk hidup..

yang terakhir, terima kasih kerana memberikan ku seorang peneman hati..yang mampu memberikan aku cinta dan terasa diri dicintai..yang boleh menerima aku seadanya..yang sentiasa ada disaat jatuh bangunku..yang mempunyai senyuman yang mampu untuk melenturkan ketegangan hati..

terima kasih ya allah..aku bersyukur kepadamu atas pemberianmu yang sangat bernilai///

0 comments:

Post a Comment