Thursday, 23 August 2012

sisipan raya..

dah hampir seminggu beraya..aku rasa belum cukup terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya..raya tahun ni mungkin berlainan sikit dengan tahun2 sebelum ni..dalam kegembiraan pasti ade terselit sedikit kisah duka..ni lah realiti kehidupan yang harus kita lalui selagi kita masih bernafas..

perbezaan pertama yang aku dapat lihat, tahun ni aku langsung tak dapat duet raya even rm1 sekalipun..sebab ni la tahun pertama aku beraya sebagai seorang yang dah bekerja..so dah jadi macam satu tradisi, mereka yang bekerja tak perlu untuk dapat duet raya..sebab kita masyarakat melayu..kita tak sama mcm cina, selagi belum berkahwin, selagi tu mereka akan dapat angpau..

yang kedua, aku dapat rasakan yang tahun ni tahun terakhir aku beraya sebagai orang bujang..kalau ikut perkiraan dan angan2 aku, mungkin aku akan berkahwin dalam waktu yang terdekat..dalam masyarakat melayu, sebelum berkahwin, mereka pelu lalui dua tahap iaitu merisik dan bertunang..aku dah hampiri ke alam perkahwinan bilamana aku dah melepasi tahap yang pertama..alhamdulillah. raya ke-3 hari tu aku dah mula merisik..alhamdulillah semua berjalan lancar. cuma aku kecewa sikit bile aku tak dapat nak tunjuk gambar majlis tu pada saudara mara yang jauh..mungkin belum masanya lagi..plus aku pinjam kamera orang untuk rakam gambar majlis tu, so aku tak boleh demand lebih2, kalau orang dah tak nak bagi sebab mungkin dia risau sahabat2 dia tahu akan perkara tu, aku tak boleh nak paksa..cuma aku harap saudara2 aku yang jauh2 tu paham kenapa aku tak boleh nak tunjuk gambar majlis tu masa korang turun jb aritu..

makin tua raya makin tak meriah..takda lagi baju2 baru untuk beraya..aku pakai ape yang ade jek..sebelum ni aku plan nak berabis untuk raya ni..aku nak bli baju, kasut, seluar..tapi tak kesampaian bila adik aku eksiden..dekat seribu gak aku berabis untuk repair kereta dia tu..so aku gunakan bajet raya aku..jgn tanya kenapa tahun ni aku tak boleh nak bagi duet raya..sebab duit aku dah habes..insyaallah selasa ni aku gaji..so aku akan bg sket duet gaji tu kat adik aku sebagai duit raya..sorry sebab lambat..

hari ni aku sibuk sikit sebab tibe2 member aku mintak aku tolong jadik cameraman majlis nikah akak dia..aku risau gak sebab tak pandai amek pic kan..lagipun selama ni aku guna kamera biasa je..so gambar takde kualiti sgt plus takde skill..aku harap tak kecewakan dia la..malam ni pulak mak aku plan nak kumpulkan semua besan2 datang beraya..actually mak aku cuma ade satu besan jek, mungkin bakal besan ade 3..tu yang mak aku plan untuk ajak diorang datang beraya sekali malam ni kat rumah aku..ade la sikit makan2 yang mak aku buat..tu yang sibuk sikit..

dah 3 hari aku bekerja dari rumah..mujur la bos aku paham..patutnya aku dah kene masuk opis arini..tapi bos aku mintak aku standby dari rumah je..kalau ade issue baru aku kene g ke site..sekarang ni macam2 teknologi kan..so sebelum cuti beraya aritu aku dah install satu software khas kat server yang membolehkan aku remote server dari rumah kalau2 server tu problem..aku harap software tu banyak membantu aku la..walaupun ape yang aku buat ni salah disisi SLA syarikat, tapi aku terpaksa buat sebab jarak rumah aku nak ke tempat kerja tu dekat sejam kot..so kalau respond lambat, lagi banyak SLA yang aku dah break..lepas raya kang aku remove la software tu..

last, aku nak bagitau kat sini yang before raya aritu berat badan aku turun 7kg..tapi ni dah lepas raya ni tah2 dah naik 10kg..harap2 tak mcm tu la..sebab target aku, time ari perkahwinan aku, berat badan aku mesti 75kg kebawah..haha..sebab sejak aku darjah 4, belum pernah berat aku bawah 80kg..


0 comments:

Post a Comment