Monday, 2 July 2012

inspektor..hehe

polis...bila sebut pasal polis, orang2 yang kenal aku mesti cukup sinonim dengan senario yang aku ni seorang yang anti polis. sebab aku suke bercerita pasal keburukkan polis.. pantang ada polis yang buat silap, mesti aku terus kondem abes2san.. tapi ape yang orang tak tahu..sejak kecik lagi cita2 aku nak jadik seorang anggota uniform..dulu masa sekolah rendah setiap tahun kene isi laporan adab belajar..dan setiap tahun jugak setiap murid kene tulis cita2 meraka dalam laporan tu..dala form tu ada 3 ruang untuk cita2..pilihan pertama, pilihan kedua dan pilihan ketiga..setiap tahun dari darjah satu sampai darjah 6 dalam laporan aku mesti bertulis :-
1) PILIHAN PERTAMA : tentera
2) PILIHAN KEDUA : polis
3) PILIHAN KETIGA : bomba.
dari start darjah satu sampai abes sekolah rendah, cuma 3 ni je pilihan aku.. tak pernah berubah..memang obses giler dengan uniform..so, tak ada sebab untuk aku anti polis.. aku tak pernah anti polis, cuma aku anti individu yang memakai seragam polis, yang tak jalankan amanah dengan jujur..menyalah gunakan kuasa dan tanggungjawab yang diberi..bukan senang nak bergelar anggota polis..tak semua yang bertuah dapat menyarung uniform tu..hanya orang2 tertentu je yang berkelayakkan dan dipilih oleh tuhan..

mana aku tahu susah nak jadik polis? ya..aku sangat tahu sebab tadi baru je aku jalani sesi temuduga untuk jawatan inspektor polis..keputusan :FAILED!..kesungguhan memang dah ada..start aku dapat phone call untuk amik surat kat IPD batu pahat, aku dah mula tanamkan azam untuk lulus interview tu..mende paling asas yang terlintas kat fikiran aku mase tu mesti la nk kuatkan stamina kan..so tetiap petang aku balik ke batu pahat untuk berjoging..aku kene joging kat BP sebab dari zaman sekolah dulu aku dah ukur jalan2 sekitar kawasan rumah aku ni mana yang seswai untuk joging and bape jarak yang aku akan lalui..trek yang aku dah buat sejauh 3.2KM..masa larian 15minit. ni ketetapan yang aku buat untuk kuatkan stamina aku menjelang hari interview nanti..sebab aku tahu, standard larian polis cuma 2.4KM dalam masa 15 minit, so aku rasa setakat 2.4KM tu xda masalah untuk aku kot..

3 hari sebelum interview aku dah siapkan sijil2, pakaian yang aku nak pakai, seluar pendek, tshirt putih, kemeja putih, kasut hitam..ni semua aku ikut prosedur yang tertulis atas surat tawaran plus prosedur nasi tambah yang pandai2 direka oleh bapak aku semata2 untuk melihat anak KESAYANGAN dia ni lulus temuduga ni.. macam2 pesanan yang bapak aku tinggalkan..tak lupa jugak pesanan dari sedara mara..dan aku terima semua pesanan dan tips2 yang diberi dengan baik..cuma dalam banyak2 pesanan tu, ada satu pesanan yang aku tak boleh nak terima.. "kau jangan amik rasuah"..jadah mende?aku baru nak g interview kot..tak kan dah cite pasal rasuah..nevermind! ape2 la pakcik, tips tu tak membantu langsung ok..

pagi tadi..seawal 6 pagi aku dah gerak dari kulai..tempat tu tak jauh kot..dalam 20 minit jek..tapi sebab obses punye pasal, aku gerak awal sebab takut sampai lambat..inspektor la katekan..mesti cepat dan tepat..hehe..semua test aku dah buat..dari cek tulang, cek tatoo, cek tinggi, berat, saiz buah dada, etc etc..macam2 la yang aku buat..banyak betul stage yang aku kene lalui..bila kite tak dapat lepas satu stage, maka kita dianggap gagal terus dan tidak perlu ke stage seterusnya..tapi alhamdulillah, aku berjaya lepas semua stage..kini aku mampu tersenyum lebar dan perasaan riak dan takbur mula timbul dalam diri..tapi..ni semua bersifat sementara bilamana tetiba seorang pegawai berpangkat ASP berjaya menggagalkan aku dengan sebab yang aku sendiri tak jelas kat sini..aku tak paham kenape aku gagal..argh!! tekanan..tapi alhamdulillah..walaupun aku gagal, aku masih mampu menerima kegagalan dengan senyuman.. sebelum aku keluar dari dewan tu, aku sempat senyum pada semua hadirin yang ada dalam dewan tu..

finally, segala komitmen, pengorbanan, azam,wang ringgit, doa, usaha, dan harapan yang aku taburkan untuk temuduga ni berkecai..siyes..memang sedih nak mampus..sedih plus geram sebab aku tak tawu kenape aku digagalkan..mungkin aku boleh terima kalau aku gagal disebabkan aku tak dapat nak buat ujian yang dia bagi..tapi..tu la..betul la kate gf aku, nak jadik polis memang kene ade kabel kot..tanpa kabel, sia2 jek usaha korang..haha..aku tahu bapak aku sedih aku gagal..aku tahu mak aku lagi sedih aku gagal..tapi tak ada sorang pun tahu yang aku lah orang paling sedih bile aku gagal..cume aku tak tunjuk sebab aku tak nak orang nampak aku lemah..sampai saat ni aku masih lagi berdoa semoga nama aku tersenarai dalam waiting list..ni dah cukup untuk puaskan hati aku..kalau boleh jangan la direject terus resume yang aku dah bagi tu..biarla resume aku sentiasa ada dalam simpanan waiting list kat bukit aman, sebab selagi nama aku berada dalam waiting list, selagi tu la aku ada peluang untuk bergelar inspektor polis..insyaallah..






9 comments:

Unknown said...

bro apa pasal gagal . best citer lu bro (sory aku guna bro lu bro lu)

asmy dot com said...

Haha.. Tak tau la kenapa gagal.. Tp sarjan yg test aku tu bisik kat aku camni "aku nak luluskan kau, tapi pegawai aku taknak kau.. Peha kau ni rapat sikit" hehe.. Tp aku dh redha dh..haaa

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

sebab paha kau bergesel time kawad tuh, sebab tu la kot ,, huhu

Unknown said...

sebab paha kau bergesel time kawad tuh, sebab tu la kot ,, huhu

Hasanuddin said...

apa kaitan paha gesel dgn gagal polis?

jack said...

keperluan utk kawat kot

Unknown said...

bro..aku tak tahu ko ada read ni atau tak..aku nak ceta sikit..hari ni 05/09/17 aku p temuduga stage terakhir slps s'taun lebi menunggu..step by step..dari proses dokumentasi dan fizikal, review fizikal, ujian mit, dan last ni temuduga dgn pegawai..semua step saya lalui..dgn b'sungguh2..dgn harapan makbpk, mcik pcik spupu semua mendoakan..dgn penuh semangat saya dtg ke temuduga last ni..masuk dewan, komunikasi n jwpn semua ok..adalah dlm 30minit bgtu b'soal jwb..last2 d luar d dwn d umumkan 'maaf' ya..ya tuhan..sy blank time 2..mana silapnya..klu d ikutkan hati sy nak serbu pegawai tu tanya blik knp sy d reject..1 hari saya tak b'henti menangis..usaha sy selama ni sia2 saja..bknlah tidak redha..tapi sakit hati sy tuhan saja tahu..penat lelah, wang habis saja saya laburkan..tiba2 sy terasa dunia ni gelap saja..��

Unknown said...

Boleh tak contact saya 0183635464.. Awak ni dalam waiting list atau calon baharu pengambilan siri 1/2017 ye ?

Post a Comment