sahabat bukan hanya pada taraf satu2 ikatan..sesiapa pun boleh jadi sahabat kita, even pasangan suami isteri pun boleh wujudkan ikatan persahabatan antara mereka..kerana persahabatan ni mempunyai definisi yang luas, tapi membawa maksud yang sama iaitu ikatan antara dua jiwa..sama ada diikat dengan kasih sayang, dengan cinta ataupun dengan ideologi..
aku mungkin ramai kenalan, tetapi antara semua kenalan aku, tak ramai yang aku anggap sebagai sahabat.. pada aku sahabat adalah orang yang betul2 dekat dengan aku n orang yg berada dalam kedudukan istemewa dalam hati aku..sebab bila aku dah angkat seseorang itu utk jadi sahabat aku, aku akan mula menyayanginya, aku akan berkongsi rasa dengannya, aku akan menjaga perhubungan dengannya, sentiasa bersikap jujur dengannya dan yang paling penting aku tak akan mempermain2kan perasaannya..
bakal tunang aku selalu mengganggap aku sebagai sahabat baiknya..yes..memang aku suka bila die panggil aku sebagai sahabat karibnya kerana pada aku kami akan lebih bersifat jujur dan terbuka jika kami menganggap masing2 adalah sahabat baik..walaupun kadang kala kejujuran tu sgt pahit utk ditelan, tapi adakalanya kami redha jika kejujuran tu tidak memihak kepada kami..aku akui hubungan kami tak semesra pasangan lain dan kami sering berselisih faham, tapi aku percaya satu hari nanti kami akan sebahagia pasangan lain..aku yakin ikatan persahabatan yang kami semai selama ni lambat laun akan membuahkan hasil..
walaupun aku ni lelaki, tapi aku masih tahu menghargai nilai persahabatan..kadang2 aku sedih jugak bile tgk sahabat2 aku pergi dari hidup aku sama ada tanpa sebab ataupun pergi dengan sebab.. aku lagi sedih kalau sahabat tu pergi dengan sebab yang langsung tak masuk akal..tapi aku tak kan salahkan mereka, sebab aku tahu mereka pun manusia..manusia akan sentiasa cari sesuatu yang baru.. dan yang pastinya mereka akan tinggalkan yang lama jika pada mereka yang baru lebih menyenangkan..perkara yang paling menyedihkan dalam persahabatan bila kite anggap orang tu sebagai sahabat baik kite, kite bagi sepenuh komitmen pd die, jaga perasaan die, bantu die saat susah senang, sering berkorban utk dia dan sebagainta, tapi bila tiba satu saat, die pergi tinggalkan kite kerana die xpernah anggap kite sebagai sahabatnya..die hanya mempergunakan kita utk kepentingan dirinya...
dari zaman kanak2 lagi aku selalu ditegur oleh keluarga aku kerana lebih pentingkan kawan aku dari menda lain.. aku ingat zaman sekolah dulu aku pernah tak makan waktu rehat sebab duit yang mak aku bagi, aku gunakan utk bantu kawan sekelas aku yang hidup susah kerana kematiam ibu bapa..aku ingat sampai sekarang akan perkara tu..sebab hampir setiap hari aku akan gunakan duit saku aku utk bantu dia..dan paling aku ingat hari ketika persahabatn tu putus, aku masih ingt saat tu aku dalam kesusahan, tetapi kawan aku tu berlalu pergi dari aku dengan senyuman yg sgt sinis..tu la pengajaran pertama yang aku dapat dalam berkawan..tapi alhamdulillah, sampai sekarang aku tak pernah serik utk berkawan, walaupun kawan2 aku selalu buat perkara yg tidak baik terhadap aku..mungkin ada karmanya, sebab mustahil la kalau aku tak pernah buat perkara yang sama kat orang lain kan..
pada usia sekarang ni aku rasa aku makin kurang sahabat.. mungkin usia sekarang ni membuatkan orang sekeliling kita lebih matang dalam berfikir.. mungkin ada perlakuan aku yang tak begitu menyenangkan mereka dan membuatkan mereka pergi dari hidup aku.. ataupun mungkin cara aku berkawan sudah tak relevan pada usia ni kerana mereka yang berada pada usia aku sekarang ni lebih mencari akan kebahagiaan hidup berbanding peneman diri..kepada mereka yang pernah menjadi sahabat aku, terima kasih kerana pernah wujud dalam hidup aku..yang pernah berada disamping aku saat susah senang, terima kasih..maafkan aku atas segala perbuatan jahat yang aku pernah buat..aku akan doakan kita berbahagia dengan hidup kita dan jalan yang kita pilih..insyaallah..
0 comments:
Post a Comment