Wednesday, 7 August 2013

End of ramadhan..

Alhamdulillah.. Selesai sudah mengerjakan ibadah puasa.. Syukur sebab aku masih lg untuk betpuasa penuh.. Sejak akhil baligh, alhamdulillah setiap tahun aku xpernah ponteng puasa.. Walaupun aku bukan orang yang baik, tp aku still jaga ibadah puasa aku.. Pada aku biarlah kebaikkan dan kejahatan tu seimbang.. Lebih bagus lagi kebaikkan tu melebihi kejahatan.. Sebab aku tak mahu kejahatan menguasai diri aku.. Walaupun masyarakat memandang aku sebagai seorang yg jahat, tapi aku masih mempi tersenyum kerana pd aku, kite xboleh nak kekang pandangan masyarakat kepada kita..

Bercakap soal ramadhan, aku rasa ni la ramadhan yang paling teruk aku lalui.. Pelbagai dosa aku dah buat sepanjang ramadhan ni.. Aku berdosa dengan ramai orang.. Ramadhan kali ini memberi aku beribu pengajaran.. Pelbagai masalah databg bertimpa2 sepanjang bulan ni.. Masalah yang kebanyakkannya berpunca dari diri aku sendiri.. Aku tak boleh salahkan orang sekeliling aku kerana masalah ni aku yang cetuskan.. So aku redha jika aku perlu hadapinya sendirian.. Memang tak kan ada manusia yg paham hati aku.. Cume aku n allah je tahu ape yang ada kat dalam hati aku ni.. Mungkin ni balasan untuk orang seperti aku.. Mungkin inilah pengajaran yang allah berinpada aku atas ape yang aku buat sepanjang 25 tahun aku bernafas..

Sejujurnya aku kini tersepit antara tiga kelompok yg aku sayang.. Bakal bini aku, kawan baik aku dan kawan aku sendiri.. Aku rs seolah2 aku berada ditengah2 antara mereka.. Kalau diberi pilihan, aku nak kan ketiga2 kelompok ni ada dalam hidup aku.. Aku tak nak kehilangan mereka kerana aku syg mereka n aku perlukan mereka.. Kerana adakalanya mereka tempat aku bergantung.. Aku tak tahu kat mana harus aku luahkan.. Aku tahu bakal tunang aku tak terbabit dalam permasalahan ni.. Tp permasalahan mi memberi kesan dalam hidup die.. Aku rs tersepit kerana banyak sgt kebenaran yang aku tahu.. Banyak sgt rahsia dan kisah2 mereka yang ada dalam sanubari aku.. Aku hanya mampu melihat dan mendengar permainan perasaan, penipuan, ketidak jujuran, keterujaan, kasih syg yg tiada hujung pangkalnya, fitnah, dan sebagainya.. Aku hanya mampu melihat kerana aku perlu jaga hati dan perasaan mereka.. Dalam ms yg sama aku xmahu mereka terasa seperti dipermainkan.. Aku tak mahu sape2 pun kecewe dalam permasalahn ni.. Kalau boleh biarlah ketiga2 kelompok ni hidup bahagia bersama aku dan ketiga2 kelompok ni dalam eratkan lagi ukhuah yang sedia ada.. Tapi andai hasrat aku tak tercapai dan aku hanya diberi 1 peluang untuk memilih, aku pasti akan memilih bakal tunang aku kerana pada aku, walaupun kami tak semesra pasangan lain, tapi ade satu keunikan dalam hubungan kami yg mana hanya kami sahaja faham..

Aku sentiasa berada dalam kesedihan.. Namun ape yang berlaku saat ini membuatkan aku bertambah sedih.. Aku lebih sedih bile melihat akan kebenaran yg berlaku dikalangan orang sekililing aku.. Aku betul2 sedih bile ada hati2 mereka yg aku syg dipermainkan.. Tp aku xmampu utk mengekang kerana aku tahu kepercayaan dah tak wujud lg dalam diri aku dan mereka.. Antara kami saling ada sifat syak wasangka dan saling tidak mempercayai antara satu sama lain.. Masing2 berfikir beralaskan emosi dan perasaan.. Masing2 membuat keputusan dan tidakan melulu bagi menafikan kebenaran yang tidak memihak kepada mereka..aku betul2 sedih melihat keadaan ni.. Aku hanya mampu melihat, berkias dan memberi beberapa nasihat berguna yg aku fikirkan perlu walaupun pada hakikatnya aku tahu nasihat dan niat aku tu sering disalah tafsir..

Ya allah.. Kenapa aku berada dalam situasi ni.. Kenapa aku susah untuk menemukan bahagia aku.. Kenapa bahagia yang dtg sering bersifat sementara.. Aku suka melihat orang sekeliling aku gembira.. Aku selalu sering mencuba untuk gembirakan hati mereka disekeliling aku walaupun adakalanya aku gagal..  Tapi kenapa ini balasan yang aku dpt.. Kenapa hati aku sering terguris dengan tindakan mereka..walaupun aku xreti utk tunjukkan emosi aku, tak reti utk tunjukkan kasih syg aku.. Tak reti untuk meluahkan dengan kata2, xreti untuk berbicara.. Tapi aku harap mereka paham n percara bahawa aku juga miliki hati dan perasaan seperti mereka.. Aku tak kan bermohon dariMu kehidupan yang lebih baik dari ni, tapi aku bermohon padaMu agar hati dan jiwa aku kuat utk laluinya.. Kerana aku betul2 sygkan mereka..

0 comments:

Post a Comment