alhamdulillah..dah masuk 4 hari puasa..ramadhan yang penuh keberkatan..mungkin ni ramadhan yang terakhir untuk diri aku..siapa tahu..lebih kurang sebulan dari sekarang, aku mungkin akan memasuki alam pertunangan..yes! memang aku teruja sangat untuk masuk kealam tu..sebab tu adalah langkah terakhir sebelum memasuki alam perkahwinan...aku harap penantian selama 7 tahun tidak dipersia begitu sahaja..
aku harap segala cita2 aku selama ni berbaloi..aku harap aku pilih gadis yang tepat untuk menjadi suri hati aku..semoga Allah buka pintu hati kami untuk saling menyayangi dan dapat menerima kekurangan dan kelebihan pada diri masing2 seadanya..semoga setiap kisah silam yang pernah berlaku dalam diari hidup kami dapat kami lupakan seadanya..
dia lah gadis pertama yang aku kenal..dan dalam 7 tahun bersama dia, aku semakin yakin dengan diri aku.. dulu aku seorang yang sangat malu dengan wanita..tapi alhamdulillah, sejak aku kenali dia, aku mula berkawan dengan wanita..walaupun tak ramai, cuma 3 orang, tapi alhamdulillah, melalui mereka bertiga, aku mula menganali hati budi wanita, kerana mereka bertiga memiliki sifat yang sgt berbeza..dan aku akui, aku menyayangi mereka semua seperti seorang sahabat..
wanita pertama yang aku kenal selepas dia adalah adik angkat aku..amirah haziqah..kami panggil dia sebagai hezy..die seorang yang sgt baik tapi sgt moody..dari dia la aku belajar sifat sensetif yang ada pada seorang perempuan yang lelaki perlu amik tahu..walaupun kita nampak perempuan tu ceria dan senang dengan kita, tapi cayalah, ape yg kite nampak tak sama dengan ape yang ada dalam hati mereka..kisah hidup die agak menyedihkan, tapi alhamdulillah, die dah kawen pun sekarang dengan lelaki pilihan dia n insyaallah akan menimang cahaya mata tidak lama lagi..walaupun sekarang ni dia mungkin dah lupakan aku, tapi insyaallah, selama 6 tahun dia jadi adik angkat aku, aku akan ingat setiap kenangan bersama dia..
wanita kedua yang aku kenal adalah farah..name penuh die farahiyah..name penuh lagi wan farahiyah..die ni classmate aku..percayalah cakap aku, die ni pelik orangnya..aku sangat baik dengan die dalam fon/chat.. tapi diluar kami tak pernah bertegur sapa..lebih2 lagi kalau jumpe di kelas..selama 3 tahun aku blaja sama2 sekelas dengan dia, kami langsung xpernah berbual melainkan didalam fon..sebab dia terlalu pemalu..tapi didalam fon die sgt kelakar..serius, kalau die buat lawak, mmg seminggu aku ketawa tak hilang..aku pernah keluar dengan dia sekali..time tu die teman kawan die Yan jmpe dengan kwn aku si Naqi..so kami keluar berempat..kat sini la aku mula berbual dengan farah..n serius, kami tak tau nak berbual ape..sebab mcm tak pernah kenal..yang paling kelakar, masa kami tengah duduk semeja makan, aku siap boleh bersms dengan die..padahal die ada kat depan aku jek..sebagai tambahan, Yan n Naqi ni aku yang satukan..dat y la die pegi dating ajak aku..ahah!
wanita ketiga yang aku kenal n mungkin yang terakhir ofkoz la mariah..perkenalan yang sangat singkat dan berlaku dengan tiba2..kerja bawah satu organisasi, tp ofis kami jauh2..aku tak tau kat mane datangnya, tapi tiba2 aku agak serasi untuk berkawan dengan dia..mula2 kami berkawan biasa..sampai satu tahap aku merasa simpati dengan kisah hidup dia..dari perasaan simpati tu bertukar menjadi sayang..jujur aku katakan, walaupun kami berkawan baru 2 bulan lebih, tapi aku dah mula rasa sayang kat dia n aku dah anggap dia lebih daripada seorang sahabat.. aku anggap dia seperti adik aku sendiri..sama seperti perasaan aku kat hezy satu ketika dulu..dia seorang yang baik..seorang yang berani..kuat..tapi die agak outspoken..kenapa aku anggap die seperti adik?sebab pada aku, orang seperti dia perlukan sokongan dari lelaki yang lebih matang..dia ade sifat seperti hezy n dia pun anak sulung seperti hezy..so, pasti die perlukan seorang ABANG..
ni lah nama2 wanita yang pernah wujud dalam diri aku..walaupun bukan sebagai kekasih, namun kehadiran mereka sedikit sebanyak mengajar aku mengenali hati perempuan..walaupun mereka2 ni pernah hadir dalam diri aku, tapi dalam hati aku cuma ada sorang je n ofkoz la orang tu bakal tunang aku sekarang..hati aku dah dipenuhi oleh dia, so tiada lagi ruang untuk wanita lain dalam hati ini.. insyaallah pencarian cinta aku berakhir disini..aku harap aku dapat memiliki gadis bernama daing nurul mahfuzah..sebab dia la wanita pertama dan insyaallah menjadi yang terakhir untuk diri aku..
Saturday, 13 July 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment