Wednesday, 19 June 2013

kalam untuk kau..

astagfirullahalazim...hanya ni je yang aku mampu ucapkan tatkala aku dilanda fitnah yang terbesar dalam hidup aku..ni la fitnah yang mungkin paling pedih untuk aku lalui..sedih betul aku baca blog die..terlalu buruk aku ni pada pandangan mata die..sekelip mata semua musnah..langsung tak ada sikit pun perasaan yang baik terhadap aku..besar betul dugan ni ya allah..salah kah aku untuk memperbetulkan keadaan ni? ya aku akui cara aku salah..tapi adekah niat aku jugak turut salah? kalau ape yang aku buat ni salah, tolongla jgn difitnah aku sebegini rupa..

setelah sekian lama memendam rasa, aku rase aku perlu luahkan segala yang terbuku kat hati aku ni..terlalu banyak yang aku pendam..walaupun aku tak dapat untuk luahkan semuanya, sebab aku ni pelupa..aku selalu maafkan segala ape perlakuan die sehinggakan aku kadang2 lupa yang die pernah buat salah pada aku..tapi insyaallah, segala kronologi yang berlaku sebelum hubungan ni putus akan aku ceritakan dengan baik..seandainya die terbaca penulisan aku ni, aku doakan allah buka pintu hati die untuk terima penulisan aku ni dengan hati yang terbuka..

30 mei 2013.. ni la detik permulaan kepada kehancuran hubungan ni..ni la tarikh terakhir aku dengar gelak ketawa dari die sebab ini adelah tarikh terakhir kami berjumpa..pergi karaoke 5 lagu, tgk wayang cite KILL, berbual sambil makan laksa..aku tahu die sedang bersedih waktu tu sebab bergado dengan kawan2 die..so aku tak nak spoil mood die pada hari tu..aku amik keputusan untuk tidak lakukan sesuatu yang die tak suka.. aku tahu setiap kali keluar, aku selalu buat sesuatu yang die tak suka..kerana die terlalu pentingkan maruah keluarga dan diri sendiri..aku cuba untuk buat die ketawa..walaupun aku ni bukan seorang yang kelakar, sekurang2nya aku cuba..sebelum kami berpisah hari tu, ade sesuatu yang aku mintak die janji dengan aku..aku mintak die kuatkan hati..kalau ade sesuatu yang berlaku dalam hubungan kami, aku mintak die jangan tinggalkan aku..aku mintak die janji sebab aku dpt rasakan sesuatu yang tidak elok akan berlaku dalam hubungan ni..aku mintak die tabah n die pun dah janji dengan aku..lega hati aku bile dengar kata2 janji dari die..tapi tu lah, ape yang aku harapkan tak berpanjangan..malam tu bile aku dapat msg dari die "wah, gembira semacam je hari ni" "awak dah berubah" "owg nampak awak gembira bile cerita pasal mariah"..nah! mmg start malam tu hati aku sikit tertekan..aku tanya pada diri aku, salah ke aku gembira? salah ke aku nak buat die gembira? kenapa die mempersoalkan kegembiraan aku? aku ingat lagi malam tu masa aku tido, aku mimpi orang potong rambut aku..aku tak tau kenapa aku xsedap hati dengan mimpi tu..then baru2 ni aku dah dpt jawapan, mimpi rambut dipotong merupakan pertunjuk bahawa sesuatu hubungan akan putus..kalau la aku tahu alamat mimpi ni dari malam tu, pasti aku akan pertahankan hubungan ni sedaya upaya aku..

beberapa hari selepas kejadian ni, kami msg seperti biasa..walaupun hati aku still tertanya2, tapi aku pendamkan perasaan aku..kalau die kenal aku, die mesti tahu aku seorang yang suka memendam rasa..sgt susah untuk aku ceritakan perihal diri aku, lagi2 masalah yang aku hadapi..sebab aku tak nak kusutkan hati orang..tibe2 satu hari die msg aku ajak pergi jepun..ms tu aku bukan taknak, tapi aku lebih fikirkan pasal kewangan..aku lebih fikirkan pasal pertunangan kami..sebab tu aku taknak pergi..sebab aku fokus untuk majlis pertunangan kami..aku tahu die nak buat agak meriah majlis tu..die nak ade pelamin sume, n aku pun dah fikirkan mcmane untuk tunaikan hasrat die tu..so cerita untuk ke jepun snyap mcm tu je n aku anggap die pun tak jadik pergi jepun bile aku mule sebut pasal masalah kewangan..7 jun 2013..aku call die untuk tanya khabar..dalam kami rancak berbual tu, tibe2 die cerita kat aku yang die akan pergi ke jepun bulan 3 ni..aku mmg sedih nak mampus..kecewe..sbb die selalu bercerita dengan aku tentang tak cukup duit nak makan, dalam blog die pun ade tulis, makan sehari sekali sebab tak cukup duit..tapi ni pergi jepun free ke?aku tahu akak die tanggung semua perbelanjaan tu.. tapi percayalah, untuk kite pergi ketempat yang jauh, perbelanjaan bukan setakat tiket semata2..banyak persiapan lain yang kite perlu buat dan tu sume melibatkan DUIT!..start dari situ mmg aku mula makan hati dengan die..susah sgt ke nak paham ckp aku..susah sgt ke nak sedar kate2 aku yang duit tu bukan senang nak cari..aku betul2 kecewe sampai aku takde mood malam tu..bile tibe2 mlm tu die tanye aku, bile kite nak bertunang ni?aku speechless..aku rasa bodoh gile soalan tu..aku jawab "ntah"..nak suruh aku jawab ape?bukan die dah ckp ke mak die dah bg satu tarikh..nak ke taknak, kami tetap kene bertunang pd tarikh tu..so?nak aku ckp cmne lg..plus mlm tu aku kecewe dengan sikap kau, sebab tu aku jawab "ntah"..tapi ape kau buat?kau terus melenting kan?kau cakap aku dah tak excited nak bercakap soal pertunangan kami..kau tuduh aku ade perempuan lain kan?kau langsung tak tahu pasal hati aku malam tu..bile aku sedih, bile aku merajuk, kau langsung tak pernah amik tahu..yang kau tahu nak salahkan aku, nak melenting tibe2..kau langsung tak tanye kenape aku jadik mcm tu..

9 jun 2013..malam besday aku..aku harapkan sesuatu yang baik berlaku..dari pagi aku tunggu kau text aku.sebab hari ahad kan..sepatutnya kau cuti pada tarikh ni..tapi aku paham, kau tak msg aku sebab kau sibuk hantar adik kau balik UTM..walaupun aku dah janji nak hantarkan, tapi aku mintak maaf sangat sebab tak dapat hantar..tibe2 malam tu kau msg mende yang menyakitkn..ye..kau msg dengan baik..aku masih ingat alasan kau, kau ckp tak adil bagi aku sebab kau xdapat melayan aku dengan baik..plus kau ade masalah dengan kawan2 kau, so kite perlu putus..kau yang putuskan hubungan ni..kau putuskan atas sebab yang aku sendiri tak tahu..yang aku tahu, kau cume cakap tak adil untuk diri aku terus bersama dengan kau..aku masih tak paham penjelasan kau tu..yang pasti aku cukup kecewa dengan keputusan yang kau buat..malam besday aku tu..aku rasa tu la hadiah besday yang paling bermakna dari kau..tapi ni bukan yang pertama kali aku lalui..kau masih ingat tarikh 9 jun 2007? kau mungkin sudah lupa, tapi masih segar dalam ingatan aku..tu la tarikh kau pulang dari PLKN.aku pun harapkan sesuatu yang sama..sesuatu yang baik dari kau..yelah, 3 bulan kau duduk dalam kem..tapi sesampainya kau kat bumi batu pahat, ape yang kau buat? kau tinggalkan aku..kau putuskan hubungan kita yang masa tu baru setahun jagung..masa tu alasan kau putus sebab tak dapat masuk U..mmg aku kecewe..kau tak tahu ape usaha yang aku buat untuk membolehkan kau masuk U..kau takkan tahu..sehinggakan bile kau dpt panggilan masuk U, kau nafikan segala usaha aku..takpe, aku tak kesah pasal tu..tapi lama kelamaan baru aku tahu yang kau mintak putus time tu bukan sebab kau tak dapt masuk U, tapi sebab kau ade ramai peminat masa dlm kem..sorry sebab aku menceroboh file peribadi kau, tapi aku dapat terima segalanya dengan hati yang terbuka..sikit pun aku tak melenting bila aku dapat tahu perkara sebenar..sebab aku sayang kau..hak kau nak memilih siapa pun sebagai teman hidup kau dan pengganti aku...ni la peristiwa malam besday aku..bukan sekali kau dah buat, tapi 2 kali..

11 jun 2013..sehari selepas besday aku..aku msg kau, tanya khabar..kite berbual2..aku bercerita dengan kau pasal kek yang boss aku belikan..n kau pun nampaknya okey malam tu..so takda sebab untuk aku spoilkan mood malam tu..aku harap bile kau dah okey, hati kau pun kire okey jugak la..so aku mula maafkan kau dengan kate2 putus yang kau lemparkan pada aku beberapa hari sebelum tu..aku anggap semuanya dah okey n kite boleh teruskan hubungan kite seperti biasa..tapi mcm biasa, harapan cume tinggal harapan..12 jun 2013,kau msg aku mintak aku ceritakan pada family kau yang kite dah putus..nah! aku gugup sekejap..aku ingat semuanya dah okey..tapi kau still nak lagi hubungan ni putus..yang paling teruk, kau yang putuskan, tapi aku yang nak kene jawab?? aku sendiri pun tak tahu ape punca kite putus..aku nak jawab ape kat family kau??n kau mesti ingat ape yg aku ckp malam tu kan?aku cakap dengan kau, aku janji aku akan setelkan perkara ni dan takkan nampak kau bersalah dalam hal ni..so start dari sini la aku plan sesuatu untuk carik punca putusnya hubungan ni..aku nak semua orang nampak yang aku jahat..dekat sini la maria mainkan peranan..aku mintak tolong maria berlakon jdk orang ketiga dalam hubungan ni..aku sumpah demi allah, tu sume lakonan semata2 supaya orang nampak yang aku besalah..sebab aku tak nak orang kondem kau..even kau dah buang aku sekali pun, aku masih syg kau n aku nak jaga keperibadian diri kau..tapi mcm biase, kau tetap tak nampak ape yang aku buat untuk kau..kau cakap aku cuba untuk provok kau..provok kau??kamonla..aku buat mcm tu sebab aku tak tau nak jelaskan mcmane..tapi kau masih dengan ego kau yang meninggi..kau gunakan peluang tu untuk hentam aku seteruk2nya..n yang paling teruk kau fitnah aku..dengan nada ego kau, kau cakap dengan aku "aku peduli ape kau nak buat ape pun, kau nak berzina dengan perempuan tu pun ade aku kisah??"..hah?mmg selama ni kau tak pernah kisah ape yang aku buat kan? kata2 kau ni lah yang membuatkan aku mintak maria untuk amik pic berdua bersama aku..supaya aku boleh jdkkan DP BBM aku..kenape aku pilih BBM?kenape aku tak leak kat FB je?mcm aku ckp td, ni cume lakonan..aku tau akak kau ade dlm list BBM contact aku..dan misi aku pun mmg nak suruh family kau tahu tentang 'kecurangan' aku..so berjaya kan? tapi kau still ego..ko susah nak mengaku yang kau cemburu tgk gambar tu..kau susah nak ckp yang kau sayang aku..susah sgt kau nak buang ego kau tu..perasaan ego kau tu lah yang memakan diri kau..insyaallah, satu hari besk aku akan tunjukkan gambar sebenar..gambar sebenar takdalah seperti tu..sbb aku tak la sekejam mana kan..

pasal msg kau dengan maria tu mmg aku tak tau cerita sebenar..sebab aku betul2 tak tau ape yang berlaku..tapi walau ape pun yang berlaku malam tu, percaya la, aku dah berusaha bersungguh2 untuk halang maria dari lakukan perkara tu..sebab aku tak nak hati kau hancur..aku masih fikirkan yang kau nak exam (even kau fitnah aku ckp aku ak pernah amik tahu) tapi ape daya aku? kau mesti fikir maria banyak tahu tentang kite kan? kau mesti fikir aku selalu cerita keburukkan kau dekat maria kan?tapi percayala..mende tu tak pernah berlaku..kau pun kenal aku mcmane kan?kau tahu kan yang aku ni susah nak bercerita perihal diri aku kan? lagi2 untuk aku burukkan orang2 yang aku sayang kan?ape yang aku beritahu maria cume tentang hubungan kite yang dah hampir sampai ke penghujung..kalau kau ckp aku ade call maria menangis2 sebab aku gado dengan kau, percaya la, demi allah, perkara tu tak pernah berlaku..aku tak pernah langsung bercerita tentang keburukan kau kat die, aku langsung tak pernah bercerita tentang pengorbanan aku untuk kau..tapi aku terpaksa bercerita tentang hubungan kite yang hampir ke penghujung ni sebab aku nak mintak die tolong aku berlakon untuk nampakkan kejahatan aku..percayalah, aku tak prnah langsung mintak tolong die untuk satukan hubungan kite..demi allah..mungkin tu insiatif die sendiri untuk membantu..pasal kawan2 aku lain yang kau tuduh kitorg ade buat game etc2..demi allah, tu semua fitnah semata2..kawan2 aku takde langsung terlibat dalam ape2 game..cume aku, maria dan lakonan kami je..yang tahu kite bergadoh cume aku n maria..mungkin kalau ade kwn2 aku tahu pun daripada status2 fb yang kau update..kalau tak manakan mungkin parent aku tahu kite gadoh melalui fb kau kan? aku pernah uba untuk mengaku salah aku..aku letakkan semua kesalahan kat diri aku..tapi ape yang kau buat? kau nganjing aku..kau cakap tak payah nak saint sgt berpura2 baik..bile aku ngaku semua salah aku, kau marah..bile aku tak ngaku pun kau paksa aku mengaku..cuba jujur pada diri sendiri, sebenarnye kau nak aku buat ape lagi untuk pulihkan hubungan ni..kau nak tgk aku mati ke baru kau puas??

kau selalu kata kau berseorangan dalam menghadapi sesuatu..tapi sebenarnya ramai yang membantu kau..kau ade ramai sgt kawan baik tak kire lelaki mahupun perempuan..kau ade firm mate..n aku pasti sgt2 yang mereka tahu tentang kita dan pergaduhan ni..kalau kau kata ni kali kedua kau diserang oleh perempuan, yang aku sendiri pun tak tahu pokok pangkalnya..tapi percaya la aku dah selalu lalui perkara mcm ni..setiap kali kite bergadoh, ramai je kawan2 kau serang aku tak kire la dlm telefon atau pun dalam fb..dah selalu sgt aku lalui n mcm biasa kwn2 kau hanya nampak aku yang bersalah..tapi kau tanye diri kau sendiri, pernah tak sekali aku bercerita tentang kawan2 kau yang serang aku n tuduh aku mcm?pernah aku cerita kat kau?TAK PERNAH..sebab aku tak nak hubungan kau n kawan kau terjejas..walaupun aku agak terkilan dengan kata2 kwn kau, tapi aku tak pernah melenting, malahan aku berterima kasih kat mereka sebab berusaha untuk buat aku sedar..aku selalu fikirkan yang positif..sama juga antara kau n maria..kalau boleh amik la yang positif..even kata2 die pedih untuk kau dengar, tapi fahamilah niat die..insyaallah tak ada yang membenci dalam hati..aku dah selalu sgt dihina.."bf yang gemok" "bukan hensem sangat pun" "sedar diri la" etc2..ye aku tahu aku gemok..aku tak pandai buat kau bahagia.api percayala, budak gemok ni la yang berusaha untuk buat kau bahagia, budak gemok ni la yang selalu cuba untuk lindungi kau, budak gemok ni la yang selalu doakan kebahagiaan kau..

akhir kata..ape yang berlaku dah pun berlaku..tak kan dapat berulang kembali..dan aku hampir pasti yang hubungan ni tak kan ade penyambungnya..aku akan pergi dari hidup semua orang..balasan untuk diri aku..dah kering dah airmata aku bila fikirkan ape yang aku pernah buat untuk hubungan ni..sampai aku ckp kat parent aku "abah pegi mampus la" semata2 tentang pertunangan kite..kau tak perlu tahula pasal perkara tu sebab aku pasti kau tak berminat nak tahu..yang kau tahu cume cita2 kau tercapai..kau tak kan pernah nak tahu akan usaha2 yang aku dah buat untuk membantu kau mencapai cita2 kau..semalam kau dah sumpah hidup aku takkan bahagia..kau dah bersumpah yang kau benci aku..kau bersumpah yang kau tak kan ade hubungan dengan keturunan aku..xpelah, even kau dah sumpah aku mcm2, aku maafkan..walaupun kau sumpah yang aku tak kan bahagia, tapi aku akan tetap doakan yang kau akan bahagia dengan hidup kau..7 tahun kau lalui pengalaman yang pahit dengan aku..aku harap kau bahagia dengan ketiadaan aku..aku harap kau jumpe seseorang yang boleh menjaga kau seperti mana aku menjaga kau..insyaallah kau akan jumpe lelaki yang baik..insyaallah kau akan dapat baka yang baik..insyaallah kau dpt keturunan yang baik..aku doakan segala yang terbaik dari kau..sebelum aku berundur, maafkan la segala perbuatan aku..demi allah, ape yang aku buat ni sume untuk kebaikkan hubungan kite..aku buat dengan niat kerana aku sayang kau..tapi kalau cara aku tak betul, maafkan lah aku..amikla yang positi..berfikirla secara positif..sebab aku sgt pasti, ade diantara kwn2 kau yang bertepuk tangan dengan perpisahan kita ni..wallahualam..

0 comments:

Post a Comment