sayangku,
kehadapan cik fuzah yang disayangi. apa khabar awak di sana? owang harap awak sihat2 selalu. semoga Allah berikah awak kesihatan di dunia yang boleh digunakan untuk menjamin kebahagiaan diakhirat kelak. surat yang tak seberapa ni owang tujukan pada awak supaya awak dapat mengenang setiap saat kita bersama tatkala awak baca surat ni andai owang dah takda lagi kelak.
sebagai mukadimah, owang nak memanjatkan syukur kehadrat illahi kerana dipertemukan dengan awak. syukur alhamdulillah kerana allah telah memperkenalkan seorang insan seperti awak yang mampu untuk terima owang sebagai seorang sahabat dan penceria hari-hari owang sejak perkenalan kita. alhamdulillah, berkat pertemuan kita, telah lahir rasa kasih sayang terhadap awak yang akhirnya membawa kita ke alam percintaan.
awak pasti ingat lagi kan hari pertama kita bertemu? owang rasa seperti baru semalam berlaku. masih terngiang-ngiang lagi memori tu dalam sanubari owang. masih owang ingat raut wajah awak sewaktu kali pertama owang memandang awak. tak akan owang lupa hari dan tarikh pertemuan pertama kita sampai bila-bila. hari yang penuh bersejarah dalam hidup owang. hari yang menjadi perintis kepada perubahan hidup owang buat selama-lamanya.walaupun pada tarikh tersebut,owang masih tak tahu nama sebenar awak, tapi owang berusaha untuk tahu nama awak dengan bertanya pada semua kawan2 awak yang owang kenal. akhirnya tanggal 12 may, owang berjaya mengetahui nama awak, nama ayah awak dan nama atok awak sekali.
masih ingat dengan temujanji pertama kita? ingat lagi pizza hut the summit? walaupun temujanji tu bukan milik kita, tetapi dari saat tu la hubungan kita semakin erat. masih owang ingat baju yang awak pakai pada hari tersebut. baju yang membuatkan owang rasa bahawa awak berminat dengan warna pink. rupanya telahan owang silap. dalam pertemuan tu, banyak perkara yang kita bualkan. banyak pengalaman yang kita kongsikan,lebih-lebih lagi dalam bidang kawad kaki kerana pada masa tu kita berkongsi minat yang sama iaitu kawad kaki dan badan beruniform.
setelah hampir sebulan mengenali awak, banyak perkara yang kita dah kongsikan. pernah owang merancang untuk melamar awak untuk dijadikan sebagai teman hidup owang. pada masa tu owang sangat bahagia disamping awak. owang sangat gembira berkongsi sesuatu dengan awak. hari-hari owang sangat ceria. setiap saat owang tunggu deringan telefon . owang tau, masa tu awak pun mesti teruja untuk berhubung dengan owang. setiap kali awak balik sekolah,perkara pertama yang awak akan buat adalah hantar sms kt owang. kadang-kadang sampai tak tidur malam sebab ber SMS dengan owang. waktu mandi dan makan awak pun tak menentu dek kerana SMS. alangkah bahagianya hidup owang masa tu. sebab awak la wanita pertama yang betul-betul muncul dalam hidup owang.
setelah berfikir semasak-masaknya, akhirnya owang buat keputusan untuk beranikan diri ingin melamar awak. sebab pada hemat owang, awak pun ada satu perasaan terhadap owang yang awak pendam dalam hati. owang masih ingat pada petang jumaat tu owang ajak awak ke pantai minyak beku untuk memberi awak satu kejutan. walaupun owang begitu takot untuk hadapi perempuan, tapi untuk dapatkan awak, owang cuba untuk beranikan diri untuk mengajak awak pergi 'date', pada mulanya owang memang sangat teruja bila awak setuju. tapi lepas owang dah siap-siap untuk keluar dengan awak, tetiba awak SMS owang cakap tak jadi sebab parent awak bergaduh masa tu. mula-mula owang memang frust sangat-sangat sebab owang dah bayangkan rancangan owang untuk melamar awak mesti terkubur macam tu je. tapi kate orang, sabar tu ada hikmahnya. akhirnya pada tarikh 6 jun , owang berjaya untuk meluahkan perasaan owang kat awak. alhamdulillah. awak terima lamaran owang denagn hati terbuka dan nampaknya owang tak bertepuk sebelah tangan. walaupun kite tak declare utk kapel,tp ni pun dah cukup utk owang rasa hepi.
sejak hari tu owang cuba untuk sentiasa memberi yang terbaik pada awak. walaupun owang perasan awak banyak berubah sejak dari tu. owang cuba untuk penuhi segala kemahuan awak. walaupun banyak perkara yang owang tak mampu untuk lakukan, tapi owang cuba tidak menghampakan awak. semakin hari owang makin mengenali apa itu cinta. sayang tak membawa erti cinta. tidak semestinya apa yang kita cintai itu akan mencintai kita. hubungan kita sentiasa turun naik. sentiasa bergelombang dengan badai. banyak halangan dan rintangan yang kita dah lalui sepanjang perhubungan ni. tidak terkira banyaknya airmata yang ditumpahkan dek kerana hubungan ni. akhirnya kita sampai ke kemuncak perhubungan kita. owang betul-betul bahagia masa tu. tu la pertama kali owang kecapi kebahagiaan dalam hubungan kita. sampaikan kita mula lupa dunia.
andai pada masa ini awak bertanya pada owang tentang cinta owang pada awak, owang pasti tak termampu untuk ungkapkan. owang tak tahu caranya untuk memperjelaskan tentang cinta owang pada awak. tak ada bukti yang owang boleh tunjukkan supaya awak percaya tentang cinta owang. tak ada alibi yang owang boleh kemukakan untuk bercerita tentang cinta owang pada awak. kerana cinta tu tersemat jauh dalam lubuk hati owang. kalaula awak mampu menyelami jauh kedalam sudut hati owang, pasti awak tak percayai tentang cinta owang. tiada apa yang owang mampu beri kepada awak untuk membuktikan tentang cinta itu.
setelah 8 tahun berlalu, kini kita masih lagi dalam hubungan percintaan. hubungan kita masih sama seperti dulu. sama seperti pada hari owang melamar awak. walaupun hubungannya masih sama, tapi pendekatan yang kita gunakan dalam menjalin perhubungan ni terlalu banyak perbezaannya. hubungan yang sama, tapi hati tiada siapa yang tahu. tanya pada hati awak adakah owang masih lagi diperlukan dalam hidup awak? adakah nama owang masih lagi teratas dalam carta hati awak? tepuk la dada. jujur pada diri sendiri. jangan khianati diri dengan penipuan. kita boleh untuk menipu orang lain, tetapi tidak untuk diri kita. awak berfikirla semasak-masaknya demi hubungan kita. jangan terikat kepada sesuatu persekitaran. jangan punahkan hubungan kita yang kita jalinkan dengan 1001 cita-cita dan impian hanya kerana ingin mengejar impian yang hanya menyebelahi sebelah pihak.
kalaula awak dapat ingat kata-kata yang owang ungkapkan 3 tahun dulu, pada hari awak berangkat ke Kedah untuk sambung pengajian awak, owang pasti akan akan tersenyum sendiri. apa yang owang risaukan telah pun berlaku. apa yang dijangka akan berlaku, telah pun berlaku. kini dah tak guna lagi untuk kite kesalkan kerna kite dah terlalu jauh terpesong. hanya kekuatan hati kita je yang mampu untuk menyelamatkan hubungan kita. ikot la kata hati. jangan ikot pada rasa, kerana rasa membawa binasa. kalau dalam hati awak masih ade sekelumit rasa cinta kat owang, jujurkan la perasaan tu. andai cinta tu dah tak ada lagi, relakanlah hati awak untuk pergi tinggalkan owang. lupakan la kisah cinta kita yang kita bina dengan penuh harapan ni. insyaallah owang akan cuba gigihkan hati owang untuk terima suratan ni.
sayangku..
selama kita kenal, tidak pernah sekelumit pun rasa hati owang ni untuk meminta yang berlebih-lebihan dari awak. tidak pernah sekali pun untuk owang meminta-minta untuk awak menjadi seperti perempuan-perempuan lain yang menyerahkan segala-galanya kepada teman lelaki mereka atas nama cinta. tidak pernah tertulis dalam diari hidup owang untuk mengubah segala tanggungjawab awak terhadap kedua orang tua awak, adik-beradik awak, saudara-mara awak, dan rakan-rakan awak. owang paham akan keadaan awak. owang paham keadaan cinta kita. apa yang owang perlukan hanya secebis ingatan awak terhadap diri owang. tidak perlu untuk berlebih-lebihan. cukup la sekadar mengingati owang dalam setiap perlakuan awak. letakkanlah keutamaan kepada owang melebihi kenalan awak.
sayangku..
selama perkenalan kita, owang cuba sedaya upaya untuk memenuhi hasrat hati awak. walaupun ada kalanya owang tak mampu untuk memenuhi, tapi owang cuba untuk buat awak puas hati atas apa yang owang persembahkan. owang sedar owang tak mampu untuk menyediakan segalanya. tapi percaya la, segalanya telah owang usahakan sehabis baik. ape yang owang lakukan semta-mata untuk awak. tapi, seperti yang awak tahu, setiap manusia ada kelemahannya, tentu sekali owang tak terkecuali. banyak lagi perkara yang owang tak mampu lakukan untuk awak. sebagai lelaki yang mencintai awak, owang sedih bile owang tak dapat lakukan sesuatu untuk awak. owang kecewe bile permintaan awak tidak dapat dikabulkan. hati owang luluh bile awak tidak begitu gembira dengan persembahan owang. segala apa yang owang lakukan untuk awak, segalanya owang berharap agar berakhir dengan kegembiraan dari awak. kegembiraan awak tanggungjawab owang. maafkan la owang andai owang gagal laksanakan tanggungjawab tu.
sayangku..
owang harap tatkala awak baca surat owang ni, owang masih bernafas supaya belum terlalu lewat untuk kta merubah hubungan ini. sekiranya terdapat kekurangan dalam diri owang, dengan rendah hati owang memohon keampunan dari awak. owang tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai manusia yang serba kekurangan, terimala owang seadanya. andainya awak tidak dapat merasai cinta owang, maafkan owang seadanya. maafkan owang kerana hanya mampu berkata-kata tapi tidak mampu untuk membuktikan. maafkan owang sekiranya owang tak mampu untuk merealisasikan kemahuan awak. maaf atas kekurangan owang. sebelum owang akhiri surat ni, owang nak awak tau tentang keikhlasan owang mencintai awak. owang sangat-sangat perlukan awak dalam hidup owang. terima kasih sekali lagi sebab menjadi watak utama dalam hidup owang..
(andai owang tak ada lagi dalam dunia ni, tatapi la segala memori indah kita bersama. jangan lupakan owang. iringkan lah doa awak untuk owang hadapi yang maha pencipta. kerana Dia lah kita bertemu. jutaan maaf dari owang)
yang ikhlas
ASMY
0 comments:
Post a Comment