Monday, 19 December 2011

memaksa,dipaksa & terpaksa...

aku tak pernah memaksa untuk ditemani..
aku tak pernah memaksa untuk disanjungi..
aku tak pernah memaksa untuk disayangi..
aku tak pernah memaksa untuk dicintai..

adakah kau terpaksa menemani aku..
adakah kau terpaksa menyanjungi aku..
adakah kau terpaksa menyayangi aku..
adakah kau terpaksa mencintai aku..

andai aku memaksa..
andai engkau dipaksa..
andai hubungan ini terpaksa..
ikhlaskanlah hati engkau untuk menjauhi aku..

jangan sulami hubungan kita dengan paksaan..
jangan sulami percintaan kita dengan paksaan..
jangan ukirkan kasih sayang kita atas dasar paksaan..
jangan biarkan keterpaksaan itu menyelusuri hubungan kita..

buangkan keterpaksaan itu jauh dari hatimu..
campakkanlah diri aku jauh dari lubuk hatimu..
padamkanlah memori aku dari sudut hatimu..
kerana kepaksaan itu harus diperkuburkan..

0 comments:

Post a Comment