Wednesday, 28 December 2011

aku seorang pembunuh..

aku dah lame dengar mende ni..cume before ni aku rase mende ni mcm ckp2 kosong je..maybe sume tu cume salah tafsiran segelintir orang..tapi bile baru2 ni aku balik kampung, aku masih dengar cerita yang sama..dan ceritanya bertambah parah bile makin ramai yang tahu.. cerita tu pulak disampaikan dengan penuh emosi and aku tak tahu ape niat si pembuat cerita, cume aku rase cerita2 macam ni boleh membuatkan orang semakin benci dengan aku.. makin hari aku rase cerita ni makin serius sampaila pada satu masa, dengan kuasa Allah cerita yang dibawa2 tu rotate dan kembali ke telinga aku..cerita AKU SEORANG PEMBUNUH..

" iwan yang bunuh..kucing tu takde buat ape2 pun..kucing tu tengah makan, tetibe iwan datang kacau kucing tu makan..kucing tu terkejut, lepas tu kucing tu gigit tangan iwan sampai berdarah.. iwan amek kucing tu terus hempas kat lantai..last2 kucing tu mati ditempat kejadian.." ni la cerita yang aku dengar..mule2 aku dengar dari mulut akak ipar aku..bile aku tanye sape yang bgtau die mcm tu, die ckp atok (mak aku) yang bgtau die cerita tu..aku pun senyap..sebab aku ingat mungkin diorang salah paham..aku pun malas nk perbetulkan keadaan.. aku memang jenis malas nk kecoh2..biarla orang nak kate ape pun..

tapi bile aku balik baru2 ni..cerita ni timbul lagi..kali ni aku dengar dari mulut orang lain pulak.. padahal kes ni dah berlaku 3 bulan dulu kot..tak kan orang masih bercerita lagi? serius sangat ker?tragis sangat ke kematian kucing tu? bile aku tanye orang tu mane dapat cerita mcm tu, die kate satu family aku and mayb sedara mara sume dah tahu pasal cerita tu..huh>jahat sangat ke aku ni nk bunuh kucing? ape selame ni diorang ingat kucing2 kat rumah aku yang mati tu sebab aku yang bunuh ker? kalau aku tak bg kucing2 tu makan,dh lame kucing tu mati.. memang mulut aku jahat..aku suke sumpah seranah kucing rumah aku sebab suke berak merata2..sebab setiap kali mereka berak, aku yang kene bersihkan..bukan orang lain..manenyer aku tak menyirap..rumah aku tu dah la fully tiling..tapi sejahat2 mulut aku,aku tak pernah pukul kucing,,jauh sekali nk MEMBUNUH..

ape yang berlaku 3 bulan dulu tu mcm ni ceritanya.. aku ni selalu tolong atok aku bersihkan kebun..kalau dah name pun pekebun..mcm2 mesin la yang aku ade..mesin potong rumput..tebang pokok, mesin racun and macam2 lagi..mesin ni mahal harganyer..dan perlukan penjagaan rapi..macam biase,aku memang tak suke hantar sesuatu untk dibaiki/ diservis ke kedai..lagi2 kalau aku pandai buat sendiri..macan tu gak dengan perihal mesin untuk berkebun ni.memang segalanya aku buat sendiri..servis sume memang aku buat sendiri..sebab aku pandai gak la bab2 enjin ni walaupun aku bukan budak automotif, tp ni memang minat aku..

pada satu petang tu, aku tengah sibuk repair mesin rumput kat laman rumah..tibe2 aku nampak seekoranak kucing berwarna kuning yang sangat cumel..aku nampak kucing tu berlari masuk kebawah kerusi plastik..dengan tak semene2 tibe2 kucing tu tersangkut dekat kerusi tu..badan die tersepit kat bawah kerusi..mule2 memang aku malas nak tolong kucing tu..sebab aku tau kucing ni pandai lepaskan diri sendiri..tapi lame2 aku tengok kucing tu makin bising..sebab die tak dapat lepaskan diri..aku pun bile nampak keadaan yang mcm tu,dengan serta merta aku bangun dan selamat kan kucing tu dari tersepit..tetibe aku rase geram lak kat kucing tu sebab comel sangat..aku pun paling kan muke kucing tu mengadap aku..mungkin sebab kucing tu takot+terkejut+sakit sebab baru lepas tersepit, die pun gigit tangan aku sekuat2 tidak..punye la kuat gigitan die sampai tembus jari telunjuk aku..bile aku lepaskan kucing tu, kucing tu tak boleh nk lepas dari gigitan die..die masih lagi mengigit tangan aku dan bergayut2 kat hujung tangan aku even aku dah lepaskan..

memang teramat sakit gigitan tu..aku tak boleh nak paksa kucing tu lepaskan gigitan die,sebab kalau aku paksa or aku kibas tangan aku supaya kucing tu lari,maybe kulit jari aku akan koyak..silap2 putus jari aku..so aku pun letak kucing tu perlahan2 kat atas lantai (sambil tahan sakit) supaya kaki die jejak tanah,dengan harapan kucing tu akan lari bile kaki die jejak ketanah..memang betul pun lepas kcuing tu dapat jejakkan kaki ke tanah, terus lintang pukang die lari..bukan main laju lagi.macam nmpk lembaga pulak..

selang 2 3 ari lepas kejadian tu..dengan tak semena2 kucing tu dipanggil mengadap ilahi..kucing tu mati dalam keadaan yang aku pun tak tahu macam mane die mati..ape sebab die mati..bile masa die mati,,yang aku tahu lepas peristiwa tu, kucing tu ditemui mati dalam keadaan yang sangat menghairankan dan penuh tanda tanya..pelbagai2 spekulasi dibuat..ade yang kate kucing tu mati sakit..ade yang kate kucing tu mati terkejut..ade yang kate kucing tu mati kelaparan..dan tak kurang jugak ade yang kate kucing tu mati kerana disantau..berdasarkan spekulasi tersebut..maka terumusla satu rumusan ringkas dimana aku telah dituduh sebagai pembunuh utama..terdapat prima facie yang dapat mengaitkan aku dalam kes ni dimana aku ade objektif untuk membunuh..aku membunuh kerana digigit..modus operandinya, buat satu situasi yang membolehkan kucing tersebut menggigit, kemudian guna alasan gigitan tu untuk membunuh dengan kejam..

akhirnya aku disabitkan dengan kesalahan membunuh..hukuman pun dah dijatuhkan..so aku tak leh nk buat ape2..aku redha je la dengan ape yang berlaku..aku tak mampu nk tangkis sume tohmahan masyarakat terhadap aku..haha..mudah2an satu hari nanti kebenaran akan mengalahkan yang batil.amin..

Tuesday, 20 December 2011

surat untuk awak..

sayangku,

kehadapan cik fuzah yang disayangi. apa khabar awak di sana? owang harap awak sihat2 selalu. semoga Allah berikah awak kesihatan di dunia yang boleh digunakan untuk menjamin kebahagiaan diakhirat kelak. surat yang tak seberapa ni owang tujukan pada awak supaya awak dapat mengenang setiap saat kita bersama tatkala awak baca surat ni andai owang dah takda lagi kelak.

sebagai mukadimah, owang nak memanjatkan syukur kehadrat illahi kerana dipertemukan dengan awak. syukur alhamdulillah kerana allah telah memperkenalkan seorang insan seperti awak yang mampu untuk terima owang sebagai seorang sahabat dan penceria hari-hari owang sejak perkenalan kita. alhamdulillah, berkat pertemuan kita, telah lahir rasa kasih sayang terhadap awak yang akhirnya membawa kita ke alam percintaan.

awak pasti ingat lagi kan hari pertama kita bertemu? owang rasa seperti baru semalam berlaku. masih terngiang-ngiang lagi memori tu dalam sanubari owang. masih owang ingat raut wajah awak sewaktu kali pertama owang memandang awak. tak akan owang lupa hari dan tarikh pertemuan pertama kita sampai bila-bila. hari yang penuh bersejarah dalam hidup owang. hari yang menjadi perintis kepada perubahan hidup owang buat selama-lamanya.walaupun pada tarikh tersebut,owang masih tak tahu nama sebenar awak, tapi owang berusaha untuk tahu nama awak dengan bertanya pada semua kawan2 awak yang owang kenal. akhirnya tanggal 12 may, owang berjaya mengetahui nama awak, nama ayah awak dan nama atok awak sekali.

masih ingat dengan temujanji pertama kita?  ingat lagi pizza hut the summit? walaupun temujanji tu bukan milik kita, tetapi dari saat tu la hubungan kita semakin erat. masih owang ingat baju yang awak pakai pada hari tersebut. baju yang membuatkan owang rasa bahawa awak berminat dengan warna pink. rupanya telahan owang silap. dalam pertemuan tu, banyak perkara yang kita bualkan. banyak pengalaman yang kita kongsikan,lebih-lebih lagi dalam bidang kawad kaki kerana pada masa tu kita berkongsi minat yang sama iaitu kawad kaki dan badan beruniform.

setelah hampir sebulan mengenali awak, banyak perkara yang kita dah kongsikan. pernah owang merancang untuk melamar awak untuk dijadikan sebagai teman hidup owang. pada masa tu owang sangat bahagia disamping awak. owang sangat gembira berkongsi sesuatu dengan awak. hari-hari owang sangat ceria. setiap saat owang tunggu deringan telefon . owang tau, masa tu awak pun mesti teruja untuk berhubung dengan owang. setiap kali awak balik sekolah,perkara pertama yang awak akan buat adalah hantar sms kt owang. kadang-kadang sampai tak tidur malam sebab ber SMS dengan owang. waktu mandi dan makan awak pun tak menentu dek kerana SMS. alangkah bahagianya hidup owang masa tu. sebab awak la wanita pertama yang betul-betul muncul dalam hidup owang.

setelah berfikir semasak-masaknya, akhirnya owang buat keputusan untuk beranikan diri ingin melamar awak.  sebab pada hemat owang, awak pun ada satu perasaan terhadap owang yang awak pendam dalam hati. owang masih ingat pada petang jumaat tu owang ajak awak ke pantai minyak beku untuk memberi awak satu kejutan. walaupun owang begitu takot untuk hadapi perempuan, tapi untuk dapatkan awak, owang cuba untuk beranikan diri untuk mengajak awak pergi 'date', pada mulanya owang memang sangat teruja bila awak setuju. tapi lepas owang dah siap-siap untuk keluar dengan awak, tetiba awak SMS owang cakap tak jadi sebab parent awak bergaduh masa tu. mula-mula owang memang frust sangat-sangat sebab owang dah bayangkan rancangan owang untuk melamar awak mesti terkubur macam tu je. tapi kate orang, sabar tu ada hikmahnya. akhirnya pada tarikh 6 jun , owang berjaya untuk meluahkan perasaan owang kat awak. alhamdulillah. awak terima lamaran owang denagn hati terbuka dan nampaknya owang tak bertepuk sebelah tangan. walaupun kite tak declare utk kapel,tp ni pun dah cukup utk owang rasa hepi.

sejak hari tu owang cuba untuk sentiasa memberi yang terbaik pada awak. walaupun owang perasan awak banyak berubah sejak dari tu. owang cuba untuk penuhi segala kemahuan awak. walaupun banyak perkara yang owang tak mampu untuk lakukan, tapi owang cuba tidak menghampakan awak. semakin hari owang makin mengenali apa itu cinta. sayang tak membawa erti cinta. tidak semestinya apa yang kita cintai itu  akan mencintai kita. hubungan kita sentiasa turun naik. sentiasa bergelombang dengan badai. banyak halangan dan rintangan yang kita dah lalui sepanjang perhubungan ni. tidak terkira banyaknya airmata yang ditumpahkan dek kerana hubungan ni. akhirnya kita sampai ke kemuncak perhubungan kita. owang betul-betul bahagia masa tu. tu la pertama kali owang kecapi kebahagiaan dalam hubungan kita. sampaikan kita mula lupa dunia.

andai pada masa ini awak bertanya pada owang tentang cinta owang pada awak, owang pasti tak termampu untuk ungkapkan. owang tak tahu caranya untuk memperjelaskan tentang cinta owang pada awak. tak ada bukti yang owang boleh tunjukkan supaya awak percaya tentang cinta owang. tak ada alibi yang owang boleh kemukakan untuk bercerita tentang cinta owang pada awak. kerana cinta tu tersemat jauh dalam lubuk hati owang. kalaula awak mampu menyelami jauh kedalam sudut hati owang, pasti awak tak percayai tentang cinta owang. tiada apa yang owang mampu beri kepada awak untuk membuktikan tentang cinta itu.

setelah 8 tahun berlalu, kini kita masih lagi dalam hubungan percintaan. hubungan kita masih sama seperti dulu. sama seperti pada hari owang melamar awak. walaupun hubungannya masih sama, tapi pendekatan yang kita gunakan dalam menjalin perhubungan ni terlalu banyak perbezaannya. hubungan yang sama, tapi hati tiada siapa yang tahu. tanya pada hati awak adakah owang masih lagi diperlukan dalam hidup awak? adakah nama owang masih lagi teratas dalam carta hati awak? tepuk la dada. jujur pada diri sendiri. jangan khianati diri dengan penipuan. kita boleh untuk menipu orang lain, tetapi tidak untuk diri kita. awak berfikirla semasak-masaknya demi hubungan kita. jangan terikat kepada sesuatu persekitaran. jangan punahkan hubungan kita yang kita jalinkan dengan 1001 cita-cita dan impian hanya kerana ingin mengejar impian yang hanya menyebelahi sebelah pihak. 

kalaula awak dapat ingat kata-kata yang owang ungkapkan 3 tahun dulu, pada hari awak berangkat ke Kedah untuk sambung pengajian awak, owang pasti akan akan tersenyum sendiri. apa yang owang risaukan telah pun berlaku. apa yang dijangka akan berlaku, telah pun berlaku. kini dah tak guna lagi untuk kite kesalkan kerna kite dah terlalu jauh terpesong. hanya kekuatan hati kita je yang mampu untuk menyelamatkan hubungan kita. ikot la kata hati. jangan ikot pada rasa, kerana rasa membawa binasa. kalau dalam hati awak masih ade sekelumit rasa cinta kat owang, jujurkan la perasaan tu. andai cinta tu dah tak ada lagi, relakanlah hati awak untuk pergi tinggalkan owang. lupakan la kisah cinta kita yang kita bina dengan penuh harapan ni. insyaallah owang akan cuba gigihkan hati owang untuk terima suratan ni.

sayangku..

selama kita kenal, tidak pernah sekelumit pun rasa hati owang ni untuk meminta yang berlebih-lebihan dari awak. tidak pernah sekali pun untuk owang meminta-minta untuk awak menjadi seperti perempuan-perempuan lain yang menyerahkan segala-galanya kepada teman lelaki mereka atas nama cinta. tidak pernah tertulis dalam diari hidup owang untuk mengubah segala tanggungjawab awak terhadap kedua orang tua awak, adik-beradik awak, saudara-mara awak, dan rakan-rakan awak. owang paham akan keadaan awak. owang paham keadaan cinta kita. apa yang owang perlukan hanya secebis ingatan awak terhadap diri owang. tidak perlu untuk berlebih-lebihan. cukup la sekadar mengingati owang dalam setiap perlakuan awak. letakkanlah keutamaan kepada owang melebihi kenalan awak.

sayangku..

selama perkenalan kita, owang cuba sedaya upaya untuk memenuhi hasrat hati awak. walaupun ada kalanya owang tak mampu untuk memenuhi, tapi owang cuba untuk buat awak puas hati atas apa yang owang persembahkan. owang sedar owang tak mampu untuk menyediakan segalanya. tapi percaya la, segalanya telah owang usahakan sehabis baik. ape yang owang lakukan semta-mata untuk awak. tapi, seperti yang awak tahu, setiap manusia ada kelemahannya, tentu sekali owang tak terkecuali. banyak lagi perkara yang owang tak mampu lakukan untuk awak. sebagai lelaki yang mencintai awak, owang sedih bile owang tak dapat lakukan sesuatu untuk awak. owang kecewe bile permintaan awak tidak dapat dikabulkan. hati owang luluh bile awak tidak begitu gembira dengan persembahan owang. segala apa yang owang lakukan untuk awak, segalanya owang berharap agar berakhir dengan kegembiraan dari awak. kegembiraan awak tanggungjawab owang. maafkan la owang andai owang gagal laksanakan tanggungjawab tu.

sayangku..

owang harap tatkala awak baca surat owang ni, owang masih bernafas supaya belum terlalu lewat untuk kta merubah hubungan ini. sekiranya terdapat kekurangan dalam diri owang, dengan rendah hati owang memohon keampunan dari awak. owang tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai manusia yang serba kekurangan, terimala owang seadanya. andainya awak tidak dapat merasai cinta owang, maafkan owang seadanya. maafkan owang kerana hanya mampu berkata-kata tapi tidak mampu untuk membuktikan. maafkan owang sekiranya owang tak mampu untuk merealisasikan kemahuan awak. maaf atas kekurangan owang. sebelum owang akhiri surat ni, owang nak awak tau tentang keikhlasan owang mencintai awak. owang sangat-sangat perlukan awak dalam hidup owang. terima kasih sekali lagi sebab menjadi watak utama dalam hidup owang..

(andai owang tak ada lagi dalam dunia ni, tatapi la segala memori indah kita bersama. jangan lupakan owang. iringkan lah doa awak untuk owang hadapi yang maha pencipta. kerana Dia lah kita bertemu. jutaan maaf dari owang)

yang ikhlas
ASMY

Monday, 19 December 2011

memaksa,dipaksa & terpaksa...

aku tak pernah memaksa untuk ditemani..
aku tak pernah memaksa untuk disanjungi..
aku tak pernah memaksa untuk disayangi..
aku tak pernah memaksa untuk dicintai..

adakah kau terpaksa menemani aku..
adakah kau terpaksa menyanjungi aku..
adakah kau terpaksa menyayangi aku..
adakah kau terpaksa mencintai aku..

andai aku memaksa..
andai engkau dipaksa..
andai hubungan ini terpaksa..
ikhlaskanlah hati engkau untuk menjauhi aku..

jangan sulami hubungan kita dengan paksaan..
jangan sulami percintaan kita dengan paksaan..
jangan ukirkan kasih sayang kita atas dasar paksaan..
jangan biarkan keterpaksaan itu menyelusuri hubungan kita..

buangkan keterpaksaan itu jauh dari hatimu..
campakkanlah diri aku jauh dari lubuk hatimu..
padamkanlah memori aku dari sudut hatimu..
kerana kepaksaan itu harus diperkuburkan..

Sunday, 18 December 2011

aku merepek

bulan 12 dah nak melabuhkan tirainyer..tak sabar betol nk abeskan tahun 2011 nih..pastu masuk tahun baru..2012..kalau orang2 kapir memang takut la dengar tahun 2012 ni..tahun kiamat katenyer..ntah betul tah tak..wallahualam..kalau betul ramalan diorang tu,better diorang masuk islam cepat2..dapat gak la menjamin diorang untuk masuk syurga..ni tak,sibuk nk buat kapal2 besar..konon2 boleh selamat kan nyawa diorang time kiamat kang..haha

hujung2 tahun ni banyak betul jemputan kawen...boleh kate tetiap minggu sekurang2nya ade 3 jemputan..ujung minggu ni member aku time sekolah rendah kawen..pengantin lelaki tu member aku,pengantin perempuan pun..kawan2 sekelas time sekolah rendah dulu..tak sangka betul..dulu time diorang sekolah xde pun nk kapel maple ni,tetibe bile dh besar,boleh terkawen pulak..tu la,jodoh pertemuan ditangan tuhan..aku ingt zaman diorang sekolah dulu,tak de la rapat sangat,sebab budak laki ni hot kot..menjadik kegilaan para murid dan guru2..hehe..yang pengantin pompuan tu pulak takdela hot sangat..ok la..muke ade market gak la..lame giler kot tak jumpe diorang..yang laki tu last aku jumpe time solat raya aritu..yang perempuan tu pulak last aku jumpe mase parade ari kebangsaan 2005..die wakil kadet polis TIGS..tu yang terserempak tuh..detachment diorang betul2 sebelah platun aku..

pastu pulak adik angkat aku nk bertunang..lame giler tak kontek die..tau2 dah bertunang dah..alhamdulillah..lame aku kenal die ni..ade dalam 5 tahun kot..banyak kisah2 die yang aku tau..ape yang die dah lalui dalam hidup die.alhamdulillah..ade gak lelaki yang dapat terima die seadanya..hope lelaki tu dapat terima kisah silam die..aku doakan hubungan diorang kekal sampai ke meningal dunia..jelez giler kot aku..haha..sebab die lagi muda dari aku..tp diorang dh bertunang dah..kapel pun baru..tak sampai 2 tahun..

haish..bile la aku nk tunang dengan cik fuzah aku ni..tak sabar betul..kapel lame dah..kalo aku lamar die jadik awek dulu aku tanam pokok durian,agaknyer pokok durian tu dah berbuah dah..memang lame betul..macam2 dugaan dah lalui..macam2 setan dah hasut..tp alhamdulillah..stil kekal sampai sekarang..and aku pun bahagia seadanya..cume bile nk improve hubungan ni,aku pun tak tau..hehe..

angan2 tu memang ade..tipu la kan kalau aku takde usaha nk eratkan lagi hubungan kitorang..family pun dh kenal..family die dh kenal aku, cmtu gak sebaliknye..kalau tak jadik,malu seyh..sedare mare sume dah tau..haha..ni yang rase nk carik keje nih..pastu kumpul duet.beli barang2..pastu kawen..pakse bapak aku g minang die cepat..takot kene kebas..haha

aiseymen,lupe la pulak..hujung bulan 12 ni kawan2 aku sume dah berambus..sebab diorang dah abes LI..tinggal la aku sorang terbodoh kat KL ni..tah rumah sape aku nk duduk pun aku tak tawu..rumah sewe tak carik lagi..erm..tak best betul la..dah la sewe mahal..sume mende mahal kat sini..yang murah perempuan jek..jual body kt BB tu baru rm25..haha..nasib baik iman kukuh malam tu,alhamdulillah..

besok aku kerje..minggu ni kene kerje 5 ari..rase mcm nk monteng jek..kalau dapat monteng ari jumaat ni sedap gak..dapat la aku balik kampung..nk menebas kebun yang dah lame ditinggalkan..pastu ahad tu besday akak ipar aku, sepupu aku n kawan baik aku..makan lagi..hish..gemok la macam ni..

Thursday, 8 December 2011

maaf..

Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini kepada rakan-rakannya, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu.

Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.

Lelaki itu pernah berkata: "Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia?"
Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf."
Mudah. Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam.

Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan.
Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang.
"Pinjam phone awak, sayang."
"Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya.
Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang.
Si isteri terdiam.
Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya.
"Maafkan saya." Dia bersuara.
Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak.
"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya.
"Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.

Lelaki itu sekadar tersenyum.
"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"
Diam.
"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"
Diam. Air mata mula mengalir.
"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"
Dan air mata itu mengalir deras.

"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."

"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. "Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."

Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.
Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan:
"Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."

sigh!

"malam-malam aku sendiri tanpa cinta mu lagi..uuuuuu..hanya satu keyakinanku.bintangkan bersinar,menerpa hidupku..bahagiakan datang.."

lalallala..kate orang dalam gambar ade 1001 cerita..mcm tu gak dengan lagu..ade kisah2 terselindung disebalik lagu..dulu aku minat giler lagu ni..jgn kate lagu ni la..sume lagu2 nicky ardilla aku minat..ni time bersedih2an ni, tertibe ati aku ternyanyi lagu ni pulak..bertambah syahdu la mcm ni..sob2!!

biasenyer orang kalo putos cinta, g baring kat railway..takpon g minum racon tikos ke..takpon g menggantongkan diri kat kipas siling ke..takpon pegi bermain berkejar-kejaran dengan babi hutan ke dengan harapan babi hutan tersebut akan menyondol beliau dan beliau akan mati di tempat kejadian..ni antara scene2 yang berlaku la bile orang baru pas putos cinta..

ape yang beshnyer buat mende2 cmtu? eee..xsaket ke kene gilis ngan kete api? tak saket ke kene sondol ngan babi hutan?yucks! dah la mati kene sondol..pastu nyusahkan tok imam nk mandikan mayat..kene samak dulu mayatnyer..kan menyusahkan orang tuh..bape banyak la dosa nk pikul kan..dosa bunuh diri lagi..dosa menyusahkan orang lagi..haish!

aneh2 ar dunia ni..hikhik..aku pon macam putos cinta gak..tapi takde la kecewe cmtu skalik..takde nye la aku relekan diri aku ni dipersondolkan oleh babi utan..time2 putos cinta mcm ni,baik aku menyanyi2 menghiburkan ati yang gundah gulana..tipu la kan kalo tak kecewe..tapi nak buat mcm mane..hehe..takde rezeki..

"pernah dulu, kufikirkan, tanpa cinta tak mengapa..bila kau pergi,kurasakan..sunyinya dihati..baru kini kutahu nilai cintamu"

eh..asek termenyanyi jek..hehe..naseb baek sore aku sodap..kalo tak saket gak ati bile dengar sore sendiri..ish..malas tol la nk g keje besok..rase cam nak lari jauh2 jek..biar takyah g keje..nyusahkan pale hotak tol..dah la staff sume x menyeronokkan.. besok ade tournement bowling lak tuh..sume kene g..huh! jangan mimpi ar aku nak g..aku nk balik kampong..korang main la beramai2 yerk..last week aku join korang g dinner dah bagus dah..dah la TAK SEDAP! MAHAL! nasib baik orang belanja..kalo tak jgn mimpi aku nak g..name nak gah, SUNWAY PYRAMID HOTEL..tapi makan rase cam **** jek..astagfirullah alazim..kan dah termencarut..dah terdosa kering dah tak memasal..blah dulu ar cmni..sebelum aku blah..izinkan aku nak mensampaikan sebuah lagu..

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku



Thursday, 1 December 2011

disember 2011

diam tak diam..dah masuk bulan 12 dah..bermaksud tinggal lagi 3 bulan aku nak abeskan praktikal kat sini.. tak sabo betol nak blah dari tempat ni..member2 sume abes praktikal ujung bulan ni..aku abes lambat sket..sebab aku masuk pun lambat aritu kan..

semalam baru dapat elaun praktikal..ni kali ke3 aku dapat elaun..bulan ni dapat kurang..sebab bulan ni xde claim..aku banyak keje kat opis bulan ni..tapi alhamdulillah..duet tu dapat la aku gune untuk bayar hutang orang..insyaallah..besok aku nak bayar saman pulak..bulan lepas kene saman polis..tak bayar lagi..surat dh sampai rumah..ni bile dah ade duet siket ni,boleh la aku buat bayar saman..tak gune betol..penat aku kumpul duet nak beli seluar n baju baru nak buat pakai pegi keje..kene bayar saman la pulak..tapi takpe..nk buat mcmane..xde rezki..sewe rumah pun dah bayar..duet orang pun aku dah pulang..cume tingaal bil internet,air ngn api je yang x bayar lagi..

lepas ni tetiap ari pegi keje aku naik moto je la..alhamdulillah..dapat gak jimat2 duet bile dah xde kerete ni..last week aku balik kampung,pulang balik kerete kat family aku..xtahan pakai kerete kat sini..abes duet buat bayar tol ngan parking jek..dok kat sini asek kene kuar duet je..sume mende pon nak pakai duet..sabo jek la..naseb baek tinggal 3 bulan lagi..sabo2..

besok malam ade dinner company..tak tawu la nk pegi ke tak..macam mahal jek...lagipon aku macam malas..baru jek jap td manager aku kol..suruh aku buat presentation pasal phantosys kt HQ salah sebuah bank terkemuka..phantosys?jadah haram ape tuh?mane aku tawu siak..aku xpenah gune mende ni..bahase ape aku nak gune nih?cakap BM boleh?hutak ko la boss..maghrib2 kol aku..kalo ko ckp dr petang td sempat gak la aku nk study kan..xpe2..i try..3 bulan lg..sabo jek la..

penat tol bile kene balik opis ni..kenape la aku g terbodoh siapkan keje kt seremban ari tu awal2 kan..kalau aku buat slow2,arini mesti aku tengah bersenang-lenang kat seremban..puih! mintak2 la next week aku kene g PD ngn Pilah lak..boley la aku monteng2 keje..besok kene pakai proper..baju..tie..kasot kilat..stokin.malas tol nak pakai kasot..selipar tak leh?
okeh! aku kene iron baju sekrang! bye!

Sunday, 27 November 2011

mengarut sempena maal hijrah..

selamat menyambut maal hijrah (terlambat tak??) kepade semua kaum muslimin dan muslimat..marilah kite same2 menghayati sirah nabi sempena penghijrahan nabi dan bermulanya perkiraan tahun hijrah..sempena taun baru ni,azam pon mestilah baru..baru nampak lebih islam kot(cewah!).. dulu time sekolah2,ustaz bebuih2 mulut cakap pasal hijrah ni..berbuih disini bukan bermaksud kerane kesawanan kebabian, tapi lebih bermaksud kepade ketekunan seseorang menyampaikan sesuatu syarahan atau dalam bahase metaforanye excited dalam menyampaikan sesuatu..

hijrah bermaksud pindah, ubah, changing, transform etc etc.. so, berdasarkan perkiraan tersebut, maka dengan ini, aku akan menghijrahkan diri aku kearah yang lebih baik..bukan bermaksud nk berpindah rumah atau tansform diri aku menjadi sebuah trellar 18 tayar (mcm cite transformers tuh) , tapi lebih kepade penghijrahan hati dan nurani menjadi sesuci embun pagi..

selame ni aku terlalu bergantung kepade sesuatu sehinggakan aku menafikan kebolehan diri aku dalam menghadapi sesuatu situasi atau lebih sarkastik disebut sebagai crisis.. walaupun aku jarang mengharapkan kudrat orang, tapi selalunye aku mengharapkan sokongan seseorang untuk aku menghadapi sesuatu..aku selalu takot untuk menghadapi secara berseorangan..walaupun aku tak pernah nak tarik seseorang dalam permasalahan aku, tapi aku suke menarik perhatian seseorang dalam menghadapi sesuatu crisis supaye aku mendapat sokongan yang padu dan jitu dan tidak berbelah bagi dari seseorang..oh gosh! what the hell? (jadah haram mende lak tetibe nak speaking nih!) tu dulu! dulu aku ade penyokong..ade orang yang concern kat aku..ade orang yang amik berat kat aku..tapi sekarang aku dah besar! sebesar giant yang membuli nobita2nye!! sape lagi nk care kt aku!

so, mulai tika dan saat ini..akan aku ubah segale2nyer..aku dah tak nak bergantung kat orang lagi..kalau boleh biarlah aku hadapinyer secare bersendirian(boleh ke?aku kan penakot..) aku dah taknak mengusut masai kan otak orang..

cakap pasal cinta ni.ape yang aku tau pasal cinta?? eles..soalan mudah..pada aku ade 3 jenis cinta..cinta pada tuhan..cinta pada keluarga dan cinta kepade kekasih..ketiga2 ni adelah sesuatu yang sangat berlainan dan tidak boleh same sekali disamekan walau dalam ape keadaan sekalipun.. TETAPI.. cara perlaksanaannya adelah same.. ketiga2nye memelukan komitmen+pengorbanan+kasih sayang yang tak berbelah bagi... cinta, sayang dan kesian adelah tiga elemen yang berlaianan..biler kite berada bersama pasangan kite(bf/gf)..kite kene tanye pada diri kite..adakah kite cintakan die? adakah kite sayangkan die? atau kite sekadar kesiankan die? dalam cinta pasti ade kasih sayang..tapi dalam kite berkasih sayang, belum tentu ada cintanya..belas kasihan tu cume elemen tambahan untuk menguatkan lagi keabraban kite..

adekah kite perlu serahkan segalanye kerane cinta? ofkoz la tak  kan.. biase orang yang bercinte ni akan serahkan segalanye kepada pasangan die termasuk body dan pakej bermalam kat hotel2 terkemuka sekitar bandaraya..dah tu?kalau kite cintakan tuhan? kalau kite cinta keluarga kite?perlu ke kite bagi pakej2 yang disebutkan diatas tu kepade diorang? tepuk dada, tanye iman..eh2..silap lak..tepuk dada, tanye la ashraf...kalo tanye aku memang aku tak tau..sebab aku bukan imam muda mahupun bilal muda..aku cume penulis blog yang tak cintakan blognye (sebab xde komitmen langsung kat blog)..

aku pernah bercinta ke? haha..mestila penah..aku memang bodoh+bebal+mangkuk hayun+pelbagai lagi kate kesat dalam percintaan nih..aku memang tak tau ape2 pasal cinta..sampai la pade satu ketika (tu cite lame,tak payah ungkit,haha)..walaupn aku tak pandai dalam bercinta, tapi aku masih pandai untuk mencintai seseorang..aku sentiase mengharapkan die dapat merasai cinta tu..kalau boleh aku nk die selalu rase yang aku ade dalam hati die..tapi..frust giler kot..aku gemok..macam giant..tak muat masuk dalam ati die..nak masuk dalm perot pon tak muat..so,aku rase cinta tu tak sampai la kat die..haha..aku tak pasti perasaan die kat aku..yang pasti die sayang aku..tapi belum pasti die cintakan aku..wallahualam..

aku ni layak ke dicintai?? mungkin tak kot..haha..sebab aku belum cukup bermaruah untuk menjaga maruah seseorang dan keluarganya..aku belum cukup islam untuk memahami tentang wanita yang beragama islam..hati aku terlalu busuk untuk menerima die dan kehidupan die seadanya..so, berdasarkan prinsip2 diatas,,dapatla aku simpulkan bahawa aku belom layak untuk dicintai..aku cume bleh cintakan orang jek..tapi orang tak leh cintakan aku..haha..<--perenggan ni untuk orang2 yang tak ensem..so,kalau korang seorang yang tak ensem,jangan segan2 untuk menggunakan alasan ni bile ditanye kenape takde orang nk bercinta dengan ko..haha

eh..dah terpeleset jauh dah ni..tadi cite sal maal hijrah..ni cite sal cinte lak..jadah haram mende lak nih??..haha..aku pun tak tau nk cakap sal pe ni..otak pon konpius sebenarnyer nih..maklum la..orang bekerjaye..penat..dah seminggu kot ulang2 seremban-KL..

ade satu lagi mende nak cite nih..arini tanpa disedari,aku dah jadik seorang pakcik yang berjayer mempakcikkan dirinye setelah abang aku selamat melahirkan anak die yang bername Aryan Sufi..alhamdulillah..syukur kehadarat illahi sebab bebi ni lahir pada tahun baru islam..mudah2an berkat maal hijrah ni,bebi ni jadik anak yang baik dan soleh yang mampu membawa ibu bapanye kesyurga..amin..to Aryan Sufi: ko jangan jadik macam pakcik ko ni hah..jahat nak meninggal (bahasa kesat tak dibenarkan keatas budak kecik)..sebab tu sume orang tak suke..busuk ati..takde maruah..sume orang benci dah..tapi ape2 pon,pakcik ko ni cool..haha..

dah takde ape nk mengarut dah..so aku abeskan penulisan ni dengan titik (.)

Sunday, 20 November 2011

urm....

arini result PEP TNB dah keluar... aku pun baru tawu dari forum..macamane diorang tawu result keluar arini..aku pun tak pasti..

ape yang pasti, aku tak lulus untuk pegi ke 2nd stage..kalau tanye perasaan aku, memang la aku kecewe kan.. tapi nak buat macamane..rezeki takde..

pada asalnyer memang aku tak berape minat pasal TNB ni..memang aku dh nekad dalam ati aku,kalau tak lulus PEP ni aku tak kesah..

tapi semalam bile aku balik rumah, and aku cerite kat family aku yang aku baru je lepas interview TNB..masing2 teruja sekejap..seluruh family aku berharap aku dapat TNB ni..

antara orang yang paling berharap mestila ibu aku kan..masing2 doakan aku lulus untuk interview haritu..

kalau la aku tawu diorang berharap kat aku macam ni,memang aku buat betul2 time interview haritu..

tapi apekan daya, mase dh berlalu..setiap yang berlalu pasti xkan berulang..

aku keciwe tol..

keciwe ngn diri aku..

keciwe sebab dah musnahkan harapan family aku..

aku pun tak tawu macamane nak ckp dengan diorang yang aku tak dapat..

mudah2an allah bagi aku kekuatan untuk hadapi dugaan ni..

insyaallah...

Friday, 18 November 2011

P.E.P..

lame tol tak hupdate blog..malas tol..semenjak jadik org berkerjaye nih,rase mcm malas nk buat sume mende..nk tido jek! 
last week ade join satu program under TNB..actually ni program interview..susah nk mamp..macam tak nak bagi org keje jek..dh macam masuk askar dh..siap ade buat kem sume..
tp program die agak besh la..bnyak game diorg sdiakan..tp yg bosannyer,sume game in english..tp ade aku kesah ke?? walaupon setiap pelatih kene speaking doplohpat jam, tp aku selamber jek ckp melayu..buat ape ckp english??aku kn orang melayu..kite patot berbangger dengan bahase kite..bahase menunjukkan bangse okeh! <---ngahahaha..ni ayat orang tak PANDAI english..
aku memang bebal giler dalam english ni..walaupun mak aku chegu english, tp tahap penguasaan aku dalam english macam sampah..kalau suruh aku speaking english, dah macam mat salleh murtad dh aku speaking..
ari 1st mase sesi pengenalan..aku bangun jek dengan pantas aku bersuara "nama saya................saya seorang software engineer dekat......................saya belajar di...........dalam bidang sains computer pengkhususan software developement" MC tanye lagi "your status??"....."saya masih teruna"............sampai macam tu skali tahap kebebalan aku..status single pon aku tak leh nk translate..haha
sepanjang program tu aku tengok masing2 nk perform..sume orang nk drop antara satu same lain supaye diorang terpilih pegi level seterusnye..masing2 nk tunjuk bakat yang tersimpan dalam jiwe sejak sekian lame....tp aku perhatikan,dalam grup aku yg 9 orang tu, sume ckp english ok,tp grammar sume tak betol..tunggang langgang gak..selamber jek diorang bedal..diorang boleh jek speaking dengan konfiden even ape yg diorang ckp tu tak betol..ni la kelemahan aku paling teruk..aku jenis tak boleh nk bercakap kalau aku tak konfiden yg mende tu betol..selagi aku tak rase aku betol,aku takkan bersuara..baik aku diam daripade aku ckp mende yg tak betol..sebab tu kawan2 aku selalu ckp kat aku,"yela,ko jek la yg betol,orang lain sume salah!"..aku memang macam tu okeh! kalau mende tu tak betol,aku tak nak ckp..tp kadang2 ade gak aku terbodo..
dalam grup aku sume orang yg dah bekerjaya.."saya engineer honda!" "saya penganalisis saham!" "saya pegawai kewangan!" "saya kerja dekat BURSA malaysia" sampai part aku jek, "saya budak praktikal!"..masing2, "huh??! u praktikal meyh? macamane u boleh terpilih kat sini?"..aku jawab, "ni sume kuase tuhan"..stop!
yang aku perasan...diorang ni tak pandai mane pon..cakap jek lebey..idea kencang..jap lagi sume tak pandai..matematik memang tahap cipan ar..time buat bisness plan..sume pandai bg idea..tp time implement,sume tak pandai..pukul 12 malam tak siap..pukul 1 pagi tak siap..pukul 2 pagi tak siap..last2 aku amek keputusan biar aku kasi settle sume..walaupon aku bukan ceo dalam grup tu..tp 80% bussiness proposal tu aku yang buat..alhamdulilah..grup aku dapat pujian..sampai diorang tanye aku "u ni budak bussiness ker?..aku pon "eh tak lah,sayer budak IT..tp bagi sayer bussiness ni senang jek..kene bermain dengan nombor..bab2 nombor ni memang kepakaran saye"..diorang pon,"wwuuuuu~!!"
pas abes sume tu,aku rase lege gak la..satu bebanan dh lepas..sekurang2nyer kalau aku tak dapat pon, aku tak la kene ben ngn TNB..sebab sape2 yang terpilih interview ni then dengan sengaja tak nak hadirkan diri,TNB aku ben name die..sebab daripada hampir 9000 permohonan..hanyer 4% yg terpilih..so aku tergolong dalam golongan 4% tuh..bangger sekejap..uhuk2! andai lepas ni aku diberi peluang dan ruang untuk melangkah kaki ke TNB..insyaallah aku akan gunekan peluang tu sebaik mungkin..walaupun aku tak berharap sangat, tp aku percayer,rezki allah tu ade kat mane2..hanye allah je yang pandai menilai kemahuan kite..seikhlas mane kite laksanakan peluang tu, seluas itu la pintu peluang tu terbuka untuk kite..insyaallah..\
sekarang aku kene focus kat kerja kompeni ni lak..baru last week dapat task kene buat universiti petronas punyer system..bagi aku mase seminggu untuk study..baru jek ari khames lepas aku berjayer study asp.net,jap lagi aku dh dapat task baru pulak..kene setup network kompeni..network?? router? switch? firewall? load balancer??aku budak software okeh!tp ape2 hal pon aku kene study pasal network la..khames ni dh kene hantar proposal..aku kene call vendor..ISP..mcm2 la..kompeni bagi aku peruntukkan rm30K untuk projek ni..insyaallah aku akan buat bersungguh2..walaupon projek ni aku kene buat sorang2( giler kan?) aku anggap ni satu cabaran jek la..tanpa cabaran hari ni,kite takkan berjayer hari esok!

Wednesday, 26 October 2011

deewaaliii...

haha..xdop koje..xmmasal nk update blog time deepavali lak..tp arini aku free..sebab cuti kan..thanx to all kalinga sebab beraye arini..kalo x,xmerasa ar aku nk cuti..
aktiviti waktu cuti ni cm biase ar..1st mesti ar mlm tadi tido lambat..lepak2 ngan member2..sembang2..tah ape yg disembangkan aku pun xpaham..tp aku layan jek ar..
pastu subuh2 dah bangun..tapi bangun celik mate jek la..pastu jasad aku masih lagi kat ats tilam sambil berguling2..bahagia betol rase bile bangun2 pagi,kite xpayah fikir pasal nk g keje..keje sangat membosankan..haha
pagi ni aku plan nk g shah alam..tu yg bangun awal..kalo x,sampai matahari tegak atas kepala pon aku xbangun2 lagi..pagi2 bute dh memekak kat dapor..masak2..haha..biase ar.kalo kite nak keluar berjalan,masak sendiri pastu bawak bekal lagi menjimatkan..muehehehe..bukan ape, ni langkah penjimatan yang disarankan kerajaan..aku sebagai penyokong tegar kerajaan terpaksa la menyahut seruan kerajaan ni..
housemate aku lak pagi ni sibok gak..sebab diorang nk g mandi kat air terjun sungai kanching..member aku yang dari melaka pon turun sini..sebab nk join aktiviti ni..tapi aku memang xnk ikot..sebab aku phobia ngn air terjun..aku phobia sebab dulu pernah lemas..nasib baik xmati..plus,arini ade mende yg lagi penting aku perlu buat..tu yang aku plan xnk join diorang mandi manda..haha
at last,aku ubah keputusan untuk join diorang mandi air terjun..memang best ar..aku xpernah g air terjun yg sebest tu..tempat tu best sebab air xdalam..paras2 dada jek..so,peluang nk lemas tu agak rendah la..haha..tempat tu memang mengenjoykan..tp ramai giler orang..plus2 mamat2 bangla yg xpulang kekampung halaman diwaktu cuti,plus minah2 indon yang mcm xde harge diri..so,tempat tu jem gak la..heran gak aku dok KL ni..kat mane2 pon jem..aku ingat jalan jek jem,ni sampai air terjun pon jem..
pas balik air terjun lepak kampong baru..g makan..tah hape bomoh kedai tu gune,ramai giler orang..yang aku bengang,makan xsedap mane pon,tp harga die,masyaAllah, sultan saudi arabia pon boleh bangkrap kalo ari2 makan kat sini..lagi aku bertambah bengang,makan xsampai setengah jam..tapi parking kete kene charge sampai rm5! watefak! dah macam dok kat switzerland pulak...
malam ni housemate aku plan nk g shah alam..g maen lazer tab..tah jadah haram ape tah..yang aku tau agak mahal la..10 minit rm12..memang la aku xjoin kan..baik aku gune duet tu g makan..makan lagi best dari segalanyer..mayb aku ikot g shah alam,tapi aku xmaen la mende tuh..aku g lepak makan2 jek ar..
sok dah keje..seb bek kene g site kat jalan duta lagi..boleh g keje lambat sket..sbb dekat je kan ngn tempat aku..hopefully besok xujan la..sebab aku g keje nek moto@tenggiling merah..

Sunday, 23 October 2011

my older sister besday!!

hehe..minggu ni aku balik beepee lagi..balik ni pon semate2 sebab besday kakak aku plus adik aku yang kat lipis tu balik cuti..sejak dok KL nih,setiap kali balik kampung asek kene tunggang bas jek..nak balik naek kete takot tak mampu..so,gunela perkhidmatan yang kerajaan dh sediakan nih..
mcm biase..ari jumaat lepas balik keje,jiwa berkobar2 nak balik kampung..asek tengok jam jek..sampai leher aku terkehel..jap lagi semakai jek jarum jam tunjuk pukul 6, hujan turun selebat2nyer..haha..rase cam nk mencarut jek..tapi kang  takot termurtad pulak..tunggu punyer tunggu sampai lepas maghrib aku tak leh kuo opis lagi..sbb masih ujan..tp nak balik punyer pasal,pukul 8 tu aku redah jek hujan..nasib baik kat opis aku ade beg plastik..bungkus laptop ngn beg blastik..pastu redah jek ujan tuh..lantak ar..yg penting aku dapat balik..sampai2 TBS pukul 8.40 mlm..bas ke batu pahat baru jek berlepas..aiseh..rase cm nk nages jek..tapi sabau punyer pasal..dapat gak tiket bas..pukul 11 malam! so terbodoh la aku gamaknyer dekat TBS tu mcm kucing ilang anak..dalam ati dah ^$%#$^%$&...
sampai batu pahat pukul 2 pagi..niat aku nk ke kampung pagi tu untuk bersihkan kebun atok aku tergendala..sebab badan penat..bangun tido pon lambat..aku bangun2 jek tengok2 sume ahli keluarga aku lesap..abah aku pegi bukit jalil ade hal (memang terbaek la kan, boleh pulak die pegi KL time aku balik BP)..ibu aku pulak ade meeting kt JB..akak2 aku dh ilang kemane tah..lagi skali aku cm kucing ilang anak..haha..jap lagi adik aku call suruh amek die kat kluang..bapak ah..jauh giler..naseb baek kopi ngn roti bun kt kluang tu sedap..kalo tak,tak hengen aku nak amek..haha..padahal ni memang keje aku setiap kali adik aku balik..mesti kene amek die kat kluang..aku pon plan nk ajak adik aku jalan2..sebab aku nk beli seluar ngn kemeje..maklum la nextweek aku ade presentation yg akan menetukan arah kerjaya aku lepas nih..tapi tak gune tol..sesampai jek kat umah,,adik aku boleh bantai tido lak..lame giler lak tu die tido..dah mcm orang koma pulak..so,plan aku nk g mane2 pade petang tersebut telah tergendala..
malam tu pulak mate aku ngantok giler..family aku g berkaraoke pon aku tak layan..memang berat tol mata..pukul 11 lebey aku dah tido dah..aku tido dengan nyenyak skalik..xpernah kot tido senyenyak ni..bangun2 jek pagi ibu aku cakap malam tadi diorang pegi celebrate besday akak aku kat restoren mane tah..pukul 12 lebey..cis! aku ditinggalkan berseorangan kat rumah..haha..untuk makluman,aku memang tak pernah tinggal sorang2 kat umah..sebab aku ni penakot..nasib baik semalam aku tengah tido..so,xdelah rase takot sangat..kalo hantu datang dok sebelah aku pon aku xnampak..cis lagik! adik aku pulak tengah dok bersiap2 nak ke melaka..siap mintak aku maps lagi nk ikot jalan mane..ade ape tah die g melaka..2 ari lak tu..besok baru balik..tak gune tol..penat aku balik umah nak jumpe die,die boleh g melaka lak..dah la semalam aku x join orang celeb besday akak aku..haha...
so petang ni aku amek keputusan nak balik KL..padahal isnin aku cuti..cuti yang aku amek sebab nak balik umah punyer pasal kan..hehe..cuti aku bayak lagi kot..ade sepuluh ari lagi..tapi aku dh fikir separuh masak,baik cuti tu aku forward ke raya haji..aku cancel je la cuti tu..petang ni aku nak balik KL dah....
mintak2 ar ade bus lagi..besok nak kene buat buku bank pulak..kang gaji tak masuk..duet pon dah kering..



Sunday, 9 October 2011

hometown..

kelmarin balik batu pahat..memang semangat la kan..dah dekat sebulan tak balik..rindu dah kat family..amek bus kt TBS pukul 5.30..pukul 5 still kat kajang..ade kerje..tp alhamdulillah..tak tertinggal bus..balik batu pahat dengan cik fuzah..
memang teruja sangat2 la nak balik kan..agaknye ni la perasaan yang dialami oleh perantau2 di kota..aku tak pernah kot rase mcm ni..ye la..first time berjauhan dengan family tercenta..aku kan anak manje..muahahaha..
sampai batu pahat ibu aku jemput kat bustand..sebab abah aku takde..pergi surau..ade kenduri doa selamat..abah aku tetibe rase nk buat kenduri pulak..yelah..sejak die saket and dokter syak die kene kanser..dah berubah siket dh abah aku ni..bagos la..alhamdulillah..ujian MRI die keluar bulan 11 ni..hope die ok..
sampai kat umah malam tu sempat la berbual dengan mak..mcm2 la yang diceritakan..yela..sebulan aku tak de..banyak yg aku dh tertinggal..cerite pasal kebun..yang dh sebulan aku tak jenguk..tah ape yang berlaku kt kebun tu wallahualam..
sabtu pagi subuh2 mak dah kejut aku pegi pasar..dengan berpure2 pengsan..aku bagitau mak yang aku tak larat nk pegi pasar..nyawe dah kat ujung tanduk..penat sangat..sebab mlm td tido lambat kan..so mak pegi la pasar dengan kawan ibu..yang dah seminggu dok rumah aku(macam dah tak reti2 balik)..
cakap pasal kawan ibu ni..namenye pakcik W..die ni bekas classmate ibu masa kat smk pekan nanas dulu..die ni baru je kematian isteri..baru sebulan..menurut hikayat yang die cerita kat family aku..anak2 die buang die..sebab semua anak2 die tak suke die..die ni kaye kot..pangkat besar la dalam jabatan bomba dan penyelamat tuh..name je penyelamat,family sendiri pun cam tak selamat jek..berpecah belah..mule2 die rapat dengan family aku..aku masih boleh terima la..sebab atas kapasiti die sebagai kawan ibu kan..tapi lame2 aku rasa macam bosan giler..die terlalu over dalam berbuat baik dengan family aku..aku dapat rasekan ketidak ikhlasan die berbuat baik dengan family aku (aku memang susah nk terima orang luar)..aku tau semua adik beradik aku suka die..sebab die tak pernah kedekut duet..tapi aku dah naik menyampah kot dengan die..macam2 persoalan muncul kat dalam benak aku nih..tanduk2 setan merah pon dah menendang2 kulit kepale aku nih..
niat aku balik rumah memang nk bermesra dengan family..tapi sebab orang tua ni ade kat umah aku..aku tak dapat nak berbual ape2..aku tak dapat nk share pengalaman aku kerja..memang banyak aku nk ceritakan..tp satu pun tak terungkap..aku takde masa nk berbual dengan ibu aku..asek kene melayan die je..ye,aku hormat die sebagai tetamu..tp agak2 la kan..tu rumah aku kot..family tu family aku..malam aku sampai rumah tu pun die sibok nk berkaraoke kat umah aku..nak tak nak family aku terpakse melayan..dh aku terbodoh sorang2 layan cite johny english kt tv3..
tp alhamdulillah..tengahari semalam aku dapat lunch dengan family aku..ade gak la sedikit sebanyak aku cerita..tp tak dapat cerita banyak la..sebab ibu aku pun letih baru balik sekolah..ade aktiviti koku..petang tu aku niat nk blanje adik aku yg kecik tu pegi mkn sizzling..sbb aritu die ade mintak aku blanje mkn tu..tp mcm biase la..pakcik W ni dh mendahului aku.. die ajak family aku jalan2 kat bandar pulak..tp aku tak tawu la kan sape yg ajak sape..same ade die ajak famil aku or family aku yg ajak die..tu wallahualam la..yg penting niat aku nk blanje adik aku mkn sizzling dh terbantot..malam tu diorang boleh berkaraoke lagi..lagi sekali aku terbodoh depan tv,layan pirate of carribean lak..
ari ni ahad ari last aku bersama family aku..aku ingat nk dok lame2 sikit kat umah..lagipun cik fuzah ajak balik pukul 3 petang..aku fikir ade la masa utk aku lunch ngn family wt kali terakhir..pagi2 lg lepas sarapan ibu suruh aku tolong die taip form untuk alumni sekolah..aku pun dengan membangga diri menunjukkan kepakaran aku gunekan komputer..tapi..time aku tengah sibuk buatkan form ibu ni..lg sekali pakcik W ni keluar ke bandar dengan family aku..die kate keluar kejap je..tp aku tunggu sampai pukul 1 tak balik2..hati aku memang frust giler...memang aku sedih sangat2 la dengan keadaan mcm ni..yela..semalam seluar aku koyak..aku suruh ibu jahitkan..ibu tak buat lagi..aku kirim beli gam kasut..aku nk gam aksut aku yang kopak tu..pun tak sempat..dengan dukacitanyer aku teros memandikan diri aku..aku rasa cm nk nages dah..lepas mandi..aku kemas2 barang aku..aku teros gerak balik KL..pukul 1 aku dh keluar dari rumah dah..padahal aku janji ngn cik fuzah pukul 3..tp b4 keluar rumah tu aku ckp kat mak "kita ni berkeluarga,dia tu sape?kalau tak suka aku balik,aku dh takkan balik lagi dah lepas ni"..lepas mak dengar kata2 aku..mak teros sentap..mak masuk bilik..bukak purse,keluar kan not 50..teros hulur kat aku..haha..hati aku teros berbunge2 lepas dapat duet..
sementara nk tunggu pukul 3 tu..aku singgah la summit jap..belikan cik fuzah jam tangan..haha..sebenarnyer takde niat pon nk beli..tp bak kate pepatah kan,"berat same dipikul,ringan sama dijinjing"..berpegang pada prinsip tu la aku teros belikan cik fuzah jam..semoga die gunakan jam tu kejalan yang diredhai allah..tapi dlm perjalanan balik td aku try la control air mate aku supaye tak menitis depan cik fuzah..yela..laki mesti sentiase macho kan..hehe..malu ar nanges depan pompuan..tp nk buat cmne,aku tak berjaye..air mate aku tetap jatuh berguguran bercucuran dan berciciran...
lebih kurang pukul 10 malam..sampai la aku kt serdang nih..pas anta cik fuzah balik shah alam..mujur ade cik fuzah yang teman aku sepanjang perjalanan..ade la orang yg menceriakan hidup aku sepanjang hari ni..puas gak la bergelak ketawe sepanjang jalan..walaupun cume kat bibir je..alhamdulillah..masih ade yang mempu menceriakan aku...

Tuesday, 4 October 2011

ape lagi lepas ni..

sejak dok KL ni banyak mende yg aku tertinggal..hehe..ape berlaku kt umah aku semua aku tak tau..tah sape yg hantar mak g pasar..tah sape yg bawak g belanja barang dapur..tah sape anta cah g sekolah agama..amek die..banyak yg aku tak tau..

last week family aku buat bbq..aku langsung tak tau pun..dan tak dibagitau..baru jap td kawan ibu ckp die datang umah aku ade bbq..diorang ade wt makan2 sikit..

deepavali ni pun family aku sume nk g holiday kt kelantan..pun aku tak tau gak..kalu cik fuzah tak bgtau mmg aku tak tau..tapi takpe.aku pun tak cuti pun deepavali ni..

kakak aku ade problem ngn tunang die..pun aku tak tau..kalau aku ade kt umah dulu..diorang akan mintak pandangan aku & suruh aku settlekan kalau hal kecik2..aku pun tak tau ape masalah diorang sebab aku tak dibagtau..aku tau pun dr orang lain..

banyak betul mende yg aku tertinggal..mungkin salah aku..sbb aku tak pernah kontek family aku..tp terlalu banyak yg aku tertinggal..tah ape lg lepas ni..

Saturday, 1 October 2011

biar jiwa..

kalau orang tanye sape orang yg paling anda sayang..mesti diorang ckp..ofkoz la family..sbb kan family kite paling dekat ngn kite..susah senang bersame family..jatuh bangun kita hanye dengan family..ni biase jawapan orang2 yg zuhud la..

tapi....
kalau orang tanye aku yg xberape nk zuhud ni..yer aku memang sayang family aku..tapi tipu la kalau aku cakap x ade orang lain yg aku sayang melebihi family aku..bunyinyer sangat derhaka.. tapi ni la hakikat sebenar..memang aku ade sayang sumone lebih dari segala2nyer..kadang2 aku lebih pentingkan die dari orang lain..bukan kadang2..memang selalu die yg teratas..cume orang x sedar..sebab segala tindak tanduk aku..semua berkias..umpama tarik rambut dalam tepung..rambut xputos..tepung xberselerak..

kenape aku perlu sayang die?sape die ni? entah..kalau tanye aku, aku pun x tau..aku takde jawapan untuk persoalan yg mcm ni..tp tu la perasaan aku..jiwa aku...takde yg pasti..biar jiwa yg tentukan..

yang dapat aku pastikan..die sentiase bersama dengan aku..saat susah senang..jatuh bangun..saat aku tak ada sokongan..hanya die..dan cume die yg sentiase bersama aku.. even disakiti aku,,die terus setia menyelusuri jiwa aku..

sampai satu tahap..aku takot untuk pergi meninggalkan dunie ni..x sanggup melihat die bersendirian.. kerana die x pernah sesekali biarkan aku bersendirian.. lagu ni khas untuk die..

Monday, 26 September 2011

terasing..

hari ni aku rasa betul2 terasing kat bumi orang.. baru 2 minggu LI..tapi banyak betul dugaan yang datang menimpa aku.. terlalu banyak.. sampai aku mengeluh sorang2..seingat aku selama aku hidup aku tak pernah mengeluh dengan ape yang berlaku..ape yang berlaku aku sentiasa hadapi dengan fikiran yang rasional..tapi kali ni betul2 menguji aku.. aku mengeluh sambil merayu supaya Allah bantu aku.. aku menangis antara perjalanan rumah ke tempat kerja.. aku menangis tanpa suara..tak ada siape yg dengar..aku betul2 perlukan bantuan.. aku tak pasti kenapa aku tak dapat lalui dugaan ni dengan tenang.. bukan selame ni aku anggap diri aku ni terlalu kebal dengan dugaan ke..

bumi selangor ni betul2 buat aku rasa terasing.. budaya kami berlainan..walaupun dari kelompok yang sama..tapi ni bukan budaya aku..warna kulit sama..bahasa sama..agama sama..tapi budaya berlainan.. aku pernah hidup kat JB..walaupun JB bandaraya yg besar..tp aku rasa budaya mereka tak seteruk ni.. sejujurnya memang aku takot hidup kt sini..aku takot dengan persekitaran ni..aku terpaksa berlajar untuk lebih berdikari.. selama ni aku rasa diri aku dh cukup berdikari dan terpimpin..tapi aku silap.. aku tak mampu untuk memimpin diri aku disini..

aku terasing dari family..aku rindu sangat dengan family aku..aku menyesal tak dengar cakap ibu aku supaya buat LI kt johor..mungkin ni balasan kot..aku ingat lagi ibu cium pipi aku masa aku melangkah keluar dari rumah..terlalu lama ibu tak buat macam tu kat aku..mungkin last masa darjah 6 dulu..sebab aku ni ego sikit..tersentak hati aku masa ibu cium aku..aku rasa time tu mcm nk cancel jek wt LI kt selangor ni.. mungkin aku tak semanja adik aku..yang mane setiap kali die balik pun ibu akan cium die..tp semanje2 die,dh 3 tahun die dapat hidup sorang kat lipis..yang aku ni?baru masuk minggu ketiga aku rasa cm nk balik johor..

aku tak tawu ape yang tak kene dengan diri aku ni..aku betul2 tak dapat hadapi semua ni..ya Allah..kau bantu lah aku..aku datang sini dengan niat nak belajar.. kalau ade perkara yang aku lakukan sebelum datang kesini boleh menyesatkan,kau ampunkan lah aku..aku betul2 tak tahan dengan dugaan ni.. kepade kawan2..kalau mule terasa dengan perubahan sikap aku..aku mintak maaf..sebab keadaan terasing ni dan buat aku tertekan..

Monday, 12 September 2011

praktikal a.k.a LI..

arini 1st time aku menjejakkan kaki di KL sebagai buruh IT..sebenarnyer aku wat LI jek..selama 6 bulan ni la aku akan bertapa kat kawasan KL ni..walaupun takde ar KL sgt tp ade bau2 KL gak la area ni..tugas aku senang jek..posisi aku kat tmpt keje ni sebagai trainee engineer team R&D..kate senior2 kt sini,yg join team2 R&D ni bukan calang2 orang..orang yg ade background sofware engineering jek yg boleh bertapa kt sini..diorang kate keje susah and banyak..kene ngadap coding 24 jam..haha..tp lantak ar..aku dak LI je kot..bukan keje betol pon..aku wt LI ni pon sbb nk carik pengalaman..
sebelum aku g KL aku dh pasang niat nk buat kerja sungguh2..sebab kalau boleh aku mmg nk kerja teros kat kompeni ni..yela..umur aku dh banyak..tak lame lg dh nk kawen dengan kesayangan,tp kalau duet tak de tak gune la kan..niat aku kalau dapat kerja with best income,aku nk angkat kereta sebijik,untuk ibu aku..mmg dh lama aku niat cmni..sbb aku sayang sgt kt ibu aku..jgn kate ibu la..seluruh family aku sume aku sayang..cume aku tak pernah tunjuk je..sayang tu tak semestinya perlu dibelai kan..yg kedua aku nk tanggung pelajaran adik aku yg kat maktab tu..maksudnye bukan tanggung hundred percent,tp cukup la sekadar menambahkan duet poket die..aku tau susah hidup budak2 yg tengah study ni..aku dh rasa dh cmne peritnye jalani hidup sebagai seorang pelajar..lg2 time takde duet..so,aku takk nak la adik aku lalui menda cmtu..kalau boleh biar la die fokus kt pelajaran die tanpa ade gangguan unsur luar..yg ketiga,aku nk kumpul duet sbb nk kawen.hahaha xmemasal.
before g LI aritu banyak gak la persediaan yg aku buat..yg aku nmpk orang paling bersungguh tolong aku mesti la ibu aku kn..dlm keadaan takde duet pun ibu aku masih lg boleh bg aku rm500 utk duet kocek.thanks yer bu,sayang ibu ketat2! banyak gak la barang yg aku beli utk wat LI ni..yg paling penting aku beli lappy baru..hahahaha..ni aku tengah gune wt tulis blog nih..
pengabisan..harapan aku semoga aku dapat jalani kehidupan alam pekerjaan ni dengan penuh berkhemah, bersopan satun, berintegriti dan bertoleransi..semoga segala cite2 aku tercapai..thanks kepada semua yg dh banyak membantu!

Tuesday, 6 September 2011

alhamdulillah..

genap sudah seminggu raya..alhamdulillah..raya tahun ni rs mcm lg best dr sebelum2 ni..walaupun tak banyak dapat duit raya..tp alhamdulillah,ada la gak..bukan nilai duit tu yg jadi ukuran kan..yg penting nilai estestika dan abstrak yg terdapat pd ukiran duit tu..warna2 pd duit pun penting gak..kalau dpt warna biru cm tak best..sbb tak menarik warnanyer..kalau dapat warna hijau pon ok gak la..sbb hijau tu kan warna kesukaan nabi..tp mcm2mane pun aku suka kaler merah..sbb moto aku pon kaler merah..so jgn la pandang duit tu hanya pada nilainya,tp pandang la pada warnanyer..ngeee..
sepanjang raya ni bnyk gak peristiwa suka dan duka berlaku..tp pd diri aku mcm biasa..mesti la banyak mende yg mendukacitakan..awal2 raya mmg serunuk..pagi2 raya dh mkn dominos pizza..1st in beepee..raya kedua dh banyak rumah g beraya..kire ok la..masih lg terasa kemeriahhan raya..kazen2 dh mule berkumpul dan terkumpul kat umah..rumah jadik riuh rendah tatkala mlm hari kerana bunyi dengkuran memecah kesyahduan malam..hantu dengar pon lari..dh mcm orkestra RTM dh..
raya ketiga beraya kt melaka..sbenarnyer bukan g beraya..tp g merisik bakal wife kazeen aku (BWKA)..abah aku selaku pegawai risik pd pagi tu sibok uruskan strategi mcmmane nk g risik BWKA nih..abah aku pun banyak pengalaman risik merisik ni..sbb dulu time dalam askar abah aku ni unit Rejimen Khas Perisikan Tempur kan..mmg pakar la bab2 risik ni..aku ingat lg dulu time kawan die nk kawen ngn kerabat diraja Pahang,parent kawan die tu tak sanggup nk merisik kerabat tuh, so die mintak tolong abah aku risikkan..abah aku pun g la mengadap sultan pahang sbb nk merisik kerabat die..tp tu cite lain..takde kene mengene ngn ape yg aku nk cite ni..majlis pg ni agak meriah la kan..sbb ramai gak tetamu datang..family aku pun datang dengan adat melayu la..mule2 mmg plan nk suruh abah aku g merisik mcm dalam askar dulu..gune teknik merapat ke sasaran,menyusup masuk ke kawasan sasaran secara senyap dan terancang,biar family pompuan tu terpanjat boboi tengok bapak aku..tp ktorang risau kang bapak si pompuan tu gilis abah aku ngn van..tu yg kami ubah plan..terpaksa la gune adat istiadat melayu..alhamdulillah..majlis tu dapat mencapai objektifnyer..
start raya keempat dh mule tak berape meriah..sbbnyer aku pun tak tawu..pg2 tu sume dh bersiap2 nk g berayer..tp disebabkan oleh kerete abah aku buat hal..so kene la antar bengkel..dekat 3 jam gak la tunggu..tungu punbyer tunggu,tak siap2..sume dh mule mengeluh sampai berpeluh2..bile badan dh berpeluh,tekanan darah kejantung berada pada tahap yg tinggi,bile masing2 dh mengidap darah tinggi,ati mule panas..bile ati masing2 dh panas..maka tercetuslah pergaduhan pd pg tu..aku bergaduh ngn adik beradik aku..aku tak tau ape silapnya..aku mmg selalu bergurau ngn adik aku yg bongsu tu,tp tah la..pg tu tetibe ade orang yg tak paham dengan gurauan aku,tetibe jadik cm batu api nk menghasut adik aku supaya nanges..bile adik aku dh nanges,abes ar aku kene marah..aku lak mmg jenis pantang kene marah kalau bukan salah aku,abes aku mantul2.plus pg tu aku tension gak sbb tali jam ulat bulu aku yg hage beratus2 tu terputus disebabkan adik aku yg bongsu tu..maka bertitik tolak dr situ la tercetus pergaduhan..mcm biasa ar setiap kali gaduh mane ade orang nk backup aku..aku lak kalau ati dh panas semua orang aku sound termaksukla makcik aku..bila aku dh sound makcik aku,anak2 die merangkap kazen aku mule la terasa..skali lg aku jadik mangsa keadaan..tp aku tau bukan salah aku..maaf yer sume kalau ade yg terasa ati..aku takde niat nk buat sume tu..aku cume nk betulkan keadaan dan mempertahankan diri aku g tak bersalah..aku tau ada batu api..tp sape nk percaya ckp aku kan..terpaksa la aku bawak diri ngn ati yg lara..ngahaha..tp alhamdulillah..program pg tu berjaya..ktorang dapat beraya dengan ati yg gumbire..
mlm raya ke4 ni family aku ade la wt bbq..serunuk gak la..boleh tahan serunuk..walaupun dalam ati aku terdapat sikit kekesalan atas ape yg berlaku pg tu..aku masih lg rs bersalah..sbb aku sayang family aku sume,lebih2 lg adik beradik aku..tp aku takde la nk tunjuk sangat..biarla diorang menilai sendiri kasih sayang tuh..alhamdulillah aku masih ade family..buruk mane pon diorang tetap family aku..tu la satu2nye dunia dan akhirat..aku bangga ade family cm tu..walaupun kadang2 aku rs mcm aku ni tak diperlukan,tp aku rs aku perlukan sangat2 family aku..walau ape yg diorang fikir pasal diri aku,caya la,aku tak pernah fikir buruk pasal diorang..ape kejadian yg berlaku dalam family aku sumenye akan mengganggu emosi aku..bile emosi trganggu,aku susah untuk semunyikkan..pasti akan ade perkara yg lebih buruk berlaku kalau emosi aku terganggu..aku percaya ramai yg tersinggung dengan sikap aku..tp ni la diri aku..walapun aku pemarah,aku tak pernah dendam dengan sape2..kemarahan aku,aku akan lepaskan on time..aku akan marah3,then aku takde simpan dalam ati..ape yg berlaku akan abes kat situ..aku pun tak tau kenape aku mcm tu..tp alhamdulillah..walaupun ati aku tak sebaik orang lain,tp aku bersyukur kerana fizikal aku sesempurna orang lain..
oh yer,hujung minggu ni aku akan g ke KL..untuk mulekan latihan industri..ni mmg satu tempat yg sangat asing bg aku..perasaan aku mmg bercampur2 la...tak sabar pun ade gak nk muekan LI..aku mungkin balik KL naik motor scooter aku tuh..walaupun aku pun tak konfiden ngn motor tu,tp nk wat cmne..tu la satu2nyer aset yg aku ade..selame ni pun aku gune moto abang aku..tp cukup la..aku dh taknak susahkan abang aku lg..biar la aku gune scooter aku yg buruk ni..ape2 berlaku kt atas jalan kang aku pandai2 la tanggung..hehe.. mule2 mmg ar plan nk naik kete..tp paham2 la kan kalau naik kete kos mesti la tinggi..tp kalau ade kawan nk teman,yg boleh tong duet minyak,insyaallah aku akan naik kete g KL..aku ni kan manusia kekurangan duit..haha..tp semalam agak gembire la bile dpt tau yg duet PT akan keluar 10hb ni..tp pg td bile aku tanye fakulti aku,tetibe diorang kate kemungkinan pelajar LI tak kan dapat PT..sbb nk tampung kemasukan pelajar baru..tak pe la..aku redha je la kalau tak dapat..anggap je la takde rezeki..asal makan cukup,alhamdulillah..

Monday, 29 August 2011

peristiwa malam raya...

arini 29 ogos 2011..bermakna esok seluruh umat islam sedunia akan menyambut hari raya puasa..setelah sebulan kite berpuasa,akhirnya kita berjaya bergraduasi dalam kos puasa..alhamdulillah..
bile terkenang balik malam2 raya ni..teringat aku pasal kes malam raya lepas..aku bertiga bersama abang aku pian(bukan nama sebenar) dan adik aku ipan(pon bukan nama sebenar) telah berkunjung kebalai polis untuk mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh warga PDRM   tinggal dibalai polis batu pahat utk satu malam berkaitan kes rasuah melibatkan seorang anggota peronda MPV polis with his buddy..
kejadian bermula bile kereta yg kami naiki ditahan polis ketika kami baru pulang dari aliff fastfood selepas hampir 2 jam mengumpat... "J*C 3212,berhenti tepi!" tu lah amaran pertama yg keluar dari polis tu..kereta kitaorang kene tahan sbb tak bagi laluan kt polis tu yg tengah nk buat U turn..agaknyer polis tu panas kat adik aku sbb tak bg diorang laluan kat kerete diorang plus diorang mungkin tak dapat cuti raya..tu yg tahan kerete ktorang untuk carik rezeki tambahan..
lepas kene tahan tu biasa la diorang gune S.O.P dalam menjalankan tugas diorang..first mesti diorang mintak lesen kan..lepas mintak lesen diorang mintak IC pulak..lepas mintak IC diorang mintak kite bersabar pulak sementara tunggu diorang tulis saman..patutnye ni S.O.P yg digunepakai oleh PDRM..tp pada mlm tu,2 orang polis ni gune S.O.P diorang sendiri..yg first tu betul diorang mintak lesen..pastu diorang mintak IC lak..dah betul dah..pas mintak IC tu diorang mintak rasuah pulak..hah,yg ni baru tak betul..
bile diorang sebut je pasal rasuah,abang aku teros dengan penuh gagah perkasa telah menyound polis tersebut."encik kalau rasa nak saman,encik saman..saya boleh bayar,saya pun pegawai kerajaan jugak..bagi saya nama encik dan pangkat"..kendian aku lak sampuk.."kau mintak nama dengan pangkat buat ape ngek,kan ade kat baju die tu..ko mintak diorang punyer nombor badan"..berlaku la sedikit kekecohan kat situ..kekecohan berlaku sbb polis tu tak nak bagi kerjasama kat ktorang..
setelah beberapa detik dan masing2 tak nak mengalah..akhirnya polis yg lebih tua tu buat keputusan.."ok,aku saman kau atas kesalahan tak bawak lesen,kalau saman ni murah sikit kau kene bayar,rm30 jek"..aku selaku barua besar malam tu pun dengan penuh bergaya "ok..saman la"..setelah surat saman dikeluarkan..aku terus amik surat saman tu dan terus cakap "ok encik,sekarang ikot kami pergi balai"..
kat balai polis,abang aku terus buat report..antara kesalahan yg kami report ialah cubaan meminta rasuah dan kesalahan menyalahguanakan kuasa sebagai anggota polis kerana mengeluarkan saman atas kesalahan yang tidak wujud..kejam tak kami?hahaha..semasa report ditulis,aku perasaan sangat2 yg makcik tukang amek report tu mcm nk backup kawan die..so walaupun abang aku yg buat report,tp aku yang susun ayat..segala percakapan dalam report tu aku yg huraikan..sampai sebelum report tu diprint dan dicop,aku siap pusingkan monitor makcik tu..aku tengok monitor PC die then bace report tu satu persatu..aku risau die tulis lain..haha..tp masa tu polis yg cube mintak rasuah tu 2 3 kali gak la keluar masuk bilik tempat ktorang buat report tuh..muke mmg poyo nak mampos tak boleh blah..cube merayu mintak maaf kat ktorang..sampai la satu tahap aku tanye makcik tukang buat report tu ade tak cara lain utk settle kan masalah ni..makcik tu jawab,"ada,wak jumpe D.O" (D.O stand for duty officer ok,not District Officer)..
kat dalam bilik D.O mcm2 yg kami bincangkan..pegawai polis yg incharge kes tu agak bersopan santun even bukan sebangsa aku..tp aku malu jugak la kan dengan bangsa aku..sbb yg mintak rasuah tu polis bangsa aku..ape yg berlaku kt dalam bilik D.O tu xdapatla aku tulis kat sini..tu biarla rahsia..sbb banyak perkara yg memalukan..hujah2 pendebatan pun terlalu panjang..actually aku tak ingat ape yg aku ckp malam tu..haha...yg pasti kes tu diselesaikan bile polis yg mintak rasuah tu ckp "saya mintak maaf tuan..saya jadikkan ape yg berlaku ni sebagai pengajaran untuk diri saya..saman ni saya akan bayar"..polis tu ckp sambil menangis tuh..part ni yg aku touching nih..dh la mlm rayer..ade orang nanges2 lak..tetibe time tu aku teringat kat kampung halaman..akhirnya kami buat keputusan untuk tarik balik report tu..atas semangat hari raya,kami bersedia untuk maafkan polis tuh..kes ni dapat liputan meluas gak la..ari raya first tu abes cite pasal ni dijaja dari rumah kerumah..haha
tu la pengalaman raya aku pada mlm taun lepas..kalau nk kire dr kecik,banyak pengalam malam raya..tp tu nanti la aku cite kat post akan datang..insyaallah..SELAMAT HARI RAYA!

Monday, 22 August 2011

1 week remaining..

makan tido makan tido..dh 23 ari kite berpuase...xsampai seminggu lagi rayer la kite gamaknyer..baju raye dah beli..baju melayu pun dh buat..tinggal songkok ngn selipar jek xbeli lg..puase kali ni agak serunuk..yela..sebulan berpuase kt umah sejak aku sambung blajar taun 2006 dulu..masa dok hostel,bulan2 pose cmni rs cm biase je..xde perkare yg begitu mengembirekan..mkn pun ala kadar je..ape yg termampu dan terbuat,tu la yg aku akan mkn..xdenyer nk demand2 cm kt umah ni..sampai penin atok aku nk layan tabiat pemakanan aku..
time aku blaja,waktu2 bulan pose cmni aku suke sibukkan diri aku kt kampus..aku lepak kt library..untuk siapkan bengkel aku..pastu dlm pukul 6 petang baru aku balik ke hostel/rumah sewe..pastu siap2..mandi mande..masak lebih kurang pastu makan..time dok umah sewe ari2 aku masak okeh..jarang aku beli makanan..sbb mase tu aku ngah diet..bongok punyer diet..kurusnyer x..wat saket perot aku je tahan lapar..time sahur lak aku mkn cornflake ngn susu rendah lemak..sbb aku terpengaruh ngn iklan bongok tu la..tp kadang2 aku sahur ngn berbuke kat luar gak..ade gak la g buke ngn kawan2 or ngn lecture..
walaupun dh hampir 3 bulan aku kt rumah ni..tp aku xrase bosan pon..xtau la kalo family aku bosan tengok muke aku..tp aku langsung xrase bosan..aku pelik gak ngn member2 aku yg slalu mengeluh bosan kalo dok rumah..tah ape yg mebosankan diorang aku pon xtau..aku kalo bosan je,ajak ar cik fuzah dating..haha..walaupon kebiasaanyer kene reject..biase la..anak dara..kene la paham situasi die cmne..aku fikir waktu2 cmni la aku patot abeskan ms ngn family..lepas ni bile lg kn..slagi orang2 tersayng ade kt depan mata..slagi tu la kite perlu berada dekat dengan die..besok luse kalo diorang dh xde,time tu nk nyesal pon xgune..
kelmarin g berbuke puase bersame ngn MP Batu Pahat..majlis berbuke puase besame pelajar2 anjuran puteri UMNO..aku xtau la tu pelajar sekolah ke pelajar IPT..sbb ade sekumpulan student lelaki tu agak biadap la perlakuannyer..aku mmg pantang tengok orang biadap dlm satu2 majlis ni..kalo adik aku dh lame mkn penampar..overall ok la majlis tu..mkn pon walaupun biase2 je tp alhamdulillah..kenyang..cume ape yg aku xpuas ati time sesi soal jawab,YB ni xjawab soalan aku dengan baik..samaada die xpaham soalan atau pun aku yg xpandai menyoal..tp xpe la..aku xkesah pun..aku saje je tanye..nk test IQ die..
raye taun ni aku dapat la beraye sakan..yela..first time kot beli baju dengan seluar sampai 2 pasang..biasenyer aku beli baju je..seluar xbeli..kalo beli seluar,baju aku xbeli..sbb aku fikirkan lepas raye ni aku kene wt praktikal..so,aku kene la buat persediaan untuk praktikal ni..cuak gak la kn nk praktikal ni..rase gementar pon ade..tp yg membuatkan aku xsabar nk praktikal ni sbb aku buat kt KL..so,dekat la ku ngn cik fuzah..boleh ar dating2 slalu..hehe
harapan aku semoga taun ni xde perkare yg burok berlaku ms ari raye..xde kecelakaan jalan raye or kecelakaan mercun or kecelakaan pemakanan berlaku dlm family aku..kalo boleh taun ni raye la dengan bersungguh2 seolah2 ni raye yg terakhir..jap lg aku nk tulis kad raye..aku nk bg kt orang2 yg aku sayang je..haha..xde la..kalo nk bg kt orang yg tersayng,bnyk la aku kene bg..so aku pilih top 4 je la yer..sape yg xtersenarai tu jgn ar kecik ati lak..kang emosi xmemasal kang teros g jumpe bomoh nk santau aku..last..selamat ari raye maaf zahir batin...



Tuesday, 2 August 2011

puasa & aku..

time bulan2 pose cmni tetibe banyak tol kenangan masuk dlm pale hutak aku nih..masuk taun ni dh taun keberape tah aku blaja berpose..seingat aku la aku start pose sejak tadika..ms umo 6 taun..sejak dr tu tetiap taun aku blaja utk improve prestasi pose aku..dulu time kecik2 pose mmg banyak dugaan..yela..baru2 nk blaja kn..iman pon xkuat lg..dulu time darjah 1 bulan pose jatuh pd bulan januari or february..time tu sesi persekolahan berjalan cm biase..tetiap ari cikgu masuk kelas tanye kt murid2 sape yg pose arini..aku pon cm biase la,dengan penuh riak dan takbur,aku mengangkat kedua2 belah tangan seolah2 aku sorang jek yg pose arituh..bile balik umah tengah ari panas2 terik..iman dh mule goyah sikit2 dh..lg2 time balik umah tengok air kt paip toilet tu mencurah2..setiap kali tengok air mencurah kt pale paip tuh setiap kali tu la ati aku berkate "air ni kalo xdiminum membazir lak,membazir amalan syaton,drpd air ni tumpah kelantai,baik tumpah keperut aku"..tah time ni setan mane tah yg terlepas tetibe hasut aku suruh minum air tuh..aku mmg pernah togak air paip time bulan2 pose..pas togak air paip tuh rs mcm muke berseri2 lak tetibe lepas kuo toilet..xpayah susah2 nk pakai susuk dh..air paip mmg boleh jadik penyeri muke time bulan2 pose..hehe

time darjah 4 aku dh mule pose penuh kot..kalo xsilap la..time tu bulan pose jatuh pd cuti sekolah..dapat gak la aku rs cuti time bulan pose..bulan pose jatuh time cuti sekolah sampai aku form 2..aku ingt time tingkatan 2 tu rayer setaun sampai 2kali..awal taun ngn akhir taun..mmg best r time tuh..kueh rayer yg taun lepas pon xabes lg,dh datang balik rayer..time tu family aku mmg wt sistem demokrasi terpimpin r..jimat kn kos perbelanjaan dengan mengeluarkan kueh mueh rayer taun lepas utk dicekik.. time akhir taun form 2 pose mmg agak memenatkan..walaupon jatuh time cuti sekolah,tp time tu umah aku tengah wt renovation..agak penat la kan. nk mengemas umah yg penuh ngn sampah neh..time tu mcm2 petua aku amalkan utk ilangkn penat dan haus..haha..aku mandi ditengah ari..sbb ikot pepatah org tua2 sambil mandi minum air..pastu aku cepat kn jam2 kt umah aku supaye waktu berbuke masuk lebih cepat dr kebiasaannyer..

time form 4 and form 5 bulan2 pose banyak mencabar erti kesabaran..ngehehehe..yelah..time tu aku ramai giler kawan..sume kawan cm setan lak tuh..ade yg gastrik,ade yg apendik,ade yg sawan babi..sume xleh nk pose..diorang banyak bagi dorongan dan sokongn kt aku supayer berbuke bersame2 ngn diorang ditengah ari..haha..time tu aku sorang je yg bawak kerete g sekolah..time form 5 zaman2 sekolah dulu mmg lepas rehat aku dh balik rumah dh..aku jarang abeskan waktu sekolah aku..lepas rehat je mesti dh lesap..gejale monteng ni mmg dh sebati dlm jiwe aku..kalo aku dapat abeskan sekolah sampai waktu balik pon,tu maknenyer aku datang lambat..lg2 time ari jumaat..mmg aku datang sekolah kul 10.30 pg..hahahaha..time bulan pose pun aku masih meneruskan rutin harian aku iaitu memonteng sekolah..kemudahan kerete yg mak aku bg utk tujuan pembelajaran disalahgunakan..aku bersubahat ngn kawan2 aku yg xpose utk g makan kt port lepak ktorang..tp sumpah..aku xpenah makan..aku cume bersubahat je..aku yg anta diorang g port makan,aku yg anta diorang g beli makanan..tp aku mmg xmkn..walaupun aku kaki monteng sekolah,tp aku xpenah monteng pose..kang mati kang kene soal lak dlm kubur..ade sorang kawan aku ni mmg setan besor..aku xtau la power ape ade dlm badan die..die mmg asler bab2 hasut orang nih..ade satu ari tu die baru berkenalan ngn sorang budak kt bandar..mmg die xpenah kenal ngn dak tu..budak tu  umo dah 20 lebey..ktorang baru form 5..budak tu agak alim gak la dr segi penampilan die..baik..nerd jek muke aku tengok..jap lg kawan aku ni hasut punyer hasut,tetibe budak tu boleh join pulak member2 aku ni g lunch kt MK summit..tah setan ape ade dlm badan die aku pon xtau la..jap g time rayer,kawan aku yg setan besor ni g la berayer umah awek die..amek ko,terpanjat boboy die bile tengok budak nerd yg die hasut suruh buke pose tuh upenyer abang kpd awek die..baik2 kawan aku ni nk berlagak alim depan family awek die ni teros xjadik..wt penat jek beli songkok semate2 nk berayer umah awek die..hahahaha

antara pengalaman2 yg xdapat dilupekan time bulan pose ni ofkosla time beriftar bersame2 orang tersayang kan..hahaha..xmemasal..sape sayang aku tah..dulu time form 5,ade sorang cikgu praktikal kt sekolah aku nih..cikgu zuriati..cikgu ni cun giler weh..aku xpenah r jmper orang cun cm cikgu nih..hehe..oleh kerane sekolah aku ni budak2 nyer sume berbatang lelaki,masing2 nk ngurat cikgu ni..dr budak form 1 sampai la form 5..tp aku xla.aku xminat pon ngn cikgu ni..sbb zaman aku sekolah dulu aku mmg xsuke dak pompuan..hahaha..tp aku bukan gay okey..lebih2 lg cikgu ni xpenah ngajar kelas aku.. tp satu ari tu kawan2 aku ni cm cabar aku je suruh usha cikgu ni..sbb aku time tu cm hero sekolah kn..mende2 yg boleh menyerlahkan kegentlelan seseorang sume refer kt aku..haha..tp diorang sume tau yg aku pemalu ngn pompuan..tu yg diorang cabar suruh usha cikgu ni..aku pon susun la plan..perkenalan aku ngn cikgu praktikal tu bermule dr kem sains anjuran sekolah aku..time kem tu banyak gak la aktiviti2 yg menguji sifat kepemimpinan student..seperti yg sume orang tawu,aku ni ketua PKBM a.k.a kadet tentera negeri johor taun tu..so stakat aktiviti2 cmni aku rs cm sampah je la..ayat poyo nak mampos..tp sepanjang kem ni ak pasan yg cikgu ni cm tertarik ngn cara aku uruskan budak,cara aku jalankan aktiviti lg2 aktiviti yg lasak..so ade satu ketike time kt kem tu cikgu ni pon berbual la ngn aku..bual punyer bual akhirnyer sampai ke tahap mintak no telefon and alamat rumah..haha.. aku rs plan aku cm berjayer jek..pastu aku sambung plan ni kt sekolah..mcm2 cara aku gune nk usha cikgu ni..sampai la kemuncaknyer pada bulan pose..kt bilik guru kot aku g lamar cikgu ni ajak kuo dating..hahaha..mayb sbb slalu bg command kawad,tu yg aku terckp kuat dlm bilik guru tuh..aku ingt lg keadaan dlm bilik guru time tu..baik2 riuh rendah teros sume terdiam..cikgu zuriati pun muke dh merah padam dh time tu..sampi cikgu saleha and cikgu halimaton perli2 aku ckp "ktorang yang tua2 ni awak xnk ajak ke di?"..ms tu aku pon dh cuak giler dh..malu pon ade..haha..aku takot dpt penampor jek..jap lg alhaduillah r..cikgu zuriati setuju utk kuo date ngn aku..hahahaha..ktorang g bazaar ramadhan..jalan2..banyak kali gak la..pastu time pose dh nk abes..cikgu tu ajak aku g iftar lak kt luo..time ni la aku tunjuk kt kawan2 aku yg aku berjayer usha cikgu ni..hehe..time g iftar tu  aku ajak la member2 aku yg ramai ni utk berbuke skali..walaupun diorang xpose,tp aku ajak jugak la sempene memperingati kejayaan aku dan menjadik saksi yg aku dh berjayer usha cikgu tuh..hahahaha

pengalaman pose kt Universiti lak banyak gak yg best..yela..first time kn aku x berpose bersame family..mule2 rase cm kekok gak la..tp bile dh lame2 aku rs cm best lak pose ngn kawan2..yela..blaja hidup berdikari kn..sejak 2006 aku dh start pose bersame kawan2 kt U..sampai la taun lepas iaitu taun last aku berpose bersame diorang sbb aku pon dh abes blaja dh..banyak gak pengalaman best..kalo nk cite sume xabes la..kang penuh lak blog..paling aku suke mesti la bile orang blanjer time buke kn..lg2 time buke ngn lecture..haha..ade sorang lecture ni baik ngn aku..slalu gak blanjer aku buke pose..eh??slalu ker?xde la slalu..tp penah la..haha..dpt gak save bajet..

tu la..setiap kali ramadhan datang..kenangan2 cmni mesti masuk dlm pale hutak aku..dr zaman jahat2 sampai la zaman baik2..hehe..bulan pose la wt aku blaja utk berubah..time aku jahat2 dulu,aku berubah jadik baik pun time bulan pose..sbb time tu nk SPM kn..pas kene pukul ngn budak2 time bulan pose aku rs cm nk sngt berubah..sbb time tu aku rs aku ni xla dihormati sangat kn kt sekolah..aku je rs cmtu..haha..lg aku berubah jadik baik,bile aku dh ade fuzah..cik fuzah  banyak wt aku berubah..hehe..sampai la ni aku rs cm aku dh lupe lak yg satu ketike dulu aku penah jadik budak jahat..haha..dibulan2 pose ni aku berdoa mudah2an ape yg aku penah lakukan dulu xkan aku ulangi sampai biler2..anggap la tu sume detik itam dalam idop aku..sekian..