Sunday, 9 February 2014

count down

lagi 4 bulan aku rase cm nk kawen kot..insyaallah..kalau ini lah jodoh yang Allah dah tetapkan utk aku, sampai masanya aku pasti dimiliki seseorang.. memang aku sangat teruja untuk melangkah ke alam perkahwinan.. cuma jauh di sudut hati aku, still ada satu perasaan takut..ketakutan yang aku tak pasti..sama ada takut dengan bayang2 sendiri,ataupun takut dengan masa silam aku..yang pasti salah satu ketakutan yang aku perlu hadapi ialah kebolehan aku utk menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga..yes mmg aku selalu jadik ketua..aku memang ade bakat dalam memimpin..tp utk memimpin keluarga bukan lah satu kerja senang..sebab tanggungjawab duania akhirat..

alhamdulillah... persiapan kawen aku dh siap 80percent.even masih lg samar2, tp pada aku semuanya dah selesai..barang2 hantaran semuanya dah terbeli.. cume tinggal beberapa barang sampingan je yang belum dibeli..insyaallah by bulan 3 kami akan selesaikan..sekarang ni aku cume perlukan penaja utk goodies jela.. sebab aku rasa budaya kat johor ni memang wajib ade mende tu..baju nikah aku dah tempah, walupun aku rasa mcm besar orang tu buat (sebab aku dah KURUS), tp redha jek lah..semoga dihari perkahwinan nanti aku akan kelihatan kacak bergaye..muehehehe..

so mulai hari ni aku akan fokus ke arah perkahwinan aku.. aku dah tak nak toleh belakang lg dah.. aku berusaha untuk mulakan hidup baru..yes, sapa yang kenal aku mesti tahu aku siapa..setiap peringkat kawan aku mengenali aku dr pelbagai aspek..dlu kawan sekolah kenal aku sebagai gangster or kaki pukul or wateva, ada jugak yang mengenali aku sebagai ketua kadet tentera yang bengis, kawan2 U aku pulak kenal aku sebagai kawan yang boleh dibuat kawan, kawan sekerja pulak kenal aku sebagai engineer IT yg zuhud dan boleh dibuat menantu, family aku plak kenal aku sebagai seorang yang sangat boleh berdikari sehingga sering diabaikan..tp selalunya aku lebih mengenali diri aku sendiri..so aku dah nekad utk jadik siapa aku yang sebenar..aku dah tak nak berpura2 lagi..aku dah tak nak buat baik dengan orang yang tak nak berbaik dengan aku or berburuk sangka dengan aku..aku nak buang segalanya.. pada aku, adi yang mereka kenal dulu dah lama mati..

semoga aku tak buat keputusan yang salah..so doakn aku!!! bye

0 comments:

Post a Comment