Saturday, 29 December 2012

pelangi selepas hujan..

frasa melayu ade meyebut tentang pelangi selepas hujan yang merujuk kepada kegembiraan yang hadir selepas kedukaan..pelangi merujuk kepada kegembiraan..hujan pula merujuk pada tangisan atau kedukaan.. banyak lagi frasa melayu yang menggambarkan hujan sebagai sesuatu yang mendukacitakan seperti frasa hujan ditengah hari..dari situ lahirlah beberapa lagu melayu yang menggambarkan hujan sebagai sesuatu yang mendukacitakan macam lagu gerimis mengundang, hujan, gerimis dilautan dan sebagainya..

kenapa hujan mesti digambarkan sebagai kesedihan sedangkan hujan merupakan rahmat allah untuk sekalian alam..adakah kita tidak bersyukur dengan kehadiran hujan sehingga kita menggambarkan hujan sebagai sesuatu yang menyedihkan..sejauh manakah kita sedar akan kebaikkan yang wujud melalui air hujan walaupun kebaikkan tersebut tidak berlaku dalam sekelip mata..seringkali manusia mengganggap hujan sebagai sesuatu perkara yang menyusahkan hanya kerana aktiviti seharian tergendala..hujan dipersalahkan hanya kerana baju di ampaian tidak kering, penunggang bermotosikal terpaksa berteduh bawah jambatan, para pekerja kampung tak dapat bekerja seperti biasa dan sebagainya..

bagaimana pula dengan pelangi?apakah kebaikkan yang datang dari pelangi sehingga kita menggambarkan pelangi sebagai sesuatu yang menggembirakan?adakah pelangi mampu mengenyangkan perut kita tatkala kita menatap keindahannya? apakah keindahan pelangi mampu menyuburkan tanah ladang? adakah kehadiran pelangi mampu mengubah ekosistem kehidupan?

tanpa kita sedari, inilah sifat kita sebagai manusia..kita hanya melihat pada keindahan sesuatu sedangkan kita tak pasti apakah manfaat yang kita dapat melalui keindahan tersebut..kita selalu menilai melalui luaran sehinggakan kite terlupa untuk bersyukur akan kebesaran nikmat allah walaupun kenikmatan tersebut lahir dari sesuatu yang membuatkan kita susah.. sesuatu yang sedap dipandang akan dipuja2 tanpa kita renungi keperluan kehadirannya..

pelangi dan hujan dua elemen yang berbeza..tanpa hujan, pelangi mungkin tidak akan terbentuk, yang pasti, tanpa pelangi, hujan pasti akan turun untuk menunjukkan rahmat Nya..kenangilah sifat hujan dan pelangi..abadikan dalam diri kita..usah dinafikan kebaikkan sesuatu yang lahir dari perkara yang merumitkan kita..

0 comments:

Post a Comment