menyebut perkataan maaf bukan semata2 untuk menunjukkan bahawa seseorang tu bersalah atau tak, tapi lebih kepada menghargai sesuatu nilai perhubungan tu.. kalau kita hargai sesuatu hubungan, tak semestinya kita perlu minta maaf hanya ketika kita bersalah.. bukan semua manusia boleh melafazkan kata2 maaf semudah yg disangka.. untuk merendahkan sifat ego dlm diri merupakaan detik yg paling perit bagi setiap manusia.. bile kite minta maaf, tak semestinya kita tak akan melakukan kesalahan yang sama kembali.. dan tak semestinya kita tak menghargai kemaafan dari seseorang bile kite mengulangi kesilapan tersebut..
aku seorang lelaki..lelaki normal yg perlukan perhatian dari orang lain.. lelaki dan perempuan tak ada ape yg bezanya bila berkait soal hati.. kalau seseorang perempuan tu mudah berkecil hati mahupun tersinggung dengan satu2 perbuatan, begitulah lelaki..kadang2 seorang perempuan tu hanya memikirkan tentang hatinya tanpa mengambil tahu langsung tentang hati lelaki labih2 lagi pasangannya.. lelaki bukan seorang yang mudah jatuh cinta, tapi bile hati lelaki dh mula terpaut pada seseorang, mmg susah untuk dia berpaling..mungkin ini lah salah satu sebab lelaki dibenarkan untuk berkahwin 4..kerana dalamnya sifat cinta lelaki pada seseorang, walaupun dah menemui peganti, tapi takkan sekali2 die akan melupakan yg terdahulu..
aku pernah bergaul dengan pelbagai jenis manuasia..dan mereka yg terdekat tentulah sahabat2 aku.. dari ape yg aku lihat, mmg perangai setiap lelaki ni hampir sama..diorang boleh sediakan/beri segala kemahuan perempuan selagi perempuan tersebut mampu untuk buat mereka bahagia dan perempuan tersebut mampu berada disamping mereka tatkalan mereka memerlukan.. pada aku, kehidupan berpasangan ni memelukan give & take..kita tak boleh harapkan hanya sebelah pihak yg memberi atau membuat kite puas sedangkan kita tak langsung mengambil tahu ape keperluan pihak disana. mungkin perkara sebegini boleh membuatkan sesuatu hubungan tu berpecah belah dan menimbulkan krisis..
berkecil hati dalam hubungan tu satu mende yang biasa.. lebih2 lagi kalau kite selalu memberi kepuasan diri kepada pasangan kite dan mengharapkan dia akan melakukan perkara yang sama untuk kita.. mungkin pasangan kita hanya nampak ape keperluan dirinya tanpa die memikirkan tentang keperluan diri kita.. sebagai lelaki, aku tak perlukan, wang ringgit, aku tak perlukan belas kasihan, aku tak perlu kasih sayang yang menyeluruh, cukuplah sekadar sedikit perhatian yang mampu untuk membuatkan aku tak terasa terasing.. walaupun aku mampu untuk menghadapi sesuatu berseorangan, tapi jauh disudut hati aku, aku perlukan seseorang yang boleh berkongsi rasa..aku faham kalau seseorang tu sibuk atas urusan dirinya, tapi dalam kesibukkan, takkan tak ada sedikit pun masa untuk aku kalau dia mampu untuk berikan sedikit masa untuk orang lain..
lelaki mmg suka mengungkit.. walaupun mengungkit bukan perkara yang baik, tapi kalau kite lihat dari sudut positif, ungkitan mampu untuk membuat kita tersedar dari khayalan dan mampu menyentak memori silam kita..aku akui aku mmg suke mengungkit..lebih2 lagi bile aku sakit hati..mmg aku akan mengungkit.. sebab aku dah tak ada point lain untuk tegakkan diri aku.. aku dah tak tahan lagi menahan kesakitan yang aku alami..mungkin hanya dengan memngungkit mampu membuatkan seseorang tu sakit hati seperti mana die dah menyakiti hati aku.. kalau die rasa sakit dengan ungkitan aku, hati aku berganda2 lagi sakitnya dengan kate2 die..tapi demi allah, tak ada setitik pun hati aku menggambarkan ape yang lahir dari mulut aku.. segala yang aku ungkapkan bukan lahir dari hati aku, tapi lahir dari sifat dendam atau amarah dan berlaku semata2 untuk menyakitkan hatinya tatkala hati aku disakiti..percayalah, setiap pengorbanan yang aku lakukan, ikhlas dtg dari hati aku..dan setiap perkara yang aku lakukan, bukan untuk kepentingan diri aku..
aku faham, bile aku dah lakukan kesilapan, mmg sangat susah untuk seseorang memaafkan aku.. aku tak tahu kenapa..mungkin pada mereka kesalahan aku terlalu besar dan tak layak untuk dimaafkan.. mungkin mereka mudah untuk memaafkan orang lain lebih2 lagi sahabat2 mereka, tapi bukan untuk aku.. satu kesilapan yang aku buat memerlukan masa yang amat panjang untuk dimaafkan..walaupun kesilapan tersebut bukan sepenuhnya datang dari aku..tapi bile kesilapan tu dtg dari org lain, amat mudah untuk dimaafkan..tanpa perlu seseorang tu memohan maaf darinya..walau macamana pun, aku masih teguh berpegang pada prinsip aku.. aku mudah membenci orang, tapi mudah jugak untuk aku memaafkan orang.. hampir setiap hari, aku akan memaafkan mereka2 sebelum aku tidur..kerana aku khuatir, mata yang terpejam untuk tidur, mungkin akan terpejam untuk selama2nya tanpa aku berpeluang untuk melihat dunia pada esok hari...
0 comments:
Post a Comment