Monday, 30 April 2012

Pandang Luas

Pandang Luas..cewah,,mcm pengakap pulak..untuk pengetahuan, ni la motto pengakap kelana..aku dulu penah gak join pengakap..so aku tau gak la serba sedikit pasal pengakap..yela, dulu aku akeela (bapak serigala) dalam pasukan pengakap kumpulan 13..so ade gak la ilmu pengakap serba sedikit yang aku tahu..bercerita pasal motto ni, ape yang dimaksudkan pandang luas?pandang luas tu maksudnye berfikiran terbuka jauh kehadapan, tak keterlaluan kalau kita namakan sebagai berfikir di luar kotak..

tapi arini aku bukan nak bercerita pasal pengakap..aku nak bercerita pasal diri aku..yela..blog aku kan, mestila cerita pasal diri aku..kalau nak bercerita pasal pengakap, boleh pegi ke blog www.ceritapasalpengakap.com. kat situ boleh bace mcm2 cerita pasal pengakap..haha

sebagai manusia yang tak pernah lari dari khilaf, kita jgn hanya tahu blame orang lain bile sesuatu perkara berlaku..kene tanya diri kite dulu kenape bende tu berlaku..kat sini, aku nk bawakan satu cerita pasal aku dan sahabat(maybe)..

lastweek yang tak berape nak last, aku diminta oleh seorang sahabat untuk membantu die menyiapkan assigment..bile sebut pasal assigment, mesti la ni budak U kan..so bile sebut pasal budak U, mestila assigment tu berbahasa inggeris kan..so, aku memang telah terkenal dengan kebebalan di dalam bahasa inggeris..dari selangor membawak ke johor, semua orang tahu yang aku memang sangat lemah dalam berbahasa inggeris sejak azali lagi..dulu penah gak pegi berubat kampung, kate bomoh tu aku kene sawan bahasa melayu, tu yang tak boleh nk berbahasa inggeris..

tapi, bebal bukan satu alasan untuk tidak membantu..dengan semangat kebebalan, aku cuba untuk membantu menyiapkan assigment die yang tersangat la susah (pada aku la, sebab bukan bidang aku)..banyak bahan rujukan yang aku cube rujuk..even bahan tu dalam bahasa inggeris..umpama ikan laga2 membace paper, so sepatah haram pun aku tak paham ape yang termaktub kat dalam bahan rujukan tu..

aku cube dan terus mencuba, menggapai suria (eh, ternyanyi pulak)..aku cube dan cube lagi..akhirnye, berbekal kan titik peluh yang x seberape ni, aku dapat la jugak sedikit sebanyak bahan yang boleh digunakan atau setidak2nye pun boleh la digunakan untuk memenuhkan ruang2 kosong kat dalam asigment tu nanti..memang lambat sikit la aku respond pasal mende ni, sebab aku kalau boleh nk bg yg betul2 boleh dipergunakan kan..malu ar aku kalau nanti kalau point2 yang aku bagi tu tak leh gune..mane aku nak letak kan muke engineer aku ni (bangger kejap)..

"tak nak!" ni la ayat yang kawan aku bagi bila mana aku melaporkan kepadanya bahawa aku dah jumpe beberape point yang dicari2..hancur luluh ati aku..kecik ati sangat..yela..usaha aku walaupun tak seberapa ni, tak dihargai..kalau iye pun tak nak gune point yang aku bg ni, sekurang2nye tunjukkan la sedikit minat..terime je bile aku bagi, lepas tu kalau nak buang ke ape, tu belakang cite..sebab aku tak kenal pun pensyarah die, so xde sebab untuk aku pergi jumpe pensyarah die, dah semak assigment yang die hantar tu kot2 ade gune idea yg aku bagi ke x..hargai la usaha seseorang walaupun usaha tu sebesar zakar sekali pun..eh silap lak, zarah..

tu la..kadang2 bile seseorang cuba jauhkan diri dari kita..kita selalu salahkan orang tu tanpa kita sedar akan kesilapan yang kita lakukan..cube berbalik kepada diri kita..tanye diri kita kalau2 kita ade terkecikan ati die atau sebagainya..mungkin persengketaan dapat dielak sekiranya kita "Pandang Luas"..




0 comments:

Post a Comment