Friday, 8 March 2013

peluang yang tak mungkin ada..

tamat sudah segala2nya ..penantian selame berbelas tahun akhirnye berkecai menjadi serpihan yang tak mungkin dapat dicantum semula....8 tahun aku tunggu peluang..setiap masa setiap saat aku cuba2 untuk carik ruang yang seswai untuk aku teruskan cita2 aku..tanpa jemu aku recce2 mana2 peluang yang terbuka..tapi akhirnya, setelah peluang tu datang, setelah peluang tu terbuka luas didepan mata, baru la aku sedar yang aku mempunyai satu kelemahan , kelemahan yang tidak pernah aku jangkakan, kelemahan yang membataskan aku untuk meneruskan cita2 aku..kelemahan yang memadamkan terus impian aku untuk bergelar pegawai angkatan tentera malaysia..

"awak tak layak jadik askar..saya sarankan awak tak perlu cuba lagi, carilah kerja yang seswai dengan diri awak"..ayat yg sgt mengguris hati aku..kalaula si penutur kata2 ni tahu apa yang ada dalam jiwa aku..kalaulah dia nampak semangat yang wujud dalam diri aku ni, aku yakin kata2 sebegitu takkan terluah dari bibir dia..mungkin aku dah mengenali alam tentera sebelum die menyarungkan uniform..mungkin kalau uniform tu terpakai di badan aku, aku akan jadi lebih baik dari die..kerana alam ketenteraan begitu sebati dalam diri aku..

allah lebih mengetahui segala2nya..allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku..mungkin..sebagai hamba biasa aku wajib redha dengan segala ketentuanNya..tapi dalam aku meredhai sesuatu, air mata aku masih lagi menitis..aku masih tak dapat menerima hakikat ni..kenape perlu diperlekehkan org yg mempunyai kekurangan seperti aku..adekah org seperti aku tak layak untuk memberi sedikit bakti dalam organisasi beruniform..kenape mereka merampas jiwa aku..jiwa yang sentiasa terpupuk dengan alam ketenteraan..semoga mereka menyesal dengan penyingkiran aku..kerana aku yakin mereka lebih perlukan org seperti aku untuk bersama mereka..

saat ini..air mata aku masih lagi menitis..terlalu kesal atas segalanya..berjuta kekesalan telah lahir dari jiwa aku..aku merasa diri aku begitu rendah..aku tak layak berdiri sebaris dengan mereka..air mata yg menitis akan terus menitis..walaupun air yg menitis bertukar merah sekali pun, kelemahan diri aku tak kan dapat diperbaikki lagi..untuk selama2nya..

Monday, 4 March 2013

off to penang.

jap lagi aku dah nak gerak pegi penang,,bus pukul 10 malam..besok 6 pagi sampai la..insyaallah sempat untuk sampai ke kem tu..aku pun tak tau kem tu kat mana..harap2 sampai tepat pada masanya..yela..nak jadik askar kene la tepati masa kan..kang belum ape2 dah kene reject..tak memasal dapat tambang free balik johor..

persediaan untuk interview ni aku tak dapat fokus sepenuhnye..surat aku dapat seminggu sebelum tarikh, tak cukup masa untuk prepare..lagipun aku sibuk dengan majlis kawen akak aku ni..tu yang tak berape nak ready utk interview..tapi insyaallah, aku try yg terbaik..BMI aku pun mcm biase lakan tak lepas, tp abang aku dh cakap, persetankan jek BMI tu..kalau buat bebetul pasti lulus dengan cemerlang..hopefully la..

tadi bile aku semak2 balik surat panggilan interview tu, ade satu kekurangan dokumen yg aku tak sediakan dan x dapat nak sediakan..aku tak dapat sediakan surat sokongan.. sape pulak la yg nak sokong aku g interview ni..aku mana ade org dalam..YB2 pun takde yg kenal aku..nak balik ke UTeM mmg tak lojik la kan..xkan dekan aku pulak nak sokong..so aku terpaksa abaikan ape yg diminta tu..nanti kalau die tanye aku ckp la aku mmg takde sokongan..yela, family aku bukan sape2 pun..

besok kene pakai formal..aku mmg takde baju formal kan..so mcm biase kene beli yg baru..tapi aku mmg jenis yg kedekot, so kalau boleh aku nak paling murah..hehe..nasib baik aku jumpe baju kemeja rm4, kasut kulit rm25, seluar rm39..so harga pakaian yg aku pakai untuk interview besok tak sampai pun rm80..hehe..dh mcm harga tiket bas dah..mmg kedekot kan..cine tu dpt stok kat mane tah kemeja rm4..so aku beli 2 helai baru rm8..ok la tu kan..

so harapan aku, semoga aku berjaya dengan cemerlang..semoga setiap isu yg berlaku kebelakangan ni tak melarikan fokus aku untuk interview ni.. ni mmg cita2 n minat aku dari kecik..insyaallah..